Followers

Monday, 11 July 2016

Pengkianatan LGE Terhadap DAP P.Pinang Punca Pergolakan Dalaman !

Ibarat telur di hujung tanduk , begitulah kedudukan Guan Eng di Pulau Pinang hari ini.

Selain daripada terpalit dengan skandal pembelian banglo terlajak murah sehingga di hadapkan ke makkamah , Ketua Menteri Pulau Pinang ini sedang berdepan dengan gerakan dari dalam parti DAP sendiri.

Semestinya pergolakan yang sedang berlaku itu bakal menjadi catatan paling pahit buat Guan Eng memandangkan kedudukannya hari ini ibarat maharaja yang katanya langsung tidak boleh disanggah dan arahnya wajib dipatuhi walaupun hakikatnya banyak kelemahan pentadbirannya yang jelas tidak mesra rakyat.

Kehadiran anak Melaka ini ke bumi Pulau Pinang bolehlah diibaratkan sebagai malapetaka bukan sahaja kepada seluruh rakyat tetapi juga kepada sebahagian daripada mereka-mereka yang mengaku penyokong dan pendokong parti cauvinis DAP.

Jika sebelum ini Lim Guan Eng dilihat sebagai pemimpin yang boleh mengangkat Pulau Pinang sebagai ikon negeri di bawah pembangkang yang berjaya dengan polisi melibatkan rakyat , ekonomi , pembangunan dan lain-lain kini segalanya berubah.

Sikap keras kepala dan langsung tidak menghormati pandangan dan pendapat orang lain menjadikan Guan Eng bukan sahaja tidak disenangi oleh penggerak-penggerak DAP tetapi juga sebahagian besar rakyat di Pulau Pinang.

Bagi orang Melayu pula , pemimpin DAP yang suka melaung slogan CAT ni bukanlah pemimpin berjiwa rakyat.Tindak tanduknya jauh sama sekali ke arah itu dan ini diperakui melalui tindakan-tindakan kerajaan DAP di bawah pimpinannya terhadap kedudukan dan hak milik orang Melayu Pulau Pinang.

Baca sebahagian daripada artikel yang pernah MMI siarkan sebelum ini ...



Hakikatnya terlalu banyak kerosakan yang telah berlaku di Pulau Pinang akibat daripada kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

MMI yakin tidak semua warga Pulau Mutiara berasa selesa dengan persekitaran hari ini memandangkan sikap berat sebelah DAP dalam melaksanakan tindakan mereka yang lebih kepada sesuatu kaum.

Penolakan Rejim DAP !

Penolakan rejim DAP di Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing bagi kebanyakkan penduduknya dan penolakan ini semakin melebar apabila sebahagian daripada Wakil Rakyat dari kalangan Pakatan Haprak sendiri pun sudah mula bersikap agresif dan memilih untuk bersetuju dengan isu yang dibawa oleh wakil Barisan Nasional sewaktu Sidang DUN Pulau Pinang bersidang.

Tidak cukup dengan itu , kita dihidangkan pula dengan aksi sedih pilu Adun dari PKR yang telah menggemparkan negara apabila dengan jelas membangkitkan kekecewaannya apabila di anak tirikan kerajaan negeri yang menyebabkan kononnya agenda untuk rakyat tidak dapat dilakukan.

Akhirnya berlakulah penentangan secara diam apabila Adun DAP sendiri mula mengusulkan kepada sidang DUN Pulau Pinang supaya jawatan Ketua Menteri di hadkan hanya kepada 2 penggal sahaja yang menyebabkan berlakunya perang sesama sendiri.

Baca sini ... 



Pengkianatan LGE !

Kini keadaan dan suasananya jauh lebih memeritkan , menurut sumber tertentu sudah ada gerakan terancang dari dalam DAP sendiri yang sudah mula menggerakkan perancangan untuk menyingkirkan Guan Eng dari Pulau Pinang.

Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.

Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow.

Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.

Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional… the supreme leader of DAP.

Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.

Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai “pemain impot” dalam politik Pulau Pinang.

Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.

Realitinya politik dalaman DAP kini sedang bergolak dan semuanya kerana Lim Guan Eng !

Dengan pendedahan ini maka secara jelasnya DAP Pulau Pinang sedang berpecah kepada 2 kumpulan.

Satu kumpulan yang pro kepada Lim Guan Eng atas dasar kepentingan dan kedudukan politik semata-mata manakala satu lagi kumpulan yang terdiri daripada warga tempatan.

Jika kumpulan ini mula menentang kedudukan Guan Eng maka apa perlunya lagi kehadiran Guan Eng di bumi Pulau Pinang ?

Yang pasti dengan keadaan ini DAP jelas tidak lagi relevan !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels