Followers

Saturday, 27 May 2017

Pakai Kereta Mewah Sebab Wakil Rakyat !!


MMI tak pernah menafikan bahawa ramai dari kalangan Wakil Rakyat sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen akan menggunakan kenderaan yang agak mewah dan gelap berkilat sebagai kenderaan rasmi mereka.

Jangan sesiapa menafikan perkara ini sebab ianya berlaku sama ada diperingkat BN mahupun Pakatan Haprak semua serupa ja dan sudah semestinya penggunaan ini perlu kerana proses ulang alik antara satu tempat ke satu tempat itu kadang-kalanya memerlukan keupayaan dan ketahanan satu-satu kenderaan.

Apa pun itu adalah pilihan masing-masing cumanya penggunaan kenderaan sebegini kadang-kalanya melampaui batas dan apa yang dipertontonkan kepada umum jelas lebih kepada kerakusan dan penting diri sedangkan bila berjumpa rakyat puak-puak nilah yang akan melalak kononnya kerajaan BN kejam sebab kos barang naik tapi hakikatnya puak-puak ni menggunakan kedudukan mereka untuk memuaskan nafsu rakus yang meronta-ronta dalam tubuh badan masing-masing.

Cuba bayangkan kalau hal semacam diatas tu melibatkan wakil-wakil daripada UMNO dan BN ?

MMI cuma nak ingatkan semua supaya perhatikan betuk-betul sikap puak-puak pembangkang ni !

Cuba tengok pendirian Mak Lampir dan apa yang Si Azmin buat apabila isu ini sudah mendapat perhatian banyak pihak !

Azmin kata , beliau lebih berminat melakukan kebaikan dan kerja amal sepanjang bulan Ramadan ini daripada terbabit dalam perbalahan Zuraida Kamaruddin dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu permit import (AP).

“Saya tidak berminat dalam polemik seperti ini. Saya berminat untuk melakukan kerja-kerja kebajikan ketika di bulan Ramdan ini,” kata menteri besar Selangor itu pada majlis perasmian mengagihkan bubur lambuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Timbalan presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi mendedahkan dirinya tidak menggunakan AP bagi menyindir Zuraida yang juga ketua Wanita PKR.

“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan,” tulis Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan di Twitternya semalam.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Zuraida yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen PKR Ampang yang diperuntukkan AP.

“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” kata Zuraida dipetik akhbar itu.

Zuraida mengakui gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import, bahkan turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat SPRM,” katanya.


Tuuu punya hebat Mak Lampir ni .. Apa pun MMI percaya sempena bulan yang mulia ini kita seharusnya lebih banyak merendah diri dan membuat amalan serta kebajikan bukan dengan meninggi diri dan sombong dan taksub dengan apa yang kita miliki.

Ingat apa yang ada tu pinjaman jaa .. Sampai masa taulah !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels