MMI sedang perhatikan situasi di Selangor memandangkan terdapatnya ura-ura mengatakan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Haprak sedang berdepan dengan konflik sesama sendiri.
Jika kita masih ingat konflik ini sebenarnya sudah bermula agak lama melibatkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim yang akhirnya di jatuhkan oleh kalangan mereka yang dianggap sebagai sahabat dalam parti.
Kemelut politik yang melanda bumi Selangor pada ketika itu bukanlah berpunca daripada rakyat tetapi dikusutkan oleh permainan politik sesama pemimpin PKR yang jelas memperlihatkan kerakusan mereka untuk berkuasa.
Kewujudan kem-kem tertentu tidak dapat disembunyikan lagi sehingga beberapa nama besar dikatakan mula mengumpulkan kekuatan masing-masing.
Untuk apa ? Kalau tengok kepada senario politik Selangor sudah tentu ianya untuk kedudukan dan kuasa politik !
Azmin sebenarnya tidak pernah lekang dengan pelbagai isu membabitkan pentadbirannya di bumi Selangor , isu penyelewengan dana YAWAS contohnya masih lagi belum dapat diselesaikan.Tak cukup dengan itu masalah pembekalan air bersih kepada penduduk juga sudah menjadikan Azmin sebagai pencatur politik semata-mata bukan pemimpin rakyat.
Yang selebihnya adalah retorik Azmin yang sanggup turun padang semata-mata nak sampaikan sijil SSM kepada seorang anak muda yang berniaga nasi lemak.Bukan MMI menghina peniaga tersebut tetapi tindakan Azmin yang boleh turun padang untuk hal sedemikian diragui kerana ada hal lain yang lebih besar melibatkan rakyat tidak pula mendapat perhatian sebegitu.
Azmin juga sebenarnya bukanlah pemimpin "favourite" dalam PKR walaupun secara rambangnya kita melihat beliau sering kali menjadi antara pemimpin PKR yang menghiasi pentas-pentas politik puak-puak pembangkang.
Berdasarkan apa yang disampaikan kepada MMI , Azmin ada musuh politik dan musuh-musuh politik dalaman ini sentiasa mengikuti rapat perkembangan beliau dan hanya menanti masa sahaja untuk menjatuhkannya.
Satu kesilapan , Azmin boleh menjadi Ketua Menteri paling singkat dalam sejarah negara !
Selain dari itu hubungan Azmin dengan DAP juga sebenarnya tidaklah semesra seperti mana yang digambarkan.
PRN Sarawak contohnya pertelingkahan dan sikap ego yang ditunjukkan oleh Azmin apabila mengarahkan PKR supaya meletakkan calon seterusnya bertanding telah menyebabkan DAP panas punggung !
Pertelingkahan itu bukan sahaja berlaku sesama mereka tetapi sudah sampai ke pengetahuan seluruh netizen dan rakyat diakar umbi.
Jika benar parti-parti pembangkang bersama atas semangat berpasukan , mengapa isu PRN Sarawak boleh berlaku ?
Kini diberitakan pula ada dikalangan wakil PKR sendiri bakal melompat parti untuk menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas, BN dan PAS di Negeri Selangor.
Jika benar ini berlaku maka Azmin akan berdepan dengan konflik dalaman yang memungkinkan beliau akan terus ditolak jauh-jauh daripada PKR khususnya dalam PRU14 nanti.
Kem sebelah sudah pasti ternanti-nanti apakah yang bakal berlaku selepas ini memandangkan PAS yang kini sudah pun menyatakan pendirian mereka untuk memutuskan hubungan dengan PKR Selangor hanya menanti keputusan Majlis Syura mereka sebagai keputusan muktamad.
Sumber dalaman yang rapat dengan Presiden Parti Tuan Guru Haji Hadi berkata keputusan yang akan diputuskan oleh Majlis Syura hampir pasti meluluskan keputusan Muktamat PAS itu untuk memutuskan tahaluf siayasi PAS-PKR atas sebab faktor PKR menentang PAS dalam dua Pilihanraya Kecil, perlekehkan ulamak PAS, dan menjadi telunjuk DAP menolak Akta RUU355.
Jika hubungan PAS dan PKR terputus bermakna kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor rapuh dan besar kemungkinan ianya boleh sampai ke tahap pembentukan kerajaan campuran menggantikan kerajaan negeri Pakatan Haprak di bawah pimpinan Azmin.
Dan jika semua itu berlaku , sudah pastilah DAP tidak akan mengambil masa yang lama untuk menghukum Azmin seperti mana yang dilakukan mereka sebelum ini terhadap isu membabitkan Khalid Ibrahim dan juga parti PAS yang disingkirkan daripada menyertai Pakatan Haprak.
Isunya kita perlu faham bahawa apa jua yang berlaku di Selangor atau mana-mana negeri di bawah Pakatan Haprak ianya (puak pembangkang) mestilah berkiblatkan kepada DAP kerana DAP dalam Pakatan Haprak hari ini umpama Tuhan kepada parti-parti yang lain.
Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/04/akibat-kelemahan-pkr-maka-dap-jadi.html
MMI
No comments:
Post a Comment