Followers

Friday, 18 November 2016

Apakah Bumiputera Berpeluang Jejak Kaki Di Pulau Jerejak ?


Bagi siapa jua yang menetap atau pernah singgah di Pulau Pinang , pasti pernah melihat sebuah pulau berdekatan dengan kedua-dua jambatan yang menghubungkan tanah seberang dengan bahagian pulau.Berkedudukan hampir dengan pantai Sea Gate di Bayan Baru , pulau yang terkenal dengan sejarah itu kini sedang menanti masa untuk menerima arus kemajuan.

Sekadar berkongsi , Pulau Jerejak dulunya merupakan sebuah pulau yang dijadikan sebagai tempat kuarantin kepada pendatang-pendatang sebelum dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi Pulau Pinang.Semua itu dilakukan kerana kemunculan wabak malaria yang mengorbankan banyak nyawa setelah kawasan hutan diterokai.

Selain daripada menjadi tempat kuarantin , sebuah hospital kusta turut dibina di pulau tersebut.Selepas perang dunia kedua , berlaku wabak batuk kering dan kesemua pesakit-pesakit ini di tempatkan di pulau terbabit dan ia pernah mendapat jolokan Alcatraz Malaysia apabila terbinanya penjara berprofil tinggi yang akhirnya ditutup pada Ogos 1993.

Walaupun kini pulau tersebut sudah pun memiliki sebuah Resort yang diberi nama Jerejak Rainforest Resort Penang namun ianya tidaklah segah mana sekiranya dibandingkan dengan isu terkini melibatkan pulau terbabit.

Kerajaan DAP Pulau Pinang kini sudah pun menjual 49 peratus miliknya melalui PDC kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development bagi tujuan pembangunan.Keputusan yang kini menjadi isu paling panas memandangkan ramai dari kalangan warga Pulau Pinang khususnya berasa amat tidak yakin dengan perkembangan yang sedang berlaku.

Mengambil kira sikap kerajaan DAP di Pulau Pinang yang lebih terarah kepada mengaut keuntungan dengan pelaksanaan projek-projek mewah , kekhuatiran warga Pulau Pinang dilihat ada asasnya.

Diberitakan pelan pembangunan sudah pun diluluskan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang bagi membina 4 hotel bertaraf lima bintang, 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5km di pulau terbabit.

Isunya apakah pembangunan itu nanti bakal memberikan kelebihan kepada warga Pulau Pinang dan juga kaum bumiputera ?

Mengambil kira kedudukan harga pasaran tanah dan sikap gelojoh kerajaan DAP Pulau Pinang yang lebih suka mengaut keuntungan sehingga sanggup meratakan bukit bukau di Pulau Pinang semata-mata untuk memberi laluan kepada projek bernilai jutaan ringgit , rasanya pembinaan dan pembangunan Pulau Jerakan itu nanti pasti akan menafikan peluang khususnya kaum bumiputera sendiri.

1200 unit kediaman yang bagaimanakah akan dibina nanti ? Apakah ianya rumah-rumah mampu milik ?

Hakikatnya dengan perancangan sedemikian sudah tentulah bukan rumah mampu milik sebaliknya rumah-rumah mewah bersesuaian dengan kehadiran hotel-hotel bertaraf 5 bintang !

Apabila kesemua itu berlaku maka sudah tentulah Pulau Jerejak yang terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri bakal terlepas tangan kepada pihak-pihak luar seperti mana yang telah berlaku di Pulau Pinang hari ini.

Orang luar kini sudah memiliki pegangan di Pulau Pinang dan senario ini cukup membimbangkan kerana dalam tempoh tertentu sekiranya usaha pemilikan ini tidak diuruskan dengan baik nescaya bukan sahaja Pulau Jerejak tetapi juga Pulau Pinang bakal terlepas dari tangan kita.

Inilah gerakan sulit lagi licik yang menjadi sebahagian daripada agenda DAP yang perlu rakyat sedari !

Kerajaan DAP Pulau Pinang pula dilihat seolah-olah cuba melepaskan diri apabila isu Pulau Jerejak ini dibangkitkan.Ketua Menterinya Guan Eng telah menggesa pihak yang membangkitkan persoalan ini supaya merujuk kepada pihak UDA Holdings sebuah syarikat GLC yang bakal melaksanakan projek pembangunan Pulau Jerejak bersama Q Island Development.

Isunya apakah UDA Holdings perlu dipersalahkan seratus peratus ?

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata sekiranya kerajaan negeri mewartakan Pulau Jerejak sebagai taman negeri lapan tahun lepas, rakyat Pulau Pinang tidak akan hilang keseluruhan pulau itu kepada sebuah syarikat swasta.

"Pada 2013, kerajaan negeri pimpinan DAP, melalui PDC, membatalkan perjanjian dengan Ideal Properties dan menurut sumber PDC, sekiranya perjanjian itu terlaksana, kerajaan negeri berpotensi meraih keuntungan RM220 juta," katanya pada satu sidang media baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Teng, kerajaan negeri tidak meluluskan usaha sama berkenaan pada 2013 dan sebaliknya menjual 49 peratus saham pulau itu tahun ini pada harga RM156 juta.

Projek pembangunan semula Pulau Jerejak sepatutnya dilaksanakan secara usaha sama antara Q Island Development dan UDA Holdings, sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Pada 10 November, Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga pengerusi PDC, menggesa Gerakan mendapatkan penjelasan daripada UDA memandangkan syarikat itu terletak di bawah kerajaan persekutuan.

Teng bagaimanapun berkata UDA tidak melaporkan perjanjian berkenaan kepada BN dan perjanjian mengenai syarikat itu hanya dibentangkan di Parlimen.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah kerajaan negeri memberi penjelasan penuh tentang perjanjian berkenaan," katanya.

Seperkara yang perlu diberikan perhatian adalah kenapa agaknya Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak bersungguh-sungguh untuk terus pertahankan Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan Negeri ?

Rakyat Pulau Pinang perlu sedar bahawa pada tahun 2009, ahli Exco DAP Negeri Phee Boon Poh mengarahkan Pejabat Tanah Negeri untuk mempercepatkan prosedur mewartakan tanah di Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpanan negeri dan ia dijangka akan disiapkan dalam TEMPOH SETAHUN.

Usaha itu berterusan malah Phee Boon Poh memberikan jaminan Pulau Jerejak pasti akan ditetapkan sebagai rizab hutan kekal dan tidak akan diserahkan kepada mana-mana pihak bagi tujuan pembangunan terancang.

Realitinya setelah 8 tahun janji dan jaminan itu dibuat , kenapa akhirnya PDC bertindak menjual sahamnya ?

Jangan lupa Guan Eng merupakan Pengerusi PDC !

Sekiranya Guan Eng dan kerajaan DAP benar-benar mahu membangunkan Pulau Jerejak , maka mereka seharusnya menjadikan peluang ini untuk menzahirkan sandiwara mereka selama ini untuk membina rumah mampu milik di Pulau Pinang sebagai kenyataan.

Bina 1200 rumah mampu milik di Pulau Jerejak sebagai ganti kepada siri pembohongan DAP sejak 2008 lalu.

Soalnya mampukah Guan Eng dan Kerajaan DAP mengubah perancangan licik mereka ? kredit PenangKini

MMI kata rasanya selepas dibangunkan dengan perancangan puak-puak DAP ni , bumiputera masih mampu jejak kaki di Pulau Jerejak ni tapi lebih ramai yang jejak sebab MEMBERI bukan MEMILIKI .

MEMBERI maksudnya bekerja ... Ada yang kerja cuci tandas , tukang kebun , jadi pengawal , jaga kedai dan yang seangkatan dengannya manakala yang MEMILIKI bukan dari kalangan bumiputera !

Fikir2lah ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels