Followers

Saturday, 8 April 2017

Isu Shabudin PEMBANGKANG Cari Kredit !!!


Dah banyak penjelasan di buat berkaitan isu membabitkan YB Datuk Shabudin Yahya , Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang tiba-tiba tular di media.Malah isu yang bermula hasil daripada laporan The Star itu sudah pun menjadi bahan kempen terkini puak-puak DAP dan pembangkang di Pulau Pinang khususnya sampaikan puak-puak DAP yang selama ini tak pernah tunjuk muka di Tasek Gelugor dah berani jejak kaki.

Penjelasan Shabudin KLIK SINI 

Walaupun puak-puak ni jejak kaki di Tasek Gelugor ada perkara yang tak didedahkan oleh mereka ! Kehadiran mereka sebenarnya tidak bertahan lama mana sebab mereka kena halau beb cuma tak didedahkan jer ... Orang tak suka pun kehadiran puak-puak tu tapi sebab kurang ajar maka respon team dah pun bertindak !

MMI tak nak ulas banyak-banyak bab ni sebab respon team tu tak nak sebarang publisiti , mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka.

Berbalik kepada isu membabitkan Shabudin , disaat Gua Eng dan konco-konco DAP tengah nazak dengan pelbagai tuduhan dan isu membabitkan parti sendiri mereka nampaknya sedang menggunakan isu ini untuk menutup kepincangan yang berlaku dalam rumah sendiri.

Sebab itulah kita dapat tengok puak-puak ni tengah menari sebab mereka rasa tarian mereka itu sebenarnya mampu untuk menyerang balas Shabudin yang dianggap (DAP) sebagai musuh politik paling utama di Pulau Pinang.

Mana tidaknya Shabudin lah yang mula-mula bangkitkan isu pembelian banglo terlajak murah Guan Eng di Dewan Rakyat sehingga Ketua Menteri itu kini dihadapkan ke mahkamah.

So kira ini misi balas dendamlah beb ..

Menurut laporan daripada Sinar usul mengutuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya berkaitan kenyataannya mengenai isu perkahwinan perogol dengan mangsa akan dibentangkan di persidangan Dun bulan hadapan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, walaupun persidangan di peringkat negeri tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya, namun usul mengutuk Shabudin dan kenyataannya boleh dibentangkan.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak menyebelahinya dan kita akan terus mendesak agar tindakan memecat dikenakan ke atasnya.

Pada MMI buatlah apa yang patut Guan Eng oii .. Tapi janganlah tunjuk sangat dendam tu :) cuba perhati statement kat atas tu kalau setakat kutuk tapi tak ada kuasa nak ambil tindakan apa makna dia ???

Guan Eng sakit hati oiiii hahahahahahaha .....

Di pihak Shabudin pula , mereka tenang berdepan dengan isu yang tengah panas ni sebab mereka tahu pembangkang hanya cuba untuk membangkitkan sentimen kemanusiaan yang jelas menyimpang daripada apa yang dihujahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Rakyat.

Selain daripada penjelasan yang dibuat oleh Shabudin dan banyak pihak di luar sana , Shabudin juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap media yang memutar belit kenyataannya.

Manakala kepada pihak-pihak yang dah buat atau cuba untuk menghina , mengugut menyerang keperibadian pemimpin ini sehingga mengamcam keselamatan beliau dan keluarganya MMI nak pesan beringat sama sebab silap haribulan dapat pi bercuti !


Komen yang dilakukan oleh seorang pemilik akaun facebook bernama Mark Kie terhadap status yang dimuat naik oleh Said Shuaib Bakar berkaitan himpunan haram wakil-wakil parti pembangkang di Komplek Komersial Tasek Gelugor petang semalam itu jelas mempunyai unsur-unsur ugutan yang boleh mengancam keselamatan keluarga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.Selanjutnya

Beb .. Dah ke dalam mamat ni !

Jadi apa yang sedang berlaku sebenarnya sudah masuk ke peringkat yang lain , ianya bukan lagi soal hujah Shabudin memandangkan ke semuanya sudah diperjelaskan tapi ianya sudah masuk ke peringkat di POLITIKKAN !

Dan kerana itulah Guan Eng sedang bertungkus-lumus untuk mengutuk Shabudin di DUN Pulau Pinang nak cari KREDIT beb ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels