Followers

Saturday, 24 June 2017

Bila DAP Sendiri Kata Guan Eng Putar Belit !!!


Bagi mereka yang mengikuti penulisan MMI di blog ini pasti dah faham sangat dengan label yang MMI letakkan pada pemimpin korup DAP Lim Guan Eng sebagai kki putar belit.

Macam-macam dia belit sebenarnya sejak 2008 lagi tapi macam biasalah bila dah berkuasa dan guna segala kepentingan yang boleh maka puak-puak yang sujud dan berkiblatkan Dinasti Lim sanggup sembah dan tutup mulut.

Kali ini bila dah wakil DAP sendiri yang buka mulut dan dedahkan betapa rendahnya akhlak Guan Eng ramai puak-puak cauvinis dan penyokong-penyokong mereka buat BODOH !

Aksi bersahaja dan selalu dibuat apabila ada isu-isu negatif yang menyentuh mana-mana pimpinan dalam Dinasti Lim !

Rujuk laporan bnbbc kat bawah ;

Seng Giaw tepis dakwaan LGE, tidak sukar hubunginya

Jawapan sinikal tetapi sudah cukup memberi maksud kepada soalan yang ditanya.

Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw bersahaja memberi jawapan apabila wartawan BNBBC.my portal menghubungi beliau, pada Khamis.

“Berapa lama awak dapat ‘interview’ saya ni? (Berapa lama awak ambil masa hubungi saya ni?),” katanya bersahaja.

Apabila diberi jawapan tidak sampai seminit, beliau terus mengakui tidak sukar untuk menghubungi dirinya kerana sebagai wakil rakyat beliau sentiasa mudah untuk dihubungi oleh sesiapa sahaja.


Seng Giaw yang telah menjadi wakil rakyat di Parlimen Kepong sejak 1982 secara tidak langsung menepis dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kononnya beliau sukar dihubungi sejak awal tahun.

“Itu saya tidak tahu. Kena tanyalah pada Guan Eng. Awak pun sudah tahu tidak sukar untuk menghubungi saya,” jelasnya lagi.

Semalam, Guan Eng mendedahkan pihaknya gagal menghubungi Seng Giaw, sejak awal tahun lagi.

Kenyataan Setiausaha agung DAP itu merujuk kepada aduan Seng Giaw mengenai tahap ‘kehijauan’ di Pulau Pinang.

Menurut Guan Eng, DAP akan menangani kritikan tersebut secara dalaman, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya tidak mengkritik Guan Eng, tetapi saya peka dengan penjagaan alam sekitar yang semakin terhakis di Pulau Pinang.

“Saya hanya menegur kerana Malaysia sudah menandatangani dengan perjanjian antarabangsa untuk memelihara alam sekitar, supaya dapat menjaga iklim kita, kehijauan bumi dikekalkan dan sebagainya,” kata Seng Giaw.

Menurut Seng Giaw lagi, beliau tidak menentang pembangunan di Pulau Pinang, tetapi merasa bimbang jika pembangunan yang dijalankan mengabai penjagaan alam sekitar.

“Bila kita tengok pembangunan, kita mahu pembangunan yang menjaga alam sekitar.

“Itu sahaja yang saya mahu, tidak ada apa-apa niat pun nak kritik Guan Eng. Saya hanya menegur,” jelasnya.

Ahad lalu, Seng Giaw menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” katanya dalam catatan itu.

MMI kata PUTAQ BELIT bro ...

No comments:

Post a Comment

Labels