Followers

Saturday 19 November 2016

RED ALERT Himpunan Haram , PDRM Mula Bertindak !


Sejak semalam pihak PDRM sudah mula bertindak terhadap gerakan himpunan haram yang diberitakan akan menumpukan himpunan mereka di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.Seramai 11 orang telah ditangkap dan dikenal pasti sebagai penggerak mahupun berpotensi untuk mengepalai himpunan haram yang dirancang dan mereka yang ditangkap itu adalah ...

1. Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih. Beliau telah ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Maria ditahan di ibu pejabat Bersih di Petaling Jaya pada kira-kira jam 3.12 petang Jumaat 

2. Mandeep Singh, Sekretariat Bersih. Singh ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas cubaan merusuh. Beliau diberkas dalam satu serbuan oleh polis IPD Bukit Aman pada kira-kira jam 3.12 petang Jumaat. 

3. Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban. Loke ditahan di bawah Akta Hasutan 1948. 

4. Ronnie Liu, bekas ahli exco Selangor. Beliau diberkas di bawah Seksyen 153 Kanun Keseksaan. 

5. Luqman Nur Hakim Zul Razali, aktivis pelajar. Ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

6. S Arutchelvan, ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM).

7. Anis Syafiqah, aktivis pelajar. Menurut laporan Malaysiakini, Anis ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada jam 9 malam Jumaat.

8. Jimmy Wong, ahli DAP. Beliau ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

9. Lee Khai Ming, ahli DAP Beliau ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

10. Ayah Ipin Keramat, aktivis Baju Hitam. 

11. Razali Zakaria, aktivis Baju Merah. 

Setakat artikel ini di tulis , pihak PDRM dilaporkan telah mengarahkan seramai 7 ribu anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan-kawasan yang sudah pun dikenal pasti sebagai "hot spot" dan bakal menutup 58 jalan-jalan disekitar kawasan tumpuan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lencongan membabitkan kawasan sekitar Maybank (Bangsar), Little India (Brickfields), Masjid Negara dan Muzium Negara, Sogo dan Dataran Merdeka, Parlimen dan Bank Negara, Pudu Sentral dan Pasar Seni, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Jalan Chow Kit.

"Lencongan jalan ini bermula jam 7 pagi sehingga perhimpunan selesai.

"Polis bersedia dengan kekuatan mencukupi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Beliau turut menasihati orang ramai mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka kerana dikhuatiri berlaku kesesakan lalu lintas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis mempunyai anggota mencukupi bagi menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat.

"Polis akan bertindak mengikut undang-undang, termasuk menangkap sesiapa sahaja yang mahu mencetuskan ketegangan," katanya.

Sementara itu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan bimbang sekiranya berlaku pertembungan fizikal antara penunjuk perasaan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning' semasa menganjurkan perhimpunan Bersih 5.0 yang dirancang di Kuala Lumpur awal pagi nanti.

"Jika sebelah pihak mahu membuat bantahan dan sebelah pihak lagi mahu melindungi kerajaan dan terpanggil untuk hadir...tetapi saya tidak mahu sebarang pertembungan fizikal.

"Malah rusuhan ala Arab Spring yang kononnya tanda bermulanya era perubahan, tetapi sebaliknya, ia membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat yang terlibat," katanya.

Rusuhan Arab Spring adalah siri protes antikerajaan, iaitu kebangkitan rakyat dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada awal tahun 2011.

Bersih, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

MMI kata 1.hampir pasti harapan jutaan rakyat Malaysia untuk melihat pihak PDRM melakukan tangkapan terhadap pihak-pihak terlibat khususnya kepimpinan yang bersama-sama dalam himpunan haram tersebut.

2.Himpunan haram ini jelas hanya merupakan agenda politik dan bukannya berdasarkan kebebasan bersuara memandangkan antara sebab utama berlakunya Bersih kerana mereka membuat tuduhan kononnya proses pilihanraya adalah tidak adil sedangkan kerajaan BN sendiri sudah menerima pakai cadangan puak-puak pembangkang untuk menggunakan dakwat kekal.

Malah kedudukan pembangkang yang menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan adalah BUKTI kukuh bahawa agenda Bersih sama sekali tidak relevan.

3.Dilaporkan bahawa akan muncul beberapa kumpulan lain seperti baju merah , hitam dan putih selain daripada Bersih dengan baju kuning mereka pada tempat , masa dan tarikh yang sama.Bagi MMI mudah jika Bersih tidak berhimpun maka baju merah , hitam dan putih juga rasanya tidak akan berhimpun.

So simplekan ! 

Tips MMI ... Kalau benar himpunan haram ini memahami maksud BERSIH itu sendiri , rasanya mereka akan termalu sendiri memandangkan pemimpin tertinggi mereka sendiri sebenarnya langsung tidak bersih .. Anwar Ibrahim , Lim Guan Eng , Zuraida , Azmin , mamat disneyland dan ramai lagi ! 

BERSIHkan puak-puak ni dululah .... 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels