Rentetan daripada skandal yang membelit Lim Guan Eng hari ini , semua pihak khususnya dalam Pakatan Haprak menerima kesan secara langsung.Cubaan demi cubaan untuk menyelamatkan karier politik anak kesayangan Kit Siang ini ternyata memakan diri DAP bahkan telah menular menjadi barah yang hanya menanti masa untuk meragut nyawa tiap mereka yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak.
Semestinya kita semua sedar betapa percanggahan pandangan dalam isu PRN Pulau Pinang yang diilhamkan oleh Guan Eng dan konco-konconya telah memperlihatkan kepada umum betapa Pakatan Haprak bukanlah paltform yang menghimpunkan para cendiakawan mahupun pakar politik yang boleh dipercayai.
Kehadiran mereka dalam dunia politik tanahair hanyalah untuk mencari kuasa dan kedudukan selebihnya hanyalah gula-gula yang kononnya berjiwa rakyat.
Jika kita amati segala tindak tanduk mereka selama ini , apa yang dihebahkan jauh lebih dasyat dari gerak kerja untuk rakyat.Hebahan demi kepentingan politik menjadi amalan sejak mereka berkuasa dan jauh menyimpang daripada apa yang diungkapkan.
Lihat sahaja isu pembinaan terowong dan jambatan ketiga Pulau Pinang !
Projek yang kononnya untuk rakyat itu bukan sahaja dipergunakan untuk kepentingan politik tetapi sudah jauh tersasar apabila RM305 juta wang rakyat dipergunakan sewenang-wenangnya.
Pada ketika isu tersebut menjadi pertikaian , PKR dan PAN masing-masing membisu malah langsung tidak bersuara !
Jelaslah amalan membisu ini sebenarnya memberikan kita jawapan betapa Pakatan Haprak tidak pernah mengambil berat dengan hal melibatkan rakyat tetapi lebih kepada menjaga kepentingan dan agenda sendiri.
Dalam masa yang sama kita juga perlu melihat kepada pengaruh DAP dalam Pakatan Haprak !
Selagi mana kedudukan DAP itu diletakkan setinggi langit selagi itulah parti-parti dalam Pakatan Haprak tidak akan berani angkat muka apatah lagi mempertikaikan apa jua hasrat yang diimpikan parti cauvinis tersebut.
Cuma baru-baru ini sahaja mereka menolak hasrat DAP untuk mengadakan PRN di Pulau Pinang !
Itupun setelah banyak pihak tampil mendedahkan agenda licik DAP untuk mempergunakan parti-parti dalam Pakatan Haprak semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Guan Eng.
Walaupun begitu , percanggahan pandangan dan kegagalan Pakatan Haprak untuk bersatu hati dalam hal PRN Pulau Pinang tetap menjadi kudis dan ianya telah menjejaskan keupayaan Pakatan Haprak untuk tampil sebagai wadah politik baru menggantikan Barisan Nasional.
Ketidaksepakatan itu kini telah menyebabkan Pakatan Haprak hilang integriti dan untuk pulih daripada kegagalan ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana hubungan antara DAP dan PKR yang telah terjejas sejak PRN Sarawak sebelum ini bakal berterusan.
Dalam Pakatan Haprak berdepan dengan kemelut dan kecelaruan berterusan itu , mereka juga bakal berdepan dengan satu lagi gerakan yang sudah pun mengesahkan akan tampil dan bersama dengan kumpulan pembangkang.
Sesuatu yang pasti hubungan yang dilihat begitu akrab antara Kit Siang dan Tun Mahathir melalui gerakan Tun yang mahu menumbangkan Najib Razak bakal menutup ruang parti-parti yang masih lagi ego atau terkesan hasil daripada permusuhan PKR dan DAP.
Jika kehadiran parti baru Tun mendapat sokongan jitu daripada DAP , maka PKR perlulah bersiap sedia untuk membuat keputusan.
Bersama bererti bakal dipergunakan sekali lagi dan menolak bererti mereka terpaksa berjuang sendirian.
Wan Azizah pastinya tidak dapat lari daripada sentuhan mahupun suara dari lokap yang akan mengingatkannya dengan beberapa perkara supaya agenda PKR kekal dengan semangat reformasi Anwar Ibrahim , manakala Azmin pula bakal berdepan dengan situasi genting memandangkan hubungannya dengan DAP yang sudah sedikit terjejas manakala kem Wan Azizah pula tidak akan memberikan ruang seluas-luasnya kepada Azmin kerana mereka tahu Azmin begitu inginkan kedudukan yang lebih tinggi.
Rumusannya apa jua yang berlaku dalam kem Pakatan Haprak , Lim Guan Eng adalah pencetusnya !
Beliaulah yang menyebabkan Pakatan Haprak kini berantakan dan mengambil kira sejarah politik DAP , keputusan PKR untuk menolak PRN di Pulau Pinang pastinya akan dibalas.Dendam politik ini perlu dilunaskan dan semestinya DAP akan tampil dengan agenda yang lebih licik untuk memastikan keputusan PKR menolak PRN itu berbaloi untuk DAP.
Seperkara yang lain , kehadiran gerakan Tun untuk bersama-sama dengan pembangkang dalam agenda menumbangkan Najib itu pastinya akan mendapat restu dan sokongan daripada parti cauvinis DAP.
Sudah tentulah DAP akan berusaha sebaik mungkin untuk mempergunakan Tun demi kelansungan politik Lim Guan Eng termasuklah pengukuhan DAP semula.
Kita tahu bahawa bukan sahaja Guan Eng yang sedang berdepan dengan konflik tetapi juga parti cauvinis DAP itu sendiri turut berdepan dengan detik cemas apabila sudah wujud kumpulan yang mahu menumbangkan Guan Eng di Pulau Pinang.
Dan kerana itu kita bukan sahaja bakal melihat Pakatan Haprak semakin goyah tetapi yang lebih PENTING kita akan sedikit terasa kerana Tun Mahathir rela dipergunakan oleh mereka-mereka yang sedang hilang arah.
Sayangnya kita terpaksa melihat semua (Tun M dipergunakan) itu berlaku !!!!
MMI
Bukan guan eng.. dia sebahagian..
ReplyDeleteChedet sebenarnya
Pembangkang berpecah belah
Org atas pakatan syok sendiri..
ReplyDeleteAkar umbi meluat dgn gabungan puak mahdey yg tergila dgn kuasa dan harta..
Tahniah korang jadi balaci mahdey akhirnya...