Followers

Monday, 19 December 2016

RM2.32 Bilion Hilang Dalam Projek STP2 ??


Banyak pihak sebenarnya telah tampil memberikan pendapat serta pandangan terhadap cadangan projek-projek di Pulau Pinang termasuklah berkaitan Projek Seri Tanjung Pinang 2 (STP2).Sudah tentu pandangan dan pendapat ini penting kerana sebarang tindakan melulu khususnya yang melibatkan sumber alam akan menyebabkan berlakunya bencana sama ada terhadap hidupan laut mahupun penduduk di Pulau Pinang.

Pada April 2014 yang lalu , Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merupakan antara yang terawal menolak rancangan menambak laut bagi melaksanakan projek STP2 ini.Malahan CAP mendakwa terdapat banyak kepincangan dalam laporan yang dikemukakan oleh DEIA pada ketika itu.

Baca SINI 

Dari pengamatan MMI , projek-projek ini sebenarnya tidak memberi sebarang keuntungan terhadap warga Pulau Pinang itu sendiri.Seperti yang kita tahu rata-rata penduduknya bukanlah terdiri daripada kalangan mereka yang mampu memiliki aset mencecah jutaan ringgit.

Kalau ada sekalipun jumlahnya terlalu sedikit dan sudah pastilah kekosongan yang ada itu akan diisi oleh mereka-mereka yang pastinya bukan dari kalangan anak tempatan.MMI ada menulis tentang kebimbangan terhadap isu ini dalam artikel yang lalu.

Sebelum tu perlu dijelaskan bahawa MMI bukanlah dikalangan mereka yang membenci pembangunan tetapi melihat dan mahukan pembangunan yang menitik beratkan kemampuan rakyat selain daripada memelihara perkara-perkara yang asas kerana tanpa asas itu pembangunan yang berlaku bakal memberikan impak negatif terhadap diri kita sendiri.

Bahkan MMI dah sebut dalam artikel sebelum ini betapa Pulau Pinang menjadi contoh kerakusan yang lebih terarah kepada pembangunan semata-mata sehingga menyebabkan warganya kini bukan sahaja terasa terpinggir tetapi hampir-hampir kehilangan pegangan malah dalam keadaan tertentu bumi yang dulunya milik bersama sudah dirasai seperti milik orang lain.

Berdiri sahaja ditengah-tengah Georgetown kita pasti dapat merasakan bahawa tanah yang kita pijak itu begitu terasing sekali dan ia bukan lagi milik kita tetapi milik mereka-mereka yang mungkin memiliki raut wajah sama tetapi budaya , jiwa , bangsa dan rohnya jauh berbeza dengan kita MELAYU ! Baca seterusnya di SINI 

Oleh sebab itulah projek STP2 perlu diberikan perhatian memandangkan terlalu banyak persoalan kini timbul dan ianya serius apabila melibatkan kedudukan tanah di Pulau Pinang !

Berapa jumlah sebenar saiz tanah yang ditebus guna ?

Baru-baru ini Gerakan Pulau Pinang telah menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP supaya mengumumkan saiz sebenar keluasan tanah yang ditebus guna bagi STP2.

Menurut jurucakapnya, Ooi Zhi Yi, berdasarkan angka yang dinyatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan E&O Berhad tahun lepas, keseluruhan saiz tanah yang ditebus guna adalah melebihi 360 hektar (891 ekar).

Bagaimanapun, pada persidangan dewan undangan negeri sebelum ini, pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng menyatakan saiz tanah yang ditebus guna dalam STP2 ialah kira-kira 343 hektar (850 ekar).

“Kenyataan Hock Seng itu berbeza dengan yang diumumkan Guan Eng dan E&O.

“Kami ingin tahu, berapakah keluasan sebenar kawasan yang ditebus guna itu,” katanya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Menurut kiraan Gerakan, 41 ekar yang hilang itu bernilai RM2.32 bilion kerana harga tanah yang ditebus guna ditetapkan kerajaan negeri pada kadar RM1,300 sekaki persegi.

Ooi berkata sekiranya berlaku perubahan daripada pelan asal, Penilaian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) baharu perlu dibuat kerana kawasan yang ditebus guna kini lebih kecil.

MMI nak ingatkan supaya semua pihak peka dengan apa jua yang berlaku di Pulau Pinang ! Sehingga artikel ini ditulis , kerajaan DAP Pulau Pinang sedang dihimpit dengan pelbagai masalah khususnya melibatkan integiriti pimpinannya.

Oleh sebab itu MMI cukup khuatir kerana puak-puak cauvinis ini bukan sahaja bijak memanipulasi tetapi juga pandai berbohong.

Kerasahan ini ada asasnya memandangkan sebelum ini dalam isu membabitkan pembinaan terowong , kerajaan negeri sudah pun menggadaikan RM305 juta wang rakyat hanya untuk kerja-kerja mengkaji kebolehlaksanaan pembinaannya yang sehingga kini masih menjadi misteri kepada banyak pihak.

Kini timbul pula RM2.32 bilion dan ini bukanlah jumlah yang sedikit !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels