Followers

Sunday 16 April 2017

Guan Eng Jangan Dolak Dalih Letak Jawatan Saja !!!!


Apabila PAS tidak bersama dengan Pakatan Harapan , Guan Eng antara puak-puak DAP yang tetap tak puas hati ! Kemudian puak-puak DAP kata macam-macam dekat PAS sampai ada dikalangan mereka yang naik angin halau PAS supaya jangan patah balik.

Punya marahnya DAP pada PAS ketika itu malah ada dikalangan pemimpin PKR sendiri yang kena "sound" dengan DAP ni sebab cuba-cuba berbaik dengan PAS.Kiranya hubungan yang terputus itu sudah tidak ada lagi ruang untuk kembali bersama.

Sejak dari itu macam-macam lagi cerita yang netizen dan rakyat Malaysia dapat tengok dan lihat sendiri termasuklah usaha Kit Siang memujuk PAS.

Tapi apa jadi sekalipun , hari ini jelas kedua-dua parti itu adalah mush politik dan tidak mungkin akan kembali bersama seperti sebelumnya.

Peperangan mulut dan tuduh menuduh berlarutan sama panasnya macam krisis Korea Utara dengan Amerika Syarikat.Malahan punya sakit hatinya DAP terhadap PAS , isu RUU355 dijadikan sebagai "platform" untuk membalas dendam.

DAP dan puak-puak balacinya menolak RUU355 termasuklah orang-orang Melayu yang mengaku Islam dan mereka sedikit pun tak ada rasa bersalah sedangkan RUU355 itu merujuk sepenuhnya kepada orang Islam sahaja.

So apa kaitan DAP dan bukan Islam dalam hal ini ? Tolak bermakna mereka tidak faham dan sengaja untuk menentang perlaksanaan SYIAR ISLAM di bumi Malaysia !

Untuk lebih rasa maka DAP dan konco-konconya mula kaitkan hubungan PAS dengan UMNO kerana hanya 2 parti ini sahaja yang bersungguh-sungguh untuk memastikan RUU355 direalisasikan.

Perang itu berlanjutan apabila Hadi Awang Presiden PAS serang balas !

Berikut adalah kenyataan Hadi Awang di web Harakahdaily pada 11 April 2017 ;

Orang DAP tanya, dalam perbahasan Parlimen Bajet yang lalu, saya sudah bawa 355 ini, DAP mempertikaikan kerana PAS berunding dengan UMNO. Saya kata, tak boleh ke PAS berunding dengan Umno kerana untuk melaksanakan Syariat? Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang, kita tak boleh nak bincang untuk nak laksanakan syariat, tak boleh? Dia tak boleh jawab, terduduk dia, tak boleh jawab.

Saya boleh tambah lagi, kita boleh berunding dengan UMNO, berunding dengan siapa dia sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia berunding dengan Amerika pun dia berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding, berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai tangga itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita.

Serang balas itu kemudiannya dilaporkan mengena sasaran dan Guan Eng bingkas bangkit membalas serangan Hadi ;

PAS perlu mendedahkan siapa pemimpin DAP yang didakwa membuat rundingan dengan negara asing termasuk Amerika Syarikat agar campur tangan dalam politik negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jika tiada bukti maka dakwaan PAS itu hanya dianggap sampah dan berniat jahat.

Strategi PAS itu katanya hanya dilihat sebagai cubaan mengalih isu yang mengaitkan parti itu dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Justeru beliau berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat mengemukakan bukti pemimpin DAP mana yang berpakat dengan Amerika Syarikat.

"Saya kesal dengan tuduhan yang tidak berasas ini dan berharap beliau boleh tunjukkan bukti, macam mana kita minta negara asing seperti Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam hal ehwal di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, DAP juga tidak ada hubungan dengan Singapura, katanya mengulas kenyataan Abdul Hadi ketika berucap pada ceramah di Marang, Terengganu baru-baru ini.

Betul ker bro ???

MMI dah ushar-ushar mana yang patut dan ternyata apa yang didedahkan oleh Hadi Awang itu ada benarnya .....

Review artikel-artikel berkaitan ,



MeloyaKini pun ada beb ...


Tentang Guan Eng pula ...

Kejadian di Singapura dan situasinya usaha untuk "close deal" satu projek dengan Temasek Holdings 

Apa yang dikesalkan adalah, atas tujuan untuk mendorong Temasek Holding menyalurkan dana pelaburan kepada Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa segan silu malah dengan begitu bersungguh-sungguh sekali mempertikaikan keupayaan para pemimpin Kerajaan BN menguruskan ekonomi Malaysia serta memuji melangit keupayaan pemimpin Kerajaan PAP menguruskan ekonomi Singapura.

Sangat mengejutkan bagi saya betapa, dalam keterujaan beliau mengutuk pemimpin Kerajaan BN ini, Lim Guan Eng, ketika menjawab soalan seorang peserta yang berasal dari Pulau Pinang, sanggup mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberikan walau sesen pun kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Pinang. Dakwa Lim Guan Eng: "Have you been back to Penang? Go back to Penang and see for yourselves. Remember, not a single cent from the Federal Government." (Terjemahan dakwaan Lim Guan Eng: "Sudahkah kamu balik ke Pulau Pinang? Balik ke Pulau Pinang dan lihat sendiri. Ingat, tiada satu sen pun dari Kerajaan Persekutuan.")


Itu belum MMI ulas isu-isu di Pulau Pinang lagi , (boleh baca dalam artikel-artikel MMI yang lepas) jadinya kalau kita rangkumkan ke semua diatas rasanya Guan Eng ni bukan jenis NEGARAWAN beb ada bau-bau macang dengan puak-puak yang duduk dalam hutan yang dulu-dulu nak perintah Malaysia !

So Guan Eng tak payah nak dolak dalih laa kot .. balik negerilah senang !!!

MMI

1 comment:

Labels