Nampaknya seluruh warga Pulau Pinang kini berada dalam keadaan yang cukup tidak selesa memandangkan hasrat DAP untuk kononnya menyelamatkan rakyat negeri tersebut tidak kesampaian.Bahkan kalau diikutkan daripada apa yang diungkapkan oleh Guan Eng sewaktu terkinja-kinja merayu PKR untuk bersetuju dengan cadangan berat sebelahnya , seluruh warga Malaysia turut sama tidak selamat !
Hebat sungguh anak Kit Siang ni ! Memang betullah apa yang MMI selalu ingatkan betapa Guan Eng ni suka tampil dengan watak superhero kononnya beliaulah si Robin Hood , si pencuri yang terkenal dengan sikap suka membantu orang bawahan.
Tapi dalam kes Guan Eng , ianya langsung berbeza !
Guan Eng bukan mengambil harta orang-orang bangsawan tetapi mengambil hak rakyat dan menggunakan kedudukan bangsawannya untuk kepentingan peribadi.Tak perlu MMI ulang sekali lagi tentang pembelian banglo terlajak murahnya , cukup dengan mengingatkan semua betapa wang rakyat Pulau Pinang berjumlah RM305 juta hampir pasti digunakan untuk satu perancangan membina terowong atau jambatan halimunan yang langsung tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.Sebaliknya sanggup pula berbohong kononnya kementerian terlibat dari kerajaan pusat cuba berdolak-dalih.
Baca artikel berkaitan di bawah ,
Ternyata apa yang dimomokkan itu adalah kesinambungan siri pembohongan penuh muslihat Guan Eng dan konco-konco DAPnya.
Jika sebelum ini nasib rakyat dijadikan pertaruhan , kini segala-galanya sudah terdedah !
Sebaik sahaja perancangan untuk mengadakan PRN di Pulau Pinang terhalang akibat daripada dendam kesumat PKR terhadap DAP , maka disaat itu jugalah semua lalakan kononnya untuk menyelamatkan nasib rakyat Pulau Pinang dan Malaysia TERHENTI !
Tidak cukup dengan itu maka bertempik soraklah banjingan-banjingan DAP memulakan serangan fitnah dengan spin mencari mangsa seterusnya untuk dipersalahkan.
Kali ini, Wong Hon Wai, Setiausaha Politik Lim Guan Eng pula membuat tuduhan tidak berasas terhadap ADUN BN (Pulau Betong) YB Muhamad Farid Saad tentang cadangan usul undi tidak percaya dikemukakan di DUN Pulau Pinang. Beliau mendakwa konon ianya adalah angan-angan Mat Jenin parti BN Pulau Pinang semata-mata.
Dan jika Wong Hon Wai mahu bercakap tentang 'moral ground', beliau sepatutnya menyarankan Lim Guan Eng supaya tidak bercakap tentang integriti dan bersih daripada rasuah kerana kroni tegar Kit Siang itu sendiri berdepan dengan kes salahguna kuasa dan rasuah!
Dakwaan dangkal pegawai Lim Guan Eng itu juga telah dikritik keras oleh YB Muhd Farid Bin Saad (ADUN BN Pulau Betong)
Beliau memperbetulkan spin Pegawai Guan Eng itu. Yang sebenarnya, YB Muhd Farid Saad mengulas isu Pilihanraya Negeri di Pulau Pinang kerana ia dicadangkan sendiri oleh Guan Eng.
Dan di antara alasan Setiausaha Agung DAP itu ialah beliau mahu mengadakan Pilihanraya Negeri mengejut untuk 'menyelamatkan Pulau Pinang dan Malaysia'.
"Bila cadangan itu digugurkan, apakah ia bermakna DAP dan Lim Guan Eng juga menggugurkan niat untuk selamatkan Pulau Pinang kerana Lim Guan Eng masih terselamat sebagai Ketua Menteri?" tanya Farid.
Betul juga.
Kenapa digugurkan 'niat untuk selamatkan Pulau Pinang dan Malaysia' jika ITULAH niat asal Guan Eng atau ianya hanya satu alasan sahaja? Baca seterusnya di SINI
Lihatlah bagaimana DAP berusaha untuk memanipulasi keadaan untuk terus mempertahankan Guan Eng walaupun realitinya Ketua Menteri itu sudah pun dihadapkan kemuka pengadilan dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa malah hanya menanti hari perbicaraan sahaja.
Sesuatu yang pasti hasrat Guan Eng untuk menyelamatkan rakyat Pulau Pinang dan Malaysia telah diTOLAK oleh SEKUTUNya sendiri iaitu PKR.
Apakah ini bermakna PKR yang tidak mahu semua kita diselamatkan ?
Hahahah bukan bro ... PKR menolak kerana mereka tahu DAP suka berbohong dan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.
Itu baru minoriti dari PKR beb ... Bukan majoriti rakyat Pulau Pinang dan Malaysia lagi !!!!
Senang cita ... Yang GAGAL diselamatkan bukan kita tapi Guan Eng ... STANDBY BRO Selain Anwar YOURS NEXT !
MMI
check harta lge diluar negara ,tak kan ini pun nak bagi tahu terutama negara mana yang selalu dikunjungi jangan lepaskan duit rakyat terutama pulau pinang,dia tekan pemimpin negara tapi dia yang songlap.suruh mahathir dia pandai bab2 ini.
ReplyDelete