Ada orang yang tak pernah dan tak suka mengaku kelemahan diri sendiri dan orang-orang semacam ni sebenarnya berada dikalangan kita pada setiap hari.Bagi mereka mengakui kelemahan itu samalah dengan menggadaikan maruah diri.
Spesis seperti ini paling suka bila bercakap tentang orang lain dan merekalah yang paling banyak maklumat sampaikan apa yang orang lain buat semuanya salah dan WAJIB dikritik.
MMI nak menulis tentang Zainuddin Maidin , bekas Menteri Penerangan Malaysia satu ketika dahulu.
Dan melihat kepada tahap obses si Zainuddin mengkritik kerajaan , parti dan pimpinan negara maka MMI rasa adalah satu keperluan pula untuk kita sama-sama melihat apakah spesis Zainuddin ini dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebelum ini terlalu hebat dan harus kita banggakan sampaikan tahap kita wajib tunduk dan membiarkan segala kritikan yang dilemparkan oleh beliau sejak dua menjak ini.
Secara peribadi , MMI tidak pernah selesa dengan kehadiran Zainuddin sebagai Menteri Penerangan sebelum ini.Dengan imej selekehnya di tambah dengan versi kelam kabut dan kata-kata yang kononnya puitis sebab latar belakangnya rasanya Zainuddin bukan sahaja GAGAL tetapi lebih kepada SYOK SENDIRI !
Sebagai bekas menteri , Zainuddin seharusnya menunjukkan kematangan dalam berbicara tentang politik dan bukannya mengambil pendirian untuk menyebelahi satu pihak dan menentang pihak yang satu lagi melalui penulisannya yang jelas berkiblatkan Tun Mahathir.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii berkata bekas Ahli Parlimen Merbuk itu yang dikenali Zam sudah terlupa asal-usul perjuangan ketika masih bersama parti keramat.
“Dahulu, beliau sering bertungkus lumus di meja berita bagi memberikan imej kehebatan negara di bawah UMNO.
“Sekarang beliau terlalu setia kepada bosnya yang pernah menerajui negara selama 22 tahun serta gagal membuat rampasan kuasa,” kata beliau dalam satu kenyataan Ahad.
Tegas beliau, Zam disifatkan seorang bekas Menteri Penerangan yang gagal ketika berada dalam kabinet dan antara manusia yang tidak boleh menerima kekurangan diri sendiri.
“Jangan menuding jari dan berteriak kepada orang lain, sedangkan negara ini dibina ketika zaman anda menjadi menteri.
“Dan saya mengesa anda berhentilah menjadi penghasut melalui penulisan yang suka memecah belahkan rakyat negara ini,” kata Razlan lagi.
Selain daripada itu Bekas Pengarang News Straits Times, Datuk Ahiruddin Attan turut mendakwa bahawa “Walaupun dia (Zam) ini tokoh wartawan, walaupun nama dia ketika ini tinggi menjulang langit, dia patut mengakui dia sudah melakukan kesilapan sewaktu dia sedang marah kepada Najib.”
Antaranya adalah komennya dalam insiden kemalangan basikal di Johor sebelum ini yang cuba dikaitkan dengan YAB Datuk Seri Najib.Kesilapannya dengan menjadikan tragedi yang menyebabkan 8 remaja maut itu sebagai isu politik amatlah memalukan.
Lebih teruk lagi Ahiruddin menjelaskan kelantangan dan kegopohan Zam kali ini bukanlah insiden kali pertama ekoran beliau sebelum ini juga pernah menyebabkan ketegangan antara Malaysia dan Indonesia menerusi penulisannya sebelum ini.
“Yang orang tahu dia marah je. Lepas tu dengan kes dengan (bekas Presiden Indonesia) Habibie pun dia menggelupur juga. Sehinggakan pertalian Malaysia dan Indonesia pada waktu itu tegang di sebabkan Zam,” katanya merujuk kepada penulisan Zainuddin menghina Habibie pada 2012.
Tambahnya lagi, Zainuddin sewaktu mengalas jawatan sebagai Menteri Penerangan sewaktu era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cepat melatah apabila disoal wartawan antarabangsa Al-Jazeera berhubung himpunan Bersih 2.0 tahun 2007.
“Temubualnya bersama al jazeera, beliau menggelupur dalam bahasa inggeris. Orang tak faham apa yang dia cuba sampaikan,” katanya lagi.
Taklah hebat mana si Zainuddin Maidin ni ... Tindakannya sejak dahulu lebih kepada meluahkan rasa hati bukannya membawa aspirasi rakyat dan negara.Memang kenalah dengan Tun Mahathir sebab secara tidak langsung kumpulan sebegini lebih suka mengamalkan dasar tertutup yang kebanyakkannya hadir daripada pemikiran dan rasa hati mereka yang perlu disokong oleh mereka-mereka yang dibawah.
Tak salah sebenarnya asalkan ianya baik dan mampu memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara tetapi apabila dunia beredar mengikut zamannya maka kita seharusnya turut mengikuti perubahan ini dan berani melakukan perubahan.
Zainuddin pula MMI yakin akan kekal menjadi serombong suara zaman penjajah !
MMI
No comments:
Post a Comment