Followers

Friday, 25 November 2016

Tragedi Pemikiran Melayu


Pasti ramai yang pernah melihat gambar diatas atau paling tidak pernah menontonnya secara langsung di kaca televisyen.Bagaimana seorang pemimpin negara yang disegani oleh seluruh warga Malaysia ini secara tiba-tiba bertindak mengumumkan untuk bersara dan melepaskan semua jawatan sama ada di peringakat kerajaan mahupun parti.

Pada ketika itu ramai yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku ?

Malah ada dikalangan mereka-mereka yang menitis air mata menahan sebak betapa keputusan mengejut itu sama sekali tidak dijangka akan keluar daripada mulut seorang pemimpin negara yang dianggap sebagai pembela Melayu dan Islam.

Apa jua yang berlaku peristiwa tersebut telah menjadi catatan sejarah dan daripada disinilah segala-galanya bermula.

MMI antara kalangan yang mengikuti rapat perkembangan tersebut dan antara punca kenapa Tun Mahathir bertindak sedemikian adalah kerana beliau berasa kecewa dengan orang-orang Melayu kerana masih lagi tidak mahu bangkit dan belajar untuk lebih hebat dan berjaya.

Tun Siti Hasmah dalam satu temubual selepas kejadian tersebut ada menyatakan betapa Tun Mahathir begitu kecewa kerana orang-orang Melayu tidak mahu memahami apa yang beliau sedang lakukan.Secara ringkasnya kekecewaan itu hadir kerana Melayu masih lagi dengan sikap dan perangai ortodoknya lebih suka memilih jalan mudah daripada bangkit bersaing untuk mencapai kejayaan.

Sedarkah kita apa yang berlaku pada ketika itu sebenarnya satu petanda betapa orang Melayu lebih suka berpecah-pecah dan berpuak-puak daripada bersatu sebagai satu rumpun umat yang mampu menguasai dunia ?

Soalnya apakah kekecewaan Tun Mahathir itu masih lagi melekat dalam sanubarinya sehingga ke hari ini ?

Kalau kita perhatikan (sehingga artikel ini ditulis) , tindak tanduk Tun Mahathir rasanya sudah terlalu jauh menyimpang daripada apa yang beliau ungkapkan satu ketika dulu.Tindakannya yang sanggup bersekongkol dengan DAP dilihat banyak pihak sebagai sesuatu yang cukup memalukan.

Malah Tun Mahathir yang dulunya antara penentang utama parti DAP kini boleh pula membuat pengakuan bahawa kerjasama beliau bersama DAP dibuat kerana yakin bahawa parti cauvinis itu menghormati perlembagaan negara seterusnya menerima kedudukan agama Islam , hak orang Melayu dan bumiputera.

Entah dari sudut mana Tun Mahathir membuat tafsiran sebegitu kerana perlembagaan DAP itu sendiri jelas berbeza ,


Baca huraian blogger Dr MiM di SINI 

Benarlah kata Professor DiRaja Ungku Aziz bahawa sejak dulu sehingga kini orang Melayu sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu !

Jom kita review apa yang ditulis oleh professor DiRaja Ungku Aziz tentang orang Melayu ,

Tragedi Pemikiran Melayu

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

MMI sedar bahawa setiap dari kita punya pendapat dan pandangan tersendiri malah MMI menghormati tiap usaha tersebut.Malah dalam keadaan dan suasana hari ini , mungkin apa yang cuba MMI ketengahkan ini akan dianggap sebagai bahan politik untuk menyerang keperibadian Tun Mahathir atau mahu mempertahankan Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Apa yang MMI pinta adalah keterbukaan untuk melihat dalam ruang lingkup orang Melayu itu sendiri.

Beringatlah apa yang sedang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah satu tragedi yang jika tidak ditangani dengan baik bakal memudaratkan orang Melayu itu sendiri.

Hanya Mahu Melihat Melayu Kembali Bersatu ! 

MMI

Wednesday, 23 November 2016

Agak-agaklah Afif Kalau Nak Menyondol Pun !!


Budak Seberang Jaya ni buat hal lagi , semalam dalam sidang DUN Pulau Pinang mamat skema ni bukan sahaja cuba menjadi jaguh politik menghentam sana sini tapi sampai ke tahap langsung tidak menghormati mereka-mereka yang lebih tua daripadanya.

Sesetangah macai pembangkang pula saban hari mempertahankan tindakan mamat ni sampai ada yang kata kalau nak hormat lebih baik jangan jadi ahli politik ! 

Oh ya ka nak jadi ahli politik kena kurang ajar baru kena dengan status ?

Sapa yang ajar agaknya ?

MMI tengok apa yang berlaku semalam tu hanyalah tindakan nak menyondol ketua menteri ja , tak lebih dari tu pun sebab hujah-hujah Afif ni boleh dikatakan semua berbalik kepada diri sendiri.

Portal PenangKini hari ini menyiarkan artikel bertajuk Dr Afif Jaguh Kampung Yang Biadap & Terlebih Emosi Kepartian ? dan sejak artikel itu dimuat naik ramai dari kalangan puak-puak pro pembangkang tak senang duduk , panas semacam dan banyak komen di page PenangKini tu tak ada satu pun yang komen tentang apa yang diutarakan oleh protal PenangKini sebaliknya macam Afif juga hentam dan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional.

MMI sebenarnya dah lama peratikan mamat ni bahkan Afif sebelum ni pernah terlibat dalam konflik pemecatan Exco AMK tanpa persetujuan Ketua AMK sendiri.

Dalam konflik tersebut si Exco AMK yang kena pecat atas alasan kerana selalu tak hadir mesyuarat menjelaskan dia dipecat kerana tegurannya terhadap pergaduhan antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Malah Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa Halimah tidak dipecat dan masih sah memegang jawatan EXCO.

“Timbalan AMK, Afif telah melanggar kod etika dan disiplin parti yang harus dipandang serius dan diambil tindakan. AMK Pusat harus belajar soal disiplin sebelum sentuh soal displin individu lain.

“Ini membuktikan bahawa Timbalan Angkatan Muda, Afif telah melakukan kesilapan,” Baca seterusnya di SINI 

So tak hairanlah mamat ni memang bebal beb ...

Dan bebal mamat ni sampai ke tahap warga Seberang Jaya sendiri pun pernah diusirnya .. Baca artikel berkaitan di SINI 

Sempoikan ? Itu pun jangan tuduh kerajaan itu ini sedang diri sendiri ke laut !

So memang betullah apa yang PenangKini kata tu Jaguh Kampung ! Emosi ! Biadap lagi huh !

MMI

Tuesday, 22 November 2016

Apakah Kesudahan BERSIH Selepas Gagal Jatuhkan Kerajaan ?


Sejak beberapa hari ini banyak pihak melaporkan tentang himpunan haram bersih.Himpunan haram yang kini dilihat sebagai acara tahunan mereka-mereka yang pro pembangkang itu bukan sahaja baru bermula tetapi sudah memasuki siri ke 5 dan berdasarkan kepada perjalanan siri-siri sebelumnya timbul persoalan apakah yang bersih sudah lakukan ?

Apakah kejayaan atau kehendak yang dituntut oleh gerakan haram itu yang telah direalisasikan ?

Sebagai pemerhati kita dapat simpulkan bahawa dalam semua gerakan haram bersih itu perkara yang paling terkehadapan adalah tindak tanduk para pesertanya.

Selain daripada itu usaha dan peranan pihak berkuasa khususnya PDRM dalam menangani himpunan haram ini jauh lebih menonjol.PDRM bukan sahaja sentiasa memberikan komitmen tertinggi dalam membendung gerakan itu tetapi sudah berjaya membuktikan peranan dan perancangan teliti mereka bersandarkan kepada komitmen untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara mencapai objektifnya.

Disebalik semua diatas seluruh negara bahkan dunia sekali lagi menyaksikan bagaimana gerakan haram itu mengambil tempat walaupun pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan bahawa himpunan terbabit adalah salah dan haram.

Walaupun begitu himpunan terbabit masih lagi berjalan dan pihak PDRM khususnya tetap melakukan tugasan mereka dengan begitu baik bahkan jauh lebih baik daripada era kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Tanpa sebarang perlakuan ganas dan merosakkan harta benda , usaha dan kerja keras PDRM ini wajar dipuji.

Namun yang menjadi persoalan kini apakah kesudahan gerakan bersih ini setelah mereka berhimpun dan menyuarakan kehendak politik masing-masing ?

Adakah kerajaan di bawah Barisan Nasional tumbang ?

Atau kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini sudah dijatuhkan ?

Hakikatnya semua itu tidak berlaku sama sekali dan secara tidak langsung ia membuktikan bahawa gerakan haram bersih langsung tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.

Jumlah kehadiran yang semakin merosot dan didominasi oleh satu kaum sebenarnya memberikan kita satu gambaran betapa kerakusan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa segera tanpa melalui proses demokrasi begitu jelas.

Malahan bersih tidak mampu menambat keyakinan jutaan rakyat Malaysia untuk bersama kerana kelemahan mereka sendiri.Tampil dengan wadah kononnya atas dasar undang-undang dan hak , bersih sekali lagi membuktikan kepada kita betapa mereka sebenarnya sudah hilang punca.

Bagaimana mereka mahu menegakkan undang-undang dan hak sedang mereka sendiri menolak undang-undang ?

Jika bersih benar-benar berjuang untuk hak setiap warganegara Malaysia , maka mereka seharusnya belajar untuk tidak membenarkan campur tangan pihak asing dalam apa jua cara sekalipun.Malahan kegagalan bersih untuk mengenal pasti perkara-perkara yang lebih relevan bukan sahaja telah melemahkan gerakan itu tetapi sudah sampai ke tahap bersih dilabel sebagai platform untuk kepentingan politik DAP . PKR dan PAN.

Lebih memburukkan keadaan agenda bersih bukan sahaja dibuat atas dasar kebencian terhadap pihak-pihak tertentu tetapi mereka juga sudah tersalah perancangan.Terlalu banyak tuntutan sebenarnya dan kita yakin tuntutan-tuntutan yang tidak termasuk dalam agenda bersih turut sama menyumbang kepada kegagalan gerakan tersebut.

Malah kehadiran Tun Mahathir bersama PPBM juga dilihat banyak pihak sebagai antara sebab mengapa bersih kali ini jauh lebih teruk daripada sebelumnya.Sangkaan kononnya kehadiran Tun Mahathir itu akan lebih menyemarakkan gerakan haram itu ternyata meleset sama sekali.Sebaliknya ramai dari kalangan peserta bersih sendiri yang mempertikaikan kehadiran Tun Mahathir.

Kesangsian dan kekeliruan timbul apabila sokongan Tun Mahathir itu ditafsir dengan tindak tanduknya sebelum ini sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana Tun Mahathir boleh bersama dalam gerakan yang antaranya memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim sedangkan mantan Perdana Menteri itulah yang menjadi orang paling utama mendedahkan kes perlakuan liwat Anwar sehingga dipenjarakan ?

Bagaimana pula Tun Mahathir tiba-tiba menyokong gerakan haram ini sedang di zamannya gerakan seumpama ini dianggap sebagai satu kesalahan besar dan perlu ditangani dengan tegas ?

Selain daripada itu seluruh dunia tahu bahawa Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin di zamannya yang cukup tegas dengan pihak-pihak luar.Ketegasannya terhadap Yahudi dan negara-negara luar yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan negara-negara membangun selain menjadi antara pemimpin paling hebat dalam mempertahankan nasib rakyat Palestin daripada kekejaman ISRAEL tidak perlu dipertikaikan.

Tetapi semua itu tiba-tiba berubah , beliau kini menjadi penyokong kepada gerakan haram bersih yang jelas ditaja oleh Open Society Institut (OSI) kepunyaan Goerge Soros dan ianya diakui oleh penganjur Bersih. OSI tidak hanya menaja kumpulan di Malaysia sahaja yang mahu mencetus emosi rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan lalu menyertai demontrasi.

Semua yang berlaku itu hanyalah satu lakonan politik sebenarnya.Kesemua pimpinan dan mereka-mereka yang mengaku bersama itu sebenarnya punya agenda tersendiri dan masing-masing akan kekal dengan pendirian masing-masing apabila tiba masanya nanti.

Dalam kekalutan politik pada hari ini , ianya antara strategi yang difikirkan terbaik oleh pembangkang dan kerana itulah gerakan haram bersih ini mendapat sokongan daripada semua pihak yang mengaku bersama untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.

Sedang hakikatnya mereka sendiri sebenarnya terlalu berhati-hati kerana satu kesilapan bakal mengundang padah dan kesemua itu berlaku kerana tidak ada kesepakatan sesama mereka.

Agenda dan pendirian setiap parti yang menyokong gerakan haram bersih berbeza dan kerana perbezaan inilah mereka sebenarnya sudah memberikan petunjuk kepada seluruh warga Malaysia betapa bersih mahupun pembangkang pincang dan gagal untuk membuktikan kepada kita betapa mereka sebenarnya lebih layak untuk menjadi pemerintah.

Kini apakah kesudahannya setelah bersih gagal untuk menjatuhkan kerajaan ?

Realitinya gerakan ini tidak akan hilang sebaliknya akan diteruskan dari masa ke semasa memandangkan mereka digerakkan oleh dana daripada pihak luar.Parti-parti pembangkang pula akan sentiasa bersama dan menjadi penyokong kepada gerakan bersih ini walaupun sebahagian daripada mereka menolak tuntutan bersih itu sendiri.

Maka tempoh masa berbaki ini akan dipergunakan sebaik mungkin bagi merancang dan mengatur strategi seterusnya khusus dalam mendepani PRU14 yang dijangka seawal tahun hadapan.

Sebagai rakyat kita tahu bersih bukanlah platform terbaik untuk melihat Malaysia terus maju dan berjaya tetapi kita perlu ingat mereka tidak akan pernah berhenti !

Selagi mana mereka terus di jana maka selagi itulah mereka akan hadir dengan segala macam gerakan pincang dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Hakikatnya bersih mahupun pembangkang , mereka tidak punya asas dan pendirian yang boleh kita letakkan kepercayaan.Mereka sebenarnya telah GAGAL dan kegagalan itu akan ditutup dengan gerakan-gerakan yang lebih bersifat menghentam bagi memburukkan imej kerajaan dan negara.

Malah mereka sanggup menggadaikan negara semata-mata untuk berkuasa.

Kesudahannya ? Kita tentukan.
Kredit PenangKini

Psst MMI kata kesudahannya kencing merata !!!!!


Monday, 21 November 2016

BERSHIT Makin Pincang & Celaru !


MMI dimaklumkan bahawa selepas himpunan haram Bershit 5.0 baru-baru ini , gerakan berskala kecil telah diteruskan secara berperingkat oleh suku sakat puak-puak dungu ni.Malam ini mereka berhimpun pula di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang kononnya atas silodariti terhadap Maria Chin.

Dan seperti biasa acara nyalaan lilin dilakukan , barangkali dengan api dari lilin tu boleh membebaskan Maria Chin lahanat agaknya ..


Sesuatu yang pasti kita tahu bahawa Pulau Pinang kini berada di bawah kerajaan negeri pembangkang yang diterajui oleh DAP.Kalau berdasarkan kepada hakikat itu sudah pastilah kumpulan yang berhimpun ini boleh mencecah ribuan mahupun puluhan ribu atau jauh mengatasi himpunan bershit di ibu kota baru-baru ini.

Manakan tidak , DAP merupakan penyokong kuat kepada gerakan haram tersebut ! Namun yang peliknya dilaporkan hanya sekitar 50 ke 70 orang sahaja yang hadir dan ini membuktikan sesuatu.

Dalam masa yang sama MMI melihat kehadiran puak-puak bershit ni untuk bersolidariti terhadap Maria Chin hanyalah satu kerja sia-sia memandangkan apa yang cuba disampaikan mereka sebenarnya terpalit ke muka sendiri.

Hanya kerana mahu membebaskan Maria Chin , puak-puak bershit ni mahu supaya akta SOSMA dimansuhkan ! Hallooo macam mana pula dengan kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang ?

Puak-puak ni lupa agaknya , Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah seharusnya didesak supaya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri ! 

Kenapa dalam isu Guan Eng , puak-puak bershit ni semacam tak ambil peduli ? Haha sebab sama dengan DAP .. "Double Standard" bro !

Sememangnya bershit ini makin pincang dan keliru begitu jelas !

Sedarkah mereka bahawa penahanan Maria Chin itu dibuat kerana mengepalai gerakan HARAM ?

Dan apabila kita menyebut HARAM maka tidak ada satu pun tindakan daripada kumpulan ini sama ada tuntutan berkaitan undang-undang perlu dilayan.Sebaliknya tindakan mereka yang terus berhimpun itu harus di ambil tindakan oleh pihak PDRM setegas-tegasnya !

MMI bersetuju dengan kenyataan daripada Dr Mohd Puad Zarkashi dalam isu berkaitan penahan Maria Chin dan Akta Sosma.

SIASATAN TERHADAP MARIA CHIN BERSIH 5 DI BAWAH SOSMA SANGAT WAJAR DAN TEPAT.

1. Terdapat beberapa pihak yang keliru dan sengaja mengelirukan rakyat apabila memutarbelitkan tafsiran undang-undang mengenai penahanan penganjur Bersih5, Maria Chin.

2. Sebenarnya, apakah tujuan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA diwujudkan? Jika kita merujuk akta, tujuannya jelas, iaitu bagi membolehkan tindakan diambil untuk menghentikan ancaman yang ditimbulkan oleh "sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia" yang bertujuan:-

I. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

II. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

III. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

IV. Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

3. Kenapa Maria Chin tidak disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman? Sebenarnya jika kesalahan Maria Chin hanya melibatkan soal perhimpunan haram, maka memadai untuk polis menyiasatnya di bawah Akta Perhimpunan Aman.

4. Bagaimanapun, kesalahan Maria Chin sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, jelas Maria Chin terlibat dalam perkara III dan IV yang merupakan skop SOSMA, iaitu memudaratkan keselamatan awam dan Persekutuan, dan mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

5. Lebih-lebih lagi apabila penganjuran perhimpunan haram Bersih 5 ini diakui dan diberitakan mempunyai kaitan dengan dana dari sumber asing, iaitu NDI dan George Soros. Atas sebab ini, siasatan tidak lagi memadai jika hanya dilakukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Lebih tepat jika siasatan dilakukan di bawah SOSMA dan menggunakan kaedah-kaedah SOSMA.

6. Benarkah kononnya penahanan Maria Chin melanggar skop dan peruntukan SOSMA, iaitu perkara 4(3) yang menyebut, "tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan bawah undang-undang tersebut semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik"?

7. Peguam-peguam Bersih dan pakar undang-undang media sosial mungkin tidak membaca perkara 4(12) (a) yang menyebut bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau aktiviti politik” ertinya "penglibatan dalam aktiviti yang SAH di sisi undang-undang melalui pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui, (i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; (ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal 
parti itu."

8. Persoalannya, adakah Bersih sebuah pertubuhan politik? Adakah Bersih 5 kegiatan politik di bawah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan di bawah Akta 355, Akta Pertubuhan 1966? Adakah Bersih 5 kegiatan politik yang sah dari segi undang-undang?

9. Mengambil kira fakta-fakta di atas, iaitu pertama, terdapat unsur campur tangan pihak asing, kedua, kegiatan memudaratkan ketenteraman awam dan Persekutuan, ketiga,  kegiatan mendapatkan perubahan melalui kaedah yang tidak sah dari segi undang-undang, dan keempat, status Bersih sebagai sebuah pertubuhan bukan politik dan Bersih 5 yang bukan merupakan suatu aktiviti politik yang sah dari segi undang-undang, maka, saya berpandangan bahawa siasatan ke atas Maria Chin menggunakan SOSMA dan kaedah-kaedah SOSMA amat wajar dan bertepatan sekali.

DR MOHD PUAD ZARKASHI
MT UMNO

Well macam MMI kata tadi , bershit ni makin pincang dan celaru .. Apatah lagi kumpulan itu kini sedang bergelut dengan isu kerjasama bersama Tun Mahathir dan konco-konconya.

Hellooo tak semua mereka bersetuju dengan kehadiran kumpulan ini dan ianya memberikan petanda jelas kepada kita bahawa apa yang sedang dipertontonkan ini hanyalah satu acara tahunan yang perlu mereka jalankan.

Maklumlah dana dari luar dan rembat maka kerja kena buatlah ... HARAM atau tidak bukan perkara pokok asalkan ada laporan kepada penyumbang.Selesailah satu bab kan ?

MMI

Sunday, 20 November 2016

BERSHIT 5 Kenapa Cauvinis Yang Lebih-Lebih !


Semalam sekali lagi himpunan yang sudah pun diklasifikasikan sebagai HARAM oleh pihak berkuasa mengambil tempat seterusnya menambah bilangan siri haramnya kepada yang ke lima.Walaupun himpunan tersebut cuba diviralkan seupaya mungkin oleh puak-puak cauvinis dan sebahagian penyokong mereka , jumlah yang menyertainya merosot jauh dari jangkaan penganjurnya.

Rata-rata warga Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana himpunan haram tersebut mula didominasi oleh puak-puak cauvinis dan secara tidak langsung Malaysia dapat melihat apakah agenda sebenar mereka.


Berdasarkan analisis di atas maka MMI simpulkan bahawa gerakan BERSHIT kini sudah mula longgar memandangkan banyak agenda terselindung kini sudah mula di fahami oleh sebahagian besar warga Malaysia.

Sejak semalam juga puak-puak pro kepada gerakan songsang ini bersungguh-sungguh membuat sebaran tentang jumlah kehadiran yang bersama dengan mereka sehingga menidakkan langsung keputusan atau hasil daripada gerakan haram itu sendiri.

Kenapa agaknya ?

Sebab BERSHIT tidak mempunyai matlamat jelas dan semua agenda mereka itu hanyalah untuk mewujudkan pentas bagi menyatakan rasa amarah dan emosi yang terganggu dek kerana fahaman politik kebencian bukan kerana sifat profesionalisme bahkan langsung tidak menjurus kepada kebaikan rakyat di akar umbi.

Realiti yang sedang berlaku pada hari ini jelas memperlihatkan kepada kita semua bagaimana pembangkang yang menjadi tulang belakang gerakan BERSHIT ini sudah semakin pincang.Keretakan sesama mereka dan agenda yang mengelirukan telah menyebabkan reputasi mereka merundum teruk apatah lagi kehadiran Tun Mahathir dan konco-konconya tidak banyak membantu bahkan telah menjadi penyebab kepada berlakunya perbezaan pendapat sehingga menyebabkan pemimpin tertinggi parti contohnya DAP di hentam secara langsung.

Ramai sedar bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan yang tidak selesa setelah beberapa pimpinan tertinggi mereka terpalit dengan skandal dan pertuduhan di mahkamah.Selain dari itu beberapa siri protes yang dilakukan oleh pembangkang contohnya tindakkan keluar dewan sewaktu sesi pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan BN menjadi "back fire" dan memakan diri sendiri.

Tidak cukup dengan itu pendedahan demi pendedahan tentang kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor khususnya telah menyebabkan populariti pasukan pembangkang yang kononnya lebih baik atau perlu dijadikan "role model" oleh rakyat dalam memilih kerajaan bertukar menjadi sebaliknya.

Reputasi Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang terjejas teruk baru-baru ini turut sama menyumbang kepada timbulnya rasa sangsi dikalangan pendokong-pendokong pembangkan sendiri selain daripada kerakusan memiliki harta yang dianggap rakyat sebagai tidak masuk akal.

Tidak cukup dengan itu kerjasama rapuh bersama PPBM dilihat banyak pihak sebagai petanda betapa kem pembangkang bakal terus bermasalah.

Hubungan atas dasar mahu menjatuhkan kepimpinan negara dan cubaan mendapatkan mandat rakyat untuk menguasai kerajaan persekutuan itu bukan sahaja menjadi elemen terpenting kemerosotan aura pembangkang tetapi juga turut menjadi kudis yang hanya menanti masa untuk merebak seterusnya mendatangkan kecelakaan kepada pihak terlibat.

Hampir pasti kem pembangkang juga merasai kesannya apabila konflik politik yang berakhir dengan pengunduran PAS untuk tidak lagi bersama-sama dengan DAP menjadikan "pemain-pemain politik" canggung ini tidak punya pilihan.

Jika sebelum ini PAS dijadikan sebagai kambing hitam dengan eksploitasi terhadap ahli-ahlinya , kini Bersih 5 berdepan situasi mencemaskan walaupun mereka cuba untuk menutupnya.

Ditambah pula kebangkitan kumpulan berbaju merah serta beberapa kumpulan lain dengan warna berbeza yang telah bangkit turun bagi menyekat kemaraan himpunan haram Bersih 5 , pimpinan dan penggerak Bersih 5 dilihat tertekan dan situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan baik bakal menimbulkan persepsi dan masalah yang berlarutan.

Berdasarkan semua diatas , dapat kita simpulkan bahawa parti-parti asal dalam kem pembangkang iaitu DAP , PKR dan PAN mula berasa sangsi dengan keupayaan parti masing-masing dan kini mereka sama ada menerima bulat-bulat mahupun menerima dalam keadaan ragu-ragu kehadiran PPBM untuk bersama dalam himpunan haram tersebut.

DAP antara yang paling awal terkesan apabila terdapat dari kalangan ahli sendiri yang telah mempertikaikan hubungan parti cauvinis itu dengan PPBM.Persoalan demi persoalan dibangkitkan berkaitan relevannya hubungan tersebut dibina.

Malah ahli-ahli DAP sendiri menolak kehadiran Tun Mahathir yang dianggap mereka sebagai musuh politik !

Ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind mempersoalkan tentang prinsip veteran DAP sama ada mereka tidak berasa malu ketika berjabat tangan dengan Dr. Mahathir yang suatu ketika dulu merupakan musuh politik mereka.

“Kenapa Dr. Mahathir berminat dengan DAP dan Bersih sekarang? 

“Kerana beliau takut jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang, kita akan mendedahkan segala-galanya (mengenai pentadbiran beliau),” katanya dalam konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini.

Mengambil kira semua perkara diatas maka jelas Bersih 5 adalah medium yang dirasakan mampu untuk sekurang-kurangnya mencetuskan isu baru dan menjadi "diversion" bagi mengalih tumpuan seluruh rakyat terhadap isu-isu panas yang kini sedang membelenggu pemimpin dan parti-parti dalam kem pembangkang.

DAP dan PKR tahu bahawa gerak kerja parti kini tidak lagi menjadi pilihan ahli dan pendokong-pendokong mereka , buktinya jumlah kehadiran perwakilan yang begitu teruk sekali ke konvensyen DAP yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini jelas memperlihatkan bagaimana ahli DAP sendiri tidak lagi berminat untuk terus menghambakan diri mereka kepada pemimpin dan dasar caca marba parti cauvinis yang kini dilabel sebagai KELIRU.

Mereka semestinya mengharapkan agar himpunan haram ini mampu membuka jalan agar semua isu yang kini terarah kepada kepimpinan dan parti-parti dalam kem pembangkang tidak lagi menjadi tajuk mahupun berita utama.

Dan kerana itulah pimpinan politik pembangkang begitu mengharapkan agar himpunan haram Bersih 5 ini dijayakan !

Belajar untuk menerima hakikat betapa himpunan haram Bersih 5 bukan soal tuntutan sebenarnya tetapi soal mengembalikan rentak politik pembangkang untuk terus menghentam kerajaan BN bukannya membiarkan mereka dihentam serta diserang bertubi-tubi seperti mana yang sedang berlaku hari ini.Kredit PenangKini

Akhir kalam MMI ada persoalan yang nak diajukan ..


Apakah anda (penyokong BERSHIT) yakin kehadiran mereka-mereka dalam gambar diatas tidak akan merencatkan agenda kamu ?

Well selamat berjuang !

MMI

Saturday, 19 November 2016

RED ALERT Himpunan Haram , PDRM Mula Bertindak !


Sejak semalam pihak PDRM sudah mula bertindak terhadap gerakan himpunan haram yang diberitakan akan menumpukan himpunan mereka di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.Seramai 11 orang telah ditangkap dan dikenal pasti sebagai penggerak mahupun berpotensi untuk mengepalai himpunan haram yang dirancang dan mereka yang ditangkap itu adalah ...

1. Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih. Beliau telah ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Maria ditahan di ibu pejabat Bersih di Petaling Jaya pada kira-kira jam 3.12 petang Jumaat 

2. Mandeep Singh, Sekretariat Bersih. Singh ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas cubaan merusuh. Beliau diberkas dalam satu serbuan oleh polis IPD Bukit Aman pada kira-kira jam 3.12 petang Jumaat. 

3. Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban. Loke ditahan di bawah Akta Hasutan 1948. 

4. Ronnie Liu, bekas ahli exco Selangor. Beliau diberkas di bawah Seksyen 153 Kanun Keseksaan. 

5. Luqman Nur Hakim Zul Razali, aktivis pelajar. Ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

6. S Arutchelvan, ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM).

7. Anis Syafiqah, aktivis pelajar. Menurut laporan Malaysiakini, Anis ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada jam 9 malam Jumaat.

8. Jimmy Wong, ahli DAP. Beliau ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

9. Lee Khai Ming, ahli DAP Beliau ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

10. Ayah Ipin Keramat, aktivis Baju Hitam. 

11. Razali Zakaria, aktivis Baju Merah. 

Setakat artikel ini di tulis , pihak PDRM dilaporkan telah mengarahkan seramai 7 ribu anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan-kawasan yang sudah pun dikenal pasti sebagai "hot spot" dan bakal menutup 58 jalan-jalan disekitar kawasan tumpuan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lencongan membabitkan kawasan sekitar Maybank (Bangsar), Little India (Brickfields), Masjid Negara dan Muzium Negara, Sogo dan Dataran Merdeka, Parlimen dan Bank Negara, Pudu Sentral dan Pasar Seni, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Jalan Chow Kit.

"Lencongan jalan ini bermula jam 7 pagi sehingga perhimpunan selesai.

"Polis bersedia dengan kekuatan mencukupi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Beliau turut menasihati orang ramai mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka kerana dikhuatiri berlaku kesesakan lalu lintas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis mempunyai anggota mencukupi bagi menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat.

"Polis akan bertindak mengikut undang-undang, termasuk menangkap sesiapa sahaja yang mahu mencetuskan ketegangan," katanya.

Sementara itu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan bimbang sekiranya berlaku pertembungan fizikal antara penunjuk perasaan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning' semasa menganjurkan perhimpunan Bersih 5.0 yang dirancang di Kuala Lumpur awal pagi nanti.

"Jika sebelah pihak mahu membuat bantahan dan sebelah pihak lagi mahu melindungi kerajaan dan terpanggil untuk hadir...tetapi saya tidak mahu sebarang pertembungan fizikal.

"Malah rusuhan ala Arab Spring yang kononnya tanda bermulanya era perubahan, tetapi sebaliknya, ia membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat yang terlibat," katanya.

Rusuhan Arab Spring adalah siri protes antikerajaan, iaitu kebangkitan rakyat dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada awal tahun 2011.

Bersih, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

MMI kata 1.hampir pasti harapan jutaan rakyat Malaysia untuk melihat pihak PDRM melakukan tangkapan terhadap pihak-pihak terlibat khususnya kepimpinan yang bersama-sama dalam himpunan haram tersebut.

2.Himpunan haram ini jelas hanya merupakan agenda politik dan bukannya berdasarkan kebebasan bersuara memandangkan antara sebab utama berlakunya Bersih kerana mereka membuat tuduhan kononnya proses pilihanraya adalah tidak adil sedangkan kerajaan BN sendiri sudah menerima pakai cadangan puak-puak pembangkang untuk menggunakan dakwat kekal.

Malah kedudukan pembangkang yang menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan adalah BUKTI kukuh bahawa agenda Bersih sama sekali tidak relevan.

3.Dilaporkan bahawa akan muncul beberapa kumpulan lain seperti baju merah , hitam dan putih selain daripada Bersih dengan baju kuning mereka pada tempat , masa dan tarikh yang sama.Bagi MMI mudah jika Bersih tidak berhimpun maka baju merah , hitam dan putih juga rasanya tidak akan berhimpun.

So simplekan ! 

Tips MMI ... Kalau benar himpunan haram ini memahami maksud BERSIH itu sendiri , rasanya mereka akan termalu sendiri memandangkan pemimpin tertinggi mereka sendiri sebenarnya langsung tidak bersih .. Anwar Ibrahim , Lim Guan Eng , Zuraida , Azmin , mamat disneyland dan ramai lagi ! 

BERSIHkan puak-puak ni dululah .... 

MMI

Friday, 18 November 2016

Apakah Bumiputera Berpeluang Jejak Kaki Di Pulau Jerejak ?


Bagi siapa jua yang menetap atau pernah singgah di Pulau Pinang , pasti pernah melihat sebuah pulau berdekatan dengan kedua-dua jambatan yang menghubungkan tanah seberang dengan bahagian pulau.Berkedudukan hampir dengan pantai Sea Gate di Bayan Baru , pulau yang terkenal dengan sejarah itu kini sedang menanti masa untuk menerima arus kemajuan.

Sekadar berkongsi , Pulau Jerejak dulunya merupakan sebuah pulau yang dijadikan sebagai tempat kuarantin kepada pendatang-pendatang sebelum dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi Pulau Pinang.Semua itu dilakukan kerana kemunculan wabak malaria yang mengorbankan banyak nyawa setelah kawasan hutan diterokai.

Selain daripada menjadi tempat kuarantin , sebuah hospital kusta turut dibina di pulau tersebut.Selepas perang dunia kedua , berlaku wabak batuk kering dan kesemua pesakit-pesakit ini di tempatkan di pulau terbabit dan ia pernah mendapat jolokan Alcatraz Malaysia apabila terbinanya penjara berprofil tinggi yang akhirnya ditutup pada Ogos 1993.

Walaupun kini pulau tersebut sudah pun memiliki sebuah Resort yang diberi nama Jerejak Rainforest Resort Penang namun ianya tidaklah segah mana sekiranya dibandingkan dengan isu terkini melibatkan pulau terbabit.

Kerajaan DAP Pulau Pinang kini sudah pun menjual 49 peratus miliknya melalui PDC kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development bagi tujuan pembangunan.Keputusan yang kini menjadi isu paling panas memandangkan ramai dari kalangan warga Pulau Pinang khususnya berasa amat tidak yakin dengan perkembangan yang sedang berlaku.

Mengambil kira sikap kerajaan DAP di Pulau Pinang yang lebih terarah kepada mengaut keuntungan dengan pelaksanaan projek-projek mewah , kekhuatiran warga Pulau Pinang dilihat ada asasnya.

Diberitakan pelan pembangunan sudah pun diluluskan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang bagi membina 4 hotel bertaraf lima bintang, 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5km di pulau terbabit.

Isunya apakah pembangunan itu nanti bakal memberikan kelebihan kepada warga Pulau Pinang dan juga kaum bumiputera ?

Mengambil kira kedudukan harga pasaran tanah dan sikap gelojoh kerajaan DAP Pulau Pinang yang lebih suka mengaut keuntungan sehingga sanggup meratakan bukit bukau di Pulau Pinang semata-mata untuk memberi laluan kepada projek bernilai jutaan ringgit , rasanya pembinaan dan pembangunan Pulau Jerakan itu nanti pasti akan menafikan peluang khususnya kaum bumiputera sendiri.

1200 unit kediaman yang bagaimanakah akan dibina nanti ? Apakah ianya rumah-rumah mampu milik ?

Hakikatnya dengan perancangan sedemikian sudah tentulah bukan rumah mampu milik sebaliknya rumah-rumah mewah bersesuaian dengan kehadiran hotel-hotel bertaraf 5 bintang !

Apabila kesemua itu berlaku maka sudah tentulah Pulau Jerejak yang terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri bakal terlepas tangan kepada pihak-pihak luar seperti mana yang telah berlaku di Pulau Pinang hari ini.

Orang luar kini sudah memiliki pegangan di Pulau Pinang dan senario ini cukup membimbangkan kerana dalam tempoh tertentu sekiranya usaha pemilikan ini tidak diuruskan dengan baik nescaya bukan sahaja Pulau Jerejak tetapi juga Pulau Pinang bakal terlepas dari tangan kita.

Inilah gerakan sulit lagi licik yang menjadi sebahagian daripada agenda DAP yang perlu rakyat sedari !

Kerajaan DAP Pulau Pinang pula dilihat seolah-olah cuba melepaskan diri apabila isu Pulau Jerejak ini dibangkitkan.Ketua Menterinya Guan Eng telah menggesa pihak yang membangkitkan persoalan ini supaya merujuk kepada pihak UDA Holdings sebuah syarikat GLC yang bakal melaksanakan projek pembangunan Pulau Jerejak bersama Q Island Development.

Isunya apakah UDA Holdings perlu dipersalahkan seratus peratus ?

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata sekiranya kerajaan negeri mewartakan Pulau Jerejak sebagai taman negeri lapan tahun lepas, rakyat Pulau Pinang tidak akan hilang keseluruhan pulau itu kepada sebuah syarikat swasta.

"Pada 2013, kerajaan negeri pimpinan DAP, melalui PDC, membatalkan perjanjian dengan Ideal Properties dan menurut sumber PDC, sekiranya perjanjian itu terlaksana, kerajaan negeri berpotensi meraih keuntungan RM220 juta," katanya pada satu sidang media baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Teng, kerajaan negeri tidak meluluskan usaha sama berkenaan pada 2013 dan sebaliknya menjual 49 peratus saham pulau itu tahun ini pada harga RM156 juta.

Projek pembangunan semula Pulau Jerejak sepatutnya dilaksanakan secara usaha sama antara Q Island Development dan UDA Holdings, sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Pada 10 November, Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga pengerusi PDC, menggesa Gerakan mendapatkan penjelasan daripada UDA memandangkan syarikat itu terletak di bawah kerajaan persekutuan.

Teng bagaimanapun berkata UDA tidak melaporkan perjanjian berkenaan kepada BN dan perjanjian mengenai syarikat itu hanya dibentangkan di Parlimen.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah kerajaan negeri memberi penjelasan penuh tentang perjanjian berkenaan," katanya.

Seperkara yang perlu diberikan perhatian adalah kenapa agaknya Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak bersungguh-sungguh untuk terus pertahankan Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan Negeri ?

Rakyat Pulau Pinang perlu sedar bahawa pada tahun 2009, ahli Exco DAP Negeri Phee Boon Poh mengarahkan Pejabat Tanah Negeri untuk mempercepatkan prosedur mewartakan tanah di Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan negeri dan ia dijangka akan disiapkan dalam TEMPOH SETAHUN.

Usaha itu berterusan malah Phee Boon Poh memberikan jaminan Pulau Jerejak pasti akan ditetapkan sebagai rizab hutan kekal dan tidak akan diserahkan kepada mana-mana pihak bagi tujuan pembangunan terancang.

Realitinya setelah 8 tahun janji dan jaminan itu dibuat , kenapa akhirnya PDC bertindak menjual sahamnya ?

Jangan lupa Guan Eng merupakan Pengerusi PDC !

Sekiranya Guan Eng dan kerajaan DAP benar-benar mahu membangunkan Pulau Jerejak , maka mereka seharusnya menjadikan peluang ini untuk menzahirkan sandiwara mereka selama ini untuk membina rumah mampu milik di Pulau Pinang sebagai kenyataan.

Bina 1200 rumah mampu milik di Pulau Jerejak sebagai ganti kepada siri pembohongan DAP sejak 2008 lalu.

Soalnya mampukah Guan Eng dan Kerajaan DAP mengubah perancangan licik mereka ? kredit PenangKini

MMI kata rasanya selepas dibangunkan dengan perancangan puak-puak DAP ni , bumiputera masih mampu jejak kaki di Pulau Jerejak ni tapi lebih ramai yang jejak sebab MEMBERI bukan MEMILIKI .

MEMBERI maksudnya bekerja ... Ada yang kerja cuci tandas , tukang kebun , jadi pengawal , jaga kedai dan yang seangkatan dengannya manakala yang MEMILIKI bukan dari kalangan bumiputera !

Fikir2lah ...

MMI

Thursday, 17 November 2016

Apa Jadi Bila Pembangkang TOLAK Bajet 2017 ?


Kalau kita amati rentak pembangkang ni pasti kita akan dapat menghidu bau busuk yang menusuk kalbu tanda betapa jijiknya puak-puak ni dalam berpolitik.Sebagai orang politik kita tahu bahawa apa jua yang berlaku semuanya mestilah berpaksikan kepada politik namun sebagai ahli politik yang mengaku berjiwa rakyat mereka perlulah menunjukkan sikap matang apabila berdepan sesuatu keadaan.

Banyak negara boleh kita jadikan rujukan antaranya perkembangan politik Amerika Syarikat.MMI bukan obses atau teruja dengan politik negara barat itu tetapi disebalik keputusan pemilihan Presiden yang baru-baru ini dimenangi oleh Donald Trump , kita seharusnya belajar betapa emosi politik perlu dikawal dengan sebaiknya agar institusi undang-undang itu terus mampu menjadi asas kepada dasar kesinambungan perjalanan politik yang menjadi pegangan mereka-mereka berstatus pemimpin untuk terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat seterusnya negara.

Walaupun Hillary Clinton tewas sebagai calon Presiden Amerika Syarikat , beliau dalam ucapan akhirnya masih lagi berusaha untuk meyakinkan penyokong-penyokongnya supaya menerima keputusan pilihanraya dan menerima Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

"Kita harus menerima keputusan ini dan melihat ke masa depan. Donald Trump akan menjadi presiden kita. Kita berharap kepadanya sebuah pemikiran yang terbuka dan memberi peluang memimpin. Perlembagaan kita menjunjung pemindahan kuasa yang aman," kata Clinton.

Apa yang mahu MMI utarakan adalah sikap Clinton itu kerana secara simboliknya walaupun beliau tewas dan merasai keperitan tewas dalam satu pilihanraya besar , Clinton masih lagi berpegang kepada soal menjunjung perlembagaan walaupun pencabarnya itu dikenali sebagai seorang yang lebih banyak bermain dengan sentimen melampau.

Disinilah sebenarnya yang perlu kita pelajari , apa jua yang berlaku diakhirnya kita berbalik kepada soal yang lebih penting iaitu undang-undang untuk kesejahteraan rakyat.

Samalah dalam hal melibatkan negara Malaysia.Kalau kita perhatikan ramai dari kalangan pemimpin politik pembangkang sudah terlalu jauh menyimpang dari asas perlembagaan itu sendiri.

Emosi sudah menguasai diri dan politik kepartian jauh mengatasi politik untuk kesejahteraan rakyat dan negara.Natijahnya tindak-tanduk mereka lebih banyak merugikan masa dan membazirkan wang rakyat.

Sebagai seorang ahli politik , mereka perlu mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara bukan menjadikan rakyat dan negara sebagai alasan untuk menghalalkan cara.

Sebagai contoh dalam sesi pembentangan bajet 2017 yang lalu , pembangkang terdiri daripada DAP , PKR dan PAN serta seorang daripada PAS telah bertindak meninggalkan dewan pada ketika bajet masih lagi dibentangkang.

Tidak cukup dengan itu mereka kemudiannya bertindak menolak untuk menyokong serta meluluskan bajet 2017.

Seluruh rakyat Malaysia menyaksikan detik tersebut dan paling tidak pun ramai yang mendapat berita dan perkhabaran ini melalui medium media sosial mahupun media massa.

Namun sesuatu yang MMI mahu tekankan disini adalah , sejauh manakah kewajaran tindakan pemimpin-pemimpin politik pembangkang tersebut ?

Apakah yang mahu dipertontonkan mereka kepada rakyat ?

Menolak dan protes kerana bajet 2017 itu tidak relevan ? Atau ianya ada kena mengena dengan emosi politik kepartian dan kebencian membuak-buak untuk melihat jatuhnya kerajaan BN ?

Atau mereka sebenarnya hanya mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib ?

Mana satu ?

Jika mahu menjatuhan kerajaan BN semata-mata maka mereka seharusnya sedar bahawa Malaysia punya undang-undang dan perlembagaan negara tidak sesekali membenarkan perlakuan melampau sebegini melainkan ianya dilakukan dalam saluran yang betul iaitu pilihanraya.

Maka jika itulah alasannya pembangkang seharusnya berusaha untuk meyakinkan rakyat betapa mereka jauh lebih baik dari kerajaan sedia ada dan ianya haruslah melalui proses kematangan bukan menjadi pembangkang yang lebih banyak melakukan pembohongan , fitnah , maki hamun dan adu domba.

Simple as that !

Dan jika alasannya hanya mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib , maka rakyat seluruhnya perlu segera sedar bahawa kamu sedang ditipu hidup-hidup !

Jika Najib digantikan sekalipun , kepimpinan yang bakal menggantikan beliau pastinya akan meneruskan legasi ini dan sudah tentu sesi pembentangan bajet seterusnya hampir sama berdasarkan kedudukan ekonomi negara dan dunia.

Oleh yang demikian , kenapa agaknya pembangkang bertindak sedemikian ?

Percayalah mereka sedang berusaha untuk mencipta persepsi memburukkan kepimpinan negara dan kerajaan BN semata-mata tidak lebih dari itu.

MMI ada BUKTInya ....

MMI ambil satu contoh DAP ! Sewaktu kegagalan kerajaan DAP di Pulau Pinang mengatasi masalah banjir kilat yang kini menjadi ancaman serta igauan ngeri buat warga Pulau Mutiara , mereka tanpa segan silu menagih simpati kerajaan persekutuan untuk membantu dari segi dana.

Sedangkan DAP lah yang saban hari mengaku kepada seluruh dunia betapa mereka jauh lebih hebat dari kerajaan BN dalam urusan meningkatkan kedudukan ekonomi negeri.

Kenapa tidak DAP dengan keupayaan ekonomi yang dimiliki menyelesaikan masalah berbangkit ?

Dan dalam sesi pembentangan bajet kerajaan DAP di Pulau Pinang , mereka tanpa segan silu boleh pula menaikkan bajet untuk Pejabat Ketua Menteri daripada RM161.59 juta pada 2016 kepada RM707.61 juta bagi tahun 2017 !


Lihatlah perbezaan diantara jabatan-jabatan lain , peningkatan tertinggi adalah kepada Pejabat Ketua Menteri ! 

Kenapa itu berlaku ? Kenapa tidak ditambah peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam  dan Jabatan Pengairan dan Saliran ?

Dalam keadaan banjir kilat yang menggila ini , apakah Guan Eng dan seluruh kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang BUTA KAYU apabila hanya membuat sedikit penambahan celah gigi kepada Jabatan Pengairan dan Saliran ?

Pada ketika mereka menolak bajet 2017 daripada kerajaan BN kononnya tidak relevan kerana kerajaan tidak berduit dan akan bangkrap , puak-puak lahanat ini bukan sahaja menagih simpati kerajaan BN untuk membantu tetapi turut sama menaikkan peruntukan terhadap kepentingan sendiri.

Bukankah lebih baik kenaikan kepada Pejabat Ketua Menteri yang mencecah  lebih dari 100% itu disalurkan untuk jabatan-jabatan yang mampu menguruskan hal melibatkan kepentingan awam seperti mengatasi masalah banjir dan sebagainya ?

Dan tahukah semua bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keenam berturut-turut membentangkan bajet defisit dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, secara rumusan anggaran defisit untuk belanjawan tahun depan adalah sebanyak RM667.1 juta berbanding anggaran RM230.31 juta tahun ini.

Inilah retorik yang selama ini dimainkan oleh puak-puak pembangkang , mereka selalu mahu dilihat sebagai yang terbaik sedang hakikatnya mereka terlalu jauh untuk menghampiri waima yang tercorot.

MMI

Labels