Followers

Monday, 3 April 2017

PAS P.Pinang Akan SAMAN Kerajaan DAP , Malik Kata Tak Pernah Halang Pun !!!!


Isu membabitkan orang Islam di Pulau Pinang ni nampak sahaja macam ok sebab kerajaan negeri di bawah telunjuk DAP ni pandai sembunyi tangan.Maka sebab itulah kita selalu dapat tengok yang tampil mempertahankan puak-puak DAP ni adalah badut-badut berbangsa Melayu dari parti-parti BALACI DAP di Pulau Pinang.

Isu kalimah ALLAH misalnya DAP terang-terang sokong pihak sebelah sana sedangkan mereka tahu ianya adalah perkara sensitif dan sebarang campur tangan dalam isu ini bererti pihak terbabit tidak menghormati Islam seperti mana pengakuan mereka yang dibanggakan sangat oleh Tun Mahathir tu kononnya DAP menghormati hak orang Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Dalam isu membabitkan fatwa yang tidak diwartakan , Malik dalam kenyataannya sebelum ini yang disiarkan oleh portal pro kaki fitnah MeloyaKini berkata tidak ada campur tangan dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan sebelum ini.

Sebaliknya Abdul Malik berkata, apa yang berlaku hanyalah keinginan kerajaan supaya mufti yang mempengerusikan majlis fatwa membincangkan keputusan mereka dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

"Selaku exco hal ehwal Islam, saya tidak pernah mengarahkan untuk menukar keputusan mereka (jawatankuasa fatwa) sebaliknya saya memohon kepada mufti yang mempengerusikan jawatankuasa fatwa untuk membincang semula keputusan itu dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

MMI kata kenapa nak kena bincang SEMULA ????

Sebelum itu Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad mengakui berlaku campur tangan kerajaan negeri dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan PAS Pulau Pinang.

Kata Md Salleh, campur tangan itu berlaku apabila Abdul Malik mengarahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah yang sudah diwartakan, dibincangkan semula agar ia selari dengan pendirian kerajaan negeri.

Kejadian itu, katanya, berlaku pada 2010.

Justeru, Md Salleh berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku kerana ia menunjukkan seolah-olah kuasa exco agama dalam hal penfatwaan lebih besar daripada jawatankuasa fatwa Pulau Pinang.

Siapa yang bercakap benar dalam isu ni ?????

Tak perlu risau kita tengok apa yang bakal berlaku selepas ini sebab PAS Pulau Pinang akan mula mengambil tindakan SAMAN terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang dan sudah tentunya si Malik Badut akan terlibat sama.

Pas negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung dakwaan tidak mewartakan fatwa yang sudah diluluskan di negeri ini.


Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya ketika ini sedang dalam proses perbincangan dengan peguam sebelum tindakan undang-undang itu diambil dalam masa terdekat.

“Tindakan saman ini sebagai bukti yang mana Pas negeri ini bersungguh-sungguh dalam perjuangan membela kepentingan Islam.

“Keputusan tidak mewartakan fatwa yang sudah diluluskan jelas membelakangkan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua agama Islam di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas negeri kali ke-37 di sini pagi ini.

Sebelum ini, Afnan Hamimi mendakwa, wujud campur tangan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri sehingga menyebabkan empat fatwa yang sudah diluluskan tidak diwartakan atas alasan tidak bersesuaian dengan situasi politik semasa.

Dakwa beliau, empat fatwa itu adalah larangan umat Islam memasuki pertandingan ratu cantik; hukum menghisap shisha; pengurusan tanah negeri serta pengurusan tanah wakaf. PenangOnline 

Kalau ikut kenyataan PAS tu ada 4 fatwa yang dah diluluskan tapi tidak diwartakan !

Nampak tak game dia , mana yang kata DAP hormat pada Islam ????

MMI

1 comment:

  1. Malik ni terang terangan dajal..jadi saya ingin menyeru rakyat melayu pulau pinang undi la lagi PKR Dan DAP tu..semuga hidup kalian lebih aman damai..

    ReplyDelete

Labels