Followers

Monday 29 August 2016

Gerakan Jatuhkan Najib Bukan Gerakan Biasa !


Nampaknya usaha Tun Mahathir untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib masih lagi belum tercapai.Pelbagai usaha telah dilakukan dan ianya tidak akan terhenti malah akan terus direncanakan dengan apa jua cara sekalipun.

Oleh yang demikian menjadi satu kemestiaan bukan sahaja kepada parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tetapi juga rakyat keseluruhannya supaya sedar dan memahami tentang apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Memandangkan pada zaman maklumat lebih berbahaya dari peluru , kita perlu pastikan rakyat tidak dipergunakan dengan sewenang-wenangnya demi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

Semua pihak sedia maklum bahawa Tun Mahathir kini sedang menggerakkan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dengan sokongan daripada parti-parti yang terlibat dalam Pakatan Haprak.Bahkan sudah terbukti bahawa gerakan ini akan menggunakan semua elemen yang ada termasuklah pihak-pihak luar agar ianya dilihat sebagai satu gerakan secara menyeluruh bagi menggambarkan Malaysia berada dalam keadaan yang cukup getir.

Hakikatnya apakah rasional tindakan demi tindakan ini dilakukan ?

Jika berdasarkan emosi semata-mata maka sudah tentulah dengan segala macam maklumat yang disebarkan selama ini akan mengheret seluruh kita untuk sama-sama menjatuhkan Datuk Seri Najib namun kita masih lagi waras untuk menggunakan akal fikiran dalam membuat satu-satu keputusan.

Untuk itu berdasarkan kepada kronologi kejadian demi kejadian di bawah , sewajarnya ia menjadi salah satu daripada perkara asas untuk sebarang keputusan dibuat supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang bertindak melulu tanpa usul periksa.

Kronologi ,

21 Oktober 2013 - Anak Mahathir,Mukhriz Kalah dalam pemilihan UMNO kepada sepupu Datuk Seri Najib. 

29 Oktober 2013 - Mahahir menuduh puak Datuk Seri Najib membeli undi dalam pemilihan UMNO Oktober 2013. 

30 Oktober 2013 - Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam Umno tidak betul,kata ahli Majlis Tertinggi. 

2 Disember 2013 – Dr Mahathir berundur dari jawatan Petronas kerana masalah kesihatan.

4 Disember 2013 – Mokzaini Mahathir letak jawatan Eksekutif Pengarah Sapura Kencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif. 

9 Jan 2014 – MTEM kesal dengan dakwaan “layanan buruk” oleh Petronas terhadap bekas penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. 

19 Feb 2014 – Mokzaini menjual 190,300,000 saham Sapura Kencana berjumlah RM818.3 juta untuk mengurangkan pegangan ketara.

21 Mei 2014 - Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton. 

21 Julai 2014 – Proton meminta RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi). 

18 Ogos 2014 – Mahathir menarik balik sokongan kepada kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Najib. 

12 Dis 2014 - Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB. 

4 Mac 2015 - Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada Sapura Kencana Petroleum. 

13 Mac 2015 – Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB,Datuk Seri Najib dan keluarga. 

4 Apr 2015 – Mahathir mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Letak Jawatan. 

26 Jun 2015 – Datuk Seri Najib menamgguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan. 

2 Jul 2015 – WSJ mendedahkan RM2.6b dalam akaun Datuk Seri Najib. 

3 Jul 2015 – Pasukan Petugas Khas ditubuhkan.AG Gani mengesahkan serbuan di MPP,Mentari dan Ihsan Perdana pada hari yang sama. 

7 Jul 2015 – RPK mendedahkan 3 Tan Sri mengatur konspirasi rampasan kuasa. 

25 Jul 2015 – Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Datuk Seri Najib. 

Jul 28, 2015 – Muhyiddin,Shafie,Ghani dan Ketua SB diganti.

30 Julai 2015 - Sarawak Report mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib,yang dinafikan oleh SPRM kerana siasatan masih belum selesai. 

Ogos 19 - 20 Sept – Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi di seluruh dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi-agensi asing 

20 September 2015 – Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap.

6 Feb 2016 – Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah 

Feb 29, 2016 – Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO. 

4 Mac 2016 – Mahathir tandatangan deklarasi bersama pembangkang untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan “Selamatkan Malaysia” 

Apr 9,2016 – Mahathir menyeru kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

Jul 20,2016 – DOJ Amerika Syarikat fail saman sivil berkaitan 1MDB terhadap empat individu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak-pihak yang tidak dinamakan di Malaysia.

Jul 26,2016 - Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri terlibat didalam konspirasi.

21 Ogos 2016- Mahathir mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

24 Ogos 2016- Mahathir berkata terdapat 4 Tan Sri.

Berdasarkan kronologi diatas , jelas ia adalah gerakan terancang yang bukan sahaja melibatkan segelintir daripada mereka yang mengaku warga Malaysia tetapi juga huluran tangan-tangan ghaib dan ianya bukan sekadar gerakan biasa-biasa ! kredit sumber

MMI kata banyak kejadian yang berlaku di negara luar boleh dijadikan sebagai pedoman ... Paling dekat lihat sahaja bumi Turki !

MMI

7 comments:

  1. Betul tu ianya bukannya gerakan biasa kerana ianya untuk menjatuhkan penyamun terbesar dalam sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni banganglah. Its the other way round. Kau baca Malaysia Today yg Madey ambil duit rakyat rm100 - 200 bilion. So siapa penyamun terbesar?

      Delete
    2. Bekas bapak penyamun nak menjatuhkan org yg dituduh menyamun.

      Delete
  2. Ye ke? Duit ngko kena samun sekali ke? Berapa ringgit?

    ReplyDelete
  3. Penyamun suku sakat Kerala India. Sivaji The Bos.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Em mungkin Betul juga tu admin, luar biasa. Merujuk kepada Malaysia Today ia adalah untuk menyelamatkan rm100 bilion duit UMNO/rakyat yg diletak atas nama proksi dan kroni yg dikhuatiri akan hilang jika legasi tertentu berakhir.

    ReplyDelete

Labels