Followers

Sunday 18 December 2016

Siapa Bakal ISI KEPADATAN Penduduk Di P.Pinang ?


MMI percaya bagi menyelesaikan masalah yang membabitkan pembangunan serta pertambahan penduduk , perancangan yang teliti serta tindakan yang berhemah perlu menjadi ciri-ciri utama kerana impak kepada sebarang kesilapan mahupun kelemahan yang wujud akan menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

Kesannya cukup besar bukan sahaja terhadap ekosistem tetapi juga penduduk setempat.Selain daripada itu apa jua perancangan yang mahu dilakukan ianya mestilah berpaksikan kepada keperluan dan asas mengikut kesesuaian populasi kerana MMI juga seperti mana mereka-mereka diluar agak bimbang melihat kerakusan perancangan yang menjadikan tema pembangunan itu sebagai pemudah cara.

MMI sedar bahawa pembangunan itu perlu bagi menampung permintaan populasi penduduk yang semakin bertambah namun janganlah ianya diselitkan dengan kemahuan mahupun agenda tertentu yang boleh menjahanamkan sebahagian besar mereka-mereka yang akan terkesan akibat daripada perancangan tersebut.

Mungkin ramai yang tidak sedar betapa perubahan yang berlaku selepas satu-satu perancangan pembangunan itu akan menyebabkan warga marhain menjadi mangsa keadaan malah akan mula terpinggir setelah pembangunan itu diisi oleh kalangan mereka yang sama ada mampu atau layak memilikinya.

Hari ini akibat daripada dasar dan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlalu gopoh untuk membangunkan pulau ini , lautnya sudah mula ditambak dan penambakan ini bukan setakat untuk mendirikan dermaga tetapi sampai ketahap mewujudkan pulau baharu.


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman berkata pembinaan 3 pulau di bahagian selatan Pulau Pinang itu amat membimbangkan.

Sebaik sahaja ia dibina, Pulau Pinang akan menyaingi kepadatan penduduk Hong Kong, 17,000 orang berbanding 2,600 orang bagi setiap kilometer persegi pada masa ini.

“Adakah kita bersedia mempunyai ledakan penduduk, 7 kali ganda lebih daripada sekarang?

“Semua pulau ini mempunyai implikasi besar kepada rakyat Pulau Pinang. Adakah kita bersedia menghadapi pertambahan penduduk begini? 

Selain daripada apa yang dibangkitkan termasuklah demontrasi oleh 200 orang nelayan di Teluk Kumbar ( Baca SINI ) MMI cuma terfikir dengan kapasiti ledakan 7 kali ganda kepadatan penduduk yang bakal berlaku terhadap Pulau Pinang , agaknya siapakah yang bakal mengisi kepadatan tersebut ?

MMI bukan apa , MeloyaKini pada 2005 pernah melaporkan PM mahu 50 ribu pelancong cina yang hilang dicari (boleh cari di carian google) laporan tersebut menyebut jumlah itu dikesan memasuki Malaysia tetapi tidak mendaftar keluar setelah tempoh lawatan mereka tamat.

Pada 2012 pula merujuk kepada laporan daripada Mstar bertajuk 'Tracking System' Guna Biometrik Kesan Pergerakan Warga Asing , dalam laporan tersebut menyebut kebanyakan warga asing menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan menetap lebih daripada tempoh yang dibenarkan kerana mahu bekerja di negara ini.

Kebanyakkan mereka akan bekerja di restoran-restoran atau melakukan kerja-kerja haram seperti pelacuran dan sebagainya selepas tempoh had lawatan mereka berakhir.

Pelancong dan pelawat dari China dan India merupakan negara yang mempunyai jumlah pelawat paling tinggi datang ke Malaysia menggunakan visa atau pas lawatan sosial. 

Menurut rekod, seramai 1.25 juta pelawat dari China dan 693,056 pelawat dari India berkunjung ke Malaysia pada tahun lepas sahaja.

Itu berdasarkan kepada laporan pada tahun-tahun sebelumnya , persoalannya macam mana pula statusnya pada masa dan ketika ini ?

MMI kongsikan dengan semua rujukan terhadap Unjuran Populasi Penduduk 2015 

sumber






































Melihat kepada unjuran tersebut (Pulau Pinang) maka kebimbangan MMI ini wajar diberikan perhatian kerana memang jelas Melayu mengatasi semua kaum tetapi cuba campurkan jumlah mengikut etnik cina , lain-lain dan bukan warganegara Malaysia ?

Angkanya jauh mengatasi Melayu itu sendiri ! Dan kita harus sedar bahawa ianya belum ditambah dengan jumlah mereka-mereka yang masih belum mendaftar keluar dari Malaysia atau berada secara haram !

Oleh kerana itu MMI nak ulang sekali lagi , dengan pembangunan serta pembinaan rakus oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu yang bakal merubah Pulau Mutiara menjadi sepadat Hong Kong , Siapa Yang Bakal Mengisi KEPADATAN Penduduk di Pulau Pinang ?

Melayu dan Bumiputera ?

Pulau Pinang menjadi contoh betapa kerakusan yang lebih terarah kepada pembangunan semata-mata telah menyebabkan warganya kini bukan sahaja terasa terpinggir tetapi hampir-hampir kehilangan pegangan malah dalam keadaan tertentu bumi yang dulunya milik bersama sudah dirasai seperti milik orang lain.

Berdiri sahaja ditengah-tengah Georgetown kita pasti dapat merasakan bahawa tanah yang kita pijak itu begitu terasing sekali dan ia bukan lagi milik kita tetapi milik mereka-mereka yang mungkin memiliki raut wajah sama tetapi budaya , jiwa , bangsa dan rohnya jauh berbeza dengan kita MELAYU !

MMI

1 comment:

  1. PP akan jd singapore kedua.. melayu PP akan jd mcm melayu singapore..

    ReplyDelete

Labels