Followers

Wednesday 14 December 2016

Pakatan Haprak Di Ambat Maut !


Hari ini ramai dari kalangan penyokong mahupun pendokong puak-puak pembangkang dilaporkan bertepuk sorak apabila satu Perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan PPBM  dan Pakatan Haprak dimeterai.

Gegak gempita semua saluran media pembangkang menghebahkan perihal perjanjian ini dan secara tiba-tiba media-media pembangkang mula mengubah lanskap penceritaan mereka dan lebih banyak berbicara tentang impak daripada perjanjian tersebut.

Tidak ada lagi hebahan dan cerita tentang rasisnya orang-orang Melayu dan tidak ada lagi isu tentang penolakan atau penentangan terhadap apa jua perkara melibatkan agama mahupun undang-undang Islam.

Sunyikan ? Tak adakan ? 

Tapi jangan terpedaya dulu , semua yang berlaku ini ada kena mengena dengan proses perjanjian tersebut.Untuk menampakkan perjanjian itu hebat maka seluruh ruang media perlu menumpukan kepada usaha bersama mendepani PRU14 bukannya menyiarkan berita yang boleh mendedahkan kepincangan dari sudut asas dan prinsip parti-parti yang bersama.

DAP sebagai tuan besar dalam Pakatan Haprak ini bijak memanipulasi situasi dan mereka kemungkinan telah belajar daripada kelemahan sebelum ini yang telah menyebabkan Pakatan Haprak gagal di Sarawak.

Namun ada sesuatu yang sebenarnya DAP tidak sedar atau sengaja buat-buat tak sedar !

Kerjasama yang berlaku ini sebenarnya telah memberikan impak yang cukup negatif kepada DAP itu sendiri.Tahukah pimpinan DAP tertinggi bahawa diperingkat akar umbi dan mereka yang menyokong DAP sebelumnya sudah mula merungut ?

Dari tinjauan MMI sendiri bersama beberapa rakan berbangsa cina siang tadi , jelas rata-rata yang ditemui (penyokong DAP) khususnya di bahagian pulau telah menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap perjanjian DAP bersama PPBM.

Hampir kesemua mereka telah melihat betapa DAP sedang menempah maut apabila cuba bermain politik dengan PPBM khususnya Tun Mahathir dan konco-konconya.Hubungan yang berlaku diantara PPBM dan DAP ini tidak langsung sama dengan kehadiran PAS satu ketika dahulu.

Bagi mereka PAS dahulunya boleh dibeli dengan janji-janji politik tetapi kali ini dengan PPBM tidak ! Malah PAS yang dahulunya menjadi kuda tunggangan DAP pun kini sudah beralih arah dan tidak lagi mahu bersama DAP kerana dasar yang tidak seiring.

Adakah DAP boleh memberi jaminan PPBM tidak akan sesekali melangkaui parti itu dalam hal melibatkan tuntutan kesamarataan yang diperjuangkan DAP ?

Kali ini bukan sembarangan , kali ini Tun Mahathir yang mereka tahu bukanlah seorang pemimpin yang boleh membuang jauh-jauh jiwa keMelayuannya dan tidak akan sesekali menggadaikan maruah Islamnya walaupun ada bait-bait Tun Mahathir berusaha untuk meyakinkan penyokong DAP supaya jangan bimbang beliau kini jauh lebih DAP daripada Melayunya.

Tindakan Kit Siang juga dipertikaikan kerana apa yang dilihat akar umbi DAP hari ini adalah usaha terdesak pemimpin veteran itu untuk menyelamatkan karier anak kesayangannya Lim Guan Eng yang terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Sesuatu yang Kit Siang terlepas pandang adalah keluhan ini datangnya daripada mereka-mereka yang berada diperingkat paling bawah yang selama ini menjadi nadi kepada kemenangan DAP di Pulau Pinang.

Apa yang boleh MMI simpulkan adalah apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Haprak hari ini seumpama rojak ! Kehadiran parti PKR dan PAN itu sendiri sebenarnya lebih banyak membawa kemudaratan kepada DAP.

Kit Siang terlupa bahawa kehadiran Tun Mahathir sahaja sudah menyebabkan ramai dari kalangan pengundi kaum cina sendiri akan menolak Pakatan Haprak.Ketidakyakinan mereka terhadap pemimpin itu (Tun M) bakal membawa natijah politik yang bakal dikesali oleh seluruh pimpinan DAP apabila tiba masanya nanti.

Selain daripada impian Kit Siang dan DAP seluruhnya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu melalui Tun Mahathir ternyata meleset sama sekali.Sebahagian besar orang-orang Melayu sudah mula menekan "hand brek" apabila PPBM begitu teruja untuk bersama dengan DAP !

Seperkara yang perlu diberikan tumpuan adalah Pakatan Haprak tidak boleh bergantung kepada ahli dan penggerak mereka semata-mata kerana UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional juga memiliki keahlian yang jauh lebih besar daripada parti-parti dalam Pakatan Haprak itu sendiri.

Maka mereka-mereka yang berada diluar sana adalah penentu kepada keputusan PRU14 nanti !

Soalnya apakah mereka-mereka itu akan meletakkan kepercayaan terhadap kesongsangan dasar serta prinsip yang kini sedang dirojakkan dalam Pakatan Haprak ?

Secara peribadi MMI melihat apa yang sedang dilakukan oleh Pakatan Haprak itu adalah tindakan menempah maut !

MMI yakin dalam tempoh berbaki sebelum PRU14 ini , Tun Mahathir dan konco-konconya akan sedar betapa ramai yang akan meninggalkan mereka hanya kerana perjanjian bersama DAP.

DAP tidak akan mampu untuk menutup kempen cauvinis dan rasis mereka di kawasan majoriti pengundi berbangsa cina apatah lagi dunia tanpa sempadan hari ini bakal menelanjangkan agenda DAP satu persatu.

Sebahagian besar orang Melayu akan menolak pakatan ini kerana DAP banyak menentang Islam khususnya dalam hal melibatkan RUU355.

Itu jelas dan MMI tidak nampak perjanjian PPBM dengan Pakatan Harpak ini boleh merubah pendirian itu !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels