Followers

Saturday 10 June 2017

Skandal , Fakta & Auta Kerajaan DAP


Apabila ada pertikaian tentang dasar pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dalam hal melibatkan kebajikan para peniaga kecil khususnya orang-orang Melayu , kerajaan DAP lebih banyak berdiam diri dan membiarkan puak-puak tali barut dalam Majlis Perbandaran selesaikan.

Kononnya semua tindakan tersebut dilakukan atas dasar peruntukan undang-undang walaupun banyak pihak melihat dengan jelas tindakan-tindakan sebelum ini lebih bersifat perkauman.

Kemudian kerajaan DAP terus membisu tatkala perilaku pimpinan DAP di Pulau Pinang yang sering bertindak ala-ala mafia di cemuh masyarakat.Seolah-olah mereka-mereka ini kebal daripada sebarang undang-undang.

Lihat sahaja dalam isu membabitkan Rayer yang jelas telah mencelakakan UMNO dan pimpinannya , dasar CAT langsung tidak digunapakai sebaliknya mereka lebih banyak membisu.

Mungkin tabiat membisu ini sudah menjadi rutin hidup mereka dan MMI yakin kerana tabiat ini jugalah Lim Guan Eng masih lagi dikekalkan sebagai Ketua Menteri walaupun beliau telah disabitkan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah dalam isu pembelian banglo terlajak murah di Jalan Pirnhorn.

Tidak ada kredibiliti malah jauh sekali integriti dan DAP terus menggunakan kedudukan serta kuasa politik di Pulau Pinang untuk tidak melayan apa jua perkara yang menyentuh kepentingan mereka.

Di pendekkan cerita timbul pula persoalan tentang perancangan kerajaan DAP terhadap kedudukan ekonomi negeri memandangkan polisi yang diamalkan oleh puak-puak yang mengaku hebat dalam pengurusan ni lebih kepada menggadaikan aset untuk mendapatkan pulangan bagi menampung perbelanjaan.

Malah keraguan mula timbul apabila banyak kenyataan dan angka-angka yang dikeluarkan oleh kerajaan DAP khususnya berkaitan kedudukan kewangan dan yang seangkatan dengannya tidak konsisten dan terdapat perbezaan yang cukup ketara.

Merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2015 dilaporkan bahawa prestasi pencapaian perbelanjaan projek-projek di bawah rancangan pembangunan kerajaan DAP negeri bagi tahun 2011 hingga 2015 yang dibiayai oleh Kerajaan DAP negeri adalah kurang memuaskan.

Ianya kerana hanya sejumlah RM951.51 juta atau 55.4% dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM1.72 bilion.

Perkara ini tidak diumumkan oleh Lim Guan Eng DAP. Sebaliknya, kroni tegar Lim Kit Siang DAP hanya mengulas yang 'elok-elok' sahaja tentang kerajaan DAP negeri.

Seperkara lagi ialah label yang terpalik ke muka Guan Eng iaitu broker tanah milik rakyat. Berbagai pihak mempersoalkan tindakan beliau yang menjual tanah milik kerajaan negeri untuk menguruskan perbelanjaan negeri.

Lim Guan Eng DAP melenting dan seperti biasa, beliau akan menuding jari kepada parti lawan dan kerajaan BN sebelumnya. Padahal beliau telah 'mentadbir' negeri Pulau Pinang lebih daripada 8 tahun. 

Tetapi apabila kita memberi bukti-buktinya, kroni tegar Kit Siang DAP ini akan mengalihkan isu kepada isu lain yang mungkin tidak berkaitan atau pun enggan menyawab langsung.

Jika kita merujuk jadual 4.11, Laporan Ketua Audit Negara 2015 telah menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” telah meningkat 600% iaitu RM51.09 juta pada tahun 2011 kepada RM324.82 juta pada tahun 2015.

Nilai RM324.82 juta pada tahun 2015 ini adalah 17 kali ganda daripada nilai RM19 juta pada tahun 2008.

Maka kesimpulannya ialah Kerajaan DAP negeri memang bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan DAP negeri hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.

Lim Guan Eng DAP juga dengan tanpa malunya masih mahu menggunakan isu kitar semula walau pun isu tersebut telah dijawab sebelum ini. Apabila isu tanah di Pulau Pinang menular, Guan Eng akan melenting dan setiap kali itu juga beliau mengeluarkan hujah basi beliau.

Untuk menghalalkan tindakan sendiri, Guan Eng akan ulang tayang dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika dibawah BN telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai sebanyak RM1.058 bilion sedangkan Kerajaan DAP negeri pula 'hanya menjual 103.1 ekar' tetapi pulangan yang lebih tinggi.

Hello Guan Eng ......... kesemua tanah yang kamu nyatakan itu adalah perjanjian penambakan tanah kecuali tanah di Batu Kawan. Tak faham-faham lagi atau buat-buat bodoh tak faham?

Sungguh memalukan apabila ahli politik yang memegang 26 jawatan dalam negeri Pulau Pinang ini tidak dapat membezakan perkara penting ini.

Tak percaya lagi sambung baca SETERUSNYA 

Antara yang terkini pula mereka sudah pun menggunakan penguasaan politik secara total untuk menghalalkan tindakan DAP membuat pinjaman dengan negara China kononnya bagi menampung projek yang perlu dibangunkan sedang sebelumnya merekalah antara yang paling lantang mengkritik tindakan kerajaan persekutuan apabila mewujudkan hubungan pelaburan antara dua negara.

Nah di waktu puak-puak cauvinis ini mengaku hebat dalam menguruskan pentadbiran kewangan negeri dan mampu menempatkan rizab simpanan yang jauh lebih banyak berkali-kali ganda sejak zaman BN memerintah kini mereka sendiri mengaku bahawa kerajaan DAP sebenarnya sudah sampai ke tahap ZERO sen dan tidak lagi mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus apabila terkinja-kinja meluluskan hasrat DAP untuk mendapatkan pinjaman.

MMI kata mana pi duit yang Guan Eng cakap ada banyak sangat tu ??????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels