Followers

Tuesday 22 November 2016

Apakah Kesudahan BERSIH Selepas Gagal Jatuhkan Kerajaan ?


Sejak beberapa hari ini banyak pihak melaporkan tentang himpunan haram bersih.Himpunan haram yang kini dilihat sebagai acara tahunan mereka-mereka yang pro pembangkang itu bukan sahaja baru bermula tetapi sudah memasuki siri ke 5 dan berdasarkan kepada perjalanan siri-siri sebelumnya timbul persoalan apakah yang bersih sudah lakukan ?

Apakah kejayaan atau kehendak yang dituntut oleh gerakan haram itu yang telah direalisasikan ?

Sebagai pemerhati kita dapat simpulkan bahawa dalam semua gerakan haram bersih itu perkara yang paling terkehadapan adalah tindak tanduk para pesertanya.

Selain daripada itu usaha dan peranan pihak berkuasa khususnya PDRM dalam menangani himpunan haram ini jauh lebih menonjol.PDRM bukan sahaja sentiasa memberikan komitmen tertinggi dalam membendung gerakan itu tetapi sudah berjaya membuktikan peranan dan perancangan teliti mereka bersandarkan kepada komitmen untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara mencapai objektifnya.

Disebalik semua diatas seluruh negara bahkan dunia sekali lagi menyaksikan bagaimana gerakan haram itu mengambil tempat walaupun pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan bahawa himpunan terbabit adalah salah dan haram.

Walaupun begitu himpunan terbabit masih lagi berjalan dan pihak PDRM khususnya tetap melakukan tugasan mereka dengan begitu baik bahkan jauh lebih baik daripada era kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Tanpa sebarang perlakuan ganas dan merosakkan harta benda , usaha dan kerja keras PDRM ini wajar dipuji.

Namun yang menjadi persoalan kini apakah kesudahan gerakan bersih ini setelah mereka berhimpun dan menyuarakan kehendak politik masing-masing ?

Adakah kerajaan di bawah Barisan Nasional tumbang ?

Atau kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini sudah dijatuhkan ?

Hakikatnya semua itu tidak berlaku sama sekali dan secara tidak langsung ia membuktikan bahawa gerakan haram bersih langsung tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.

Jumlah kehadiran yang semakin merosot dan didominasi oleh satu kaum sebenarnya memberikan kita satu gambaran betapa kerakusan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa segera tanpa melalui proses demokrasi begitu jelas.

Malahan bersih tidak mampu menambat keyakinan jutaan rakyat Malaysia untuk bersama kerana kelemahan mereka sendiri.Tampil dengan wadah kononnya atas dasar undang-undang dan hak , bersih sekali lagi membuktikan kepada kita betapa mereka sebenarnya sudah hilang punca.

Bagaimana mereka mahu menegakkan undang-undang dan hak sedang mereka sendiri menolak undang-undang ?

Jika bersih benar-benar berjuang untuk hak setiap warganegara Malaysia , maka mereka seharusnya belajar untuk tidak membenarkan campur tangan pihak asing dalam apa jua cara sekalipun.Malahan kegagalan bersih untuk mengenal pasti perkara-perkara yang lebih relevan bukan sahaja telah melemahkan gerakan itu tetapi sudah sampai ke tahap bersih dilabel sebagai platform untuk kepentingan politik DAP . PKR dan PAN.

Lebih memburukkan keadaan agenda bersih bukan sahaja dibuat atas dasar kebencian terhadap pihak-pihak tertentu tetapi mereka juga sudah tersalah perancangan.Terlalu banyak tuntutan sebenarnya dan kita yakin tuntutan-tuntutan yang tidak termasuk dalam agenda bersih turut sama menyumbang kepada kegagalan gerakan tersebut.

Malah kehadiran Tun Mahathir bersama PPBM juga dilihat banyak pihak sebagai antara sebab mengapa bersih kali ini jauh lebih teruk daripada sebelumnya.Sangkaan kononnya kehadiran Tun Mahathir itu akan lebih menyemarakkan gerakan haram itu ternyata meleset sama sekali.Sebaliknya ramai dari kalangan peserta bersih sendiri yang mempertikaikan kehadiran Tun Mahathir.

Kesangsian dan kekeliruan timbul apabila sokongan Tun Mahathir itu ditafsir dengan tindak tanduknya sebelum ini sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana Tun Mahathir boleh bersama dalam gerakan yang antaranya memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim sedangkan mantan Perdana Menteri itulah yang menjadi orang paling utama mendedahkan kes perlakuan liwat Anwar sehingga dipenjarakan ?

Bagaimana pula Tun Mahathir tiba-tiba menyokong gerakan haram ini sedang di zamannya gerakan seumpama ini dianggap sebagai satu kesalahan besar dan perlu ditangani dengan tegas ?

Selain daripada itu seluruh dunia tahu bahawa Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin di zamannya yang cukup tegas dengan pihak-pihak luar.Ketegasannya terhadap Yahudi dan negara-negara luar yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan negara-negara membangun selain menjadi antara pemimpin paling hebat dalam mempertahankan nasib rakyat Palestin daripada kekejaman ISRAEL tidak perlu dipertikaikan.

Tetapi semua itu tiba-tiba berubah , beliau kini menjadi penyokong kepada gerakan haram bersih yang jelas ditaja oleh Open Society Institut (OSI) kepunyaan Goerge Soros dan ianya diakui oleh penganjur Bersih. OSI tidak hanya menaja kumpulan di Malaysia sahaja yang mahu mencetus emosi rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan lalu menyertai demontrasi.

Semua yang berlaku itu hanyalah satu lakonan politik sebenarnya.Kesemua pimpinan dan mereka-mereka yang mengaku bersama itu sebenarnya punya agenda tersendiri dan masing-masing akan kekal dengan pendirian masing-masing apabila tiba masanya nanti.

Dalam kekalutan politik pada hari ini , ianya antara strategi yang difikirkan terbaik oleh pembangkang dan kerana itulah gerakan haram bersih ini mendapat sokongan daripada semua pihak yang mengaku bersama untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.

Sedang hakikatnya mereka sendiri sebenarnya terlalu berhati-hati kerana satu kesilapan bakal mengundang padah dan kesemua itu berlaku kerana tidak ada kesepakatan sesama mereka.

Agenda dan pendirian setiap parti yang menyokong gerakan haram bersih berbeza dan kerana perbezaan inilah mereka sebenarnya sudah memberikan petunjuk kepada seluruh warga Malaysia betapa bersih mahupun pembangkang pincang dan gagal untuk membuktikan kepada kita betapa mereka sebenarnya lebih layak untuk menjadi pemerintah.

Kini apakah kesudahannya setelah bersih gagal untuk menjatuhkan kerajaan ?

Realitinya gerakan ini tidak akan hilang sebaliknya akan diteruskan dari masa ke semasa memandangkan mereka digerakkan oleh dana daripada pihak luar.Parti-parti pembangkang pula akan sentiasa bersama dan menjadi penyokong kepada gerakan bersih ini walaupun sebahagian daripada mereka menolak tuntutan bersih itu sendiri.

Maka tempoh masa berbaki ini akan dipergunakan sebaik mungkin bagi merancang dan mengatur strategi seterusnya khusus dalam mendepani PRU14 yang dijangka seawal tahun hadapan.

Sebagai rakyat kita tahu bersih bukanlah platform terbaik untuk melihat Malaysia terus maju dan berjaya tetapi kita perlu ingat mereka tidak akan pernah berhenti !

Selagi mana mereka terus di jana maka selagi itulah mereka akan hadir dengan segala macam gerakan pincang dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Hakikatnya bersih mahupun pembangkang , mereka tidak punya asas dan pendirian yang boleh kita letakkan kepercayaan.Mereka sebenarnya telah GAGAL dan kegagalan itu akan ditutup dengan gerakan-gerakan yang lebih bersifat menghentam bagi memburukkan imej kerajaan dan negara.

Malah mereka sanggup menggadaikan negara semata-mata untuk berkuasa.

Kesudahannya ? Kita tentukan.
Kredit PenangKini

Psst MMI kata kesudahannya kencing merata !!!!!


No comments:

Post a Comment

Labels