Followers

Thursday, 22 June 2017

JOM Kita REALISASIKAN Hasrat Tun Mahathir Untuk Menyelamatkan WANG RAKYAT MALAYSIA !


Gambar atas tu adalah sebahagian daripada tuduhan tanpa bukti yang dicanang oleh Tun Mahathir terhadap 1MDB.Kalau masih ingat tuduhan itu kemudiannya berubah-ubah ke angka yang lain dan disusuli dengan pelbagai tuduhan-tuduhan berupa FITNAH yang berasaskan kepada laporan daripada pihak yang dulunya begitu di benci oleh Tun Mahathir sendiri.

Siapa mereka yang Tun Mahathir benci sangat tu ????

Puak-puak kapiaq laknat yang suka membuli orang-orang Islam khususnya dari kalangan negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.Bahkan Tun Mahatir pada satu ketika dulu pernah menghentam secara terus melalui ucapan-ucapan berapinya di pentas-pentas antarabangsa dan semua itu dilakukan kononnya kerana beliau adalah seorang pemimpin yang begitu sayangkan bangsa dan negaranya.

Namun semua itu akhirnya mencapai nokhtah apabila Tun Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa keputusan yang dibuat oleh beliau sendiri untuk berundur dari dunia politik adalah satu keputusan yang SALAH !

Sebab Tun Mahathir bukan mahu meletakkan jawatan tetapi beliau mahu LARI dari TANGGUNGJAWAB selaku pemimpin bangsa dan negara.Apabila tanggungjawab itu sudah tidak bergalas di bahu maka Tun Mahathir mahu supaya setiap kata-katanya di patuhi oleh siapa jua yang menggantikan beliau.

Apa jadi sekalipun sama ada negara merundum Tun Mahathir tidak akan dipersalahkan kerana beliau bukan Perdana Menteri.

Inilah kelicikan Tun Mahathir yang berjaya ditutup oleh beliau selama ini dan kita adalah sebahagian daripada mangsa kerakusan politik tersebut.

Sama ada Tun Abdullah , Najib dan siapa jua yang tidak menjadi budak suruhan Tun Mahathir akan dianggap sebagai penderhaka kepada perjuangan Tun Mahathir yang kononnya begitu hebat sehingga membawa Malaysia ke kedudukan hari ini.

Tun Mahathir lupa sebenarnya sejauh mana hebat sekalipun Malaysia ianya tidak akan mampu direalisasikan sekiranya rakyat khususnya orang-orang UMNO tidak memberikan sokongan jitu terhadap perancangan yang dirancang.

Malahan Tun Mahathir juga lupa bahawa kehebatan yang dicanang penyokong Tun Mahathir itu sebenarnya dipalit oleh pelbagai skandal yang merugikan WANG RAKYAT !

Jangan lupa skandal pembelian pesawat Skyhawk !

Jangan lupa skandal PERWAJA STEEL !

Buat carian di google mesti akan jumpa dan ada lagi yang lain-lain cumanya MMI nak tumpukan artikel ni terhadap tuduhan yang bersungguh-sungguh Tun Mahathir dengan sokongan konco-konconya terhadap Datuk Seri Najib dalam isu membabitkan 1MDB.

Tun Mahathir dah dibiarkan terlalu lama untuk berbohong dan mengulangi siri pembohongan terhadap dakwaan tentang kehilangan wang milik 1MDB yang dikaitkan beliau dengan pelbagai pihak yang lain.

Namun sehingga kini tidak ada satu pun dakwaan Tun Mahathir itu relevan melainkan sekadar menimbulkan persepsi politik memburukkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Oleh kerana Tun Mahathir begitu rakus untuk berbicara soal KECURIAN dan KEHILANGAN WANG RAKYAT maka sekarang kita fokus kepada usaha untuk mengesan dan menyiasat apakah benar dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir.

Pertamanya perlu MMI jelaskan bahawa 1MDB tidak pernah kehilangan wang.  Wang Syarikat itu juga tidak pernah dicuri, tiada ada bukti langsung untuk menyokong pembohongan yang dipopularkan Mahathir itu.  Hari ini Mahathir cuba mengatakan bahawa wang yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah wang 1MDB yang dicuri, hakikatnya itu adalah derma dari Arab Saudi dan SPRM, Bank Negara dan sebagainya ada bukti mengenai perkara tersebut.

Dua dakwaan DoJ yang karut ini juga patut ditolak siang-siang sebab ia merujuk kepada wang 1MDB yang dicuri sedangkan kecurian itu tidak pernah berlaku.

Jho Low adalah ahli perniagaan dan dia kaya dengan perniagaannya itu, bukan guna duit 1MDB seperti yang Mahathir cuba katakan.  Tak hairan, dakwaan pertama 20 Julai tahun lepas tak tahu hujung pangkal, dakwaan baru pulak masuk.

Semalam, kabinet memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal perjudian Forex yang menyebabkan rakyat kehilangan wang begitu besar jumlahnya (lebih RM 30 billion) sehingga menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi 1997 dimana lebih banyak wang rakyat hilang, literal dan fizikal.

Ini kecurian wang rakyat yang sebenar, bukan 1MDB !

Berbanding dengan 1MDB, skandal Forex ini menyebabkan rakyat betul-betul sengsara bila ekonomi runtuh tahun 1997, bukan acah-acah sengsara macam yang banyak berlaku sekarang. Dekat media sosial cerita rakyat sengsara, depan mata, rakyat berbelanja macam duit tidak akan pernah habis, pukul 11 malam pun masih ramai beratur nak membayar di kaunter.  Seawal pukul 4, majoriti restoran sudah tutup tempahan untuk berbuka puasa, apa najis sengsara macam itu?

Masa krisis ekonomi 1997 yang berlangsung sehingga 2001, yang kaya jatuh miskin, yang miskin bertambah miskin bila hilang kerja, saham jatuh, wang jatuh (lebih teruk dari sekarang sehingga terpaksa di’pegging’), perniagaan lingkup, kereta ditarik, kehilangan rumah akibat faedah pinjaman meningkat , semua ini berlaku dalam skala yang besar.

Justeru, keputusan menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal Forex ini adalah keputusan yang tepat kerana bencana yang menyebabkan kesusahan kepada sebahagian besar rakyat itu perlu diketahui siapa yang bertanggungjawabnya.

Mahathir sudah tentulah bertanggungjawab sebab dia Perdana Menteri, mana boleh lari. Sekalipun Menteri Kewangan orang lain, tapi dia yang lantik dan Perdana Menteri bodoh macam mana Mahathir ni sehingga tak sedar berpuluh billion wang rakyat hilang? rujukan 

Tak perlulah puak-puak macai terkinja-kinja dan berhentilah pukul canang sebab isu membabitkan 1MDB sebenarnya langsung tidak punya asas dalam apa jua perkara sekalipun kerana apa yang berlaku dalam 1MDB adalah urusan yang melibatkan kepentingan 1MDB selain dana dan aset milik 1MDB sendiri.

Namun berbeza dengan siasatan yang bakal dilakukan oleh RCI kerana ianya melibatkan DANA RAKYAT yang telah dipergunakan oleh kerajaan pada ketika itu untuk dilaburkan dalam FOREX sehingga akhirnya melibatkan KERUGIAN yang jelas berjumlah lebih dari RM30 bilion !

So now kita tumpu kepada usaha untuk cari dan siasat kehilangan DANA dan WANG RAKYAT yang sebenar-benarnya malah Tun Mahathir sendiri pun tak boleh menafikan PELABURAN serta KERUGIAN itu tidak pernah BERLAKU!

Tun Mahathir seharusnya MENYOKONG siasatan ini !

MMI

1 comment:

  1. Mahadick letak jawatan bukan untuk negara,rakyat,bangsa atau agama.
    Matlamatnya satu je...menaikkan anak boboi menerusi pengaruh beliau dan ejen2 yg ditempatkan beliau.
    Oleh kerana tak mahu nampak terlalu NEPOTISTIK dgn meletakakn boboi terus semasa Mahadick masih PM, beliau perlu selang selikan jawatan PM menerusi pemimpin2 yg senang beliau naik turunkan.

    Malang buat Mahataik.....PM Najib adalah PM yg lebih hebat dari beliau. Rakyat semakin kuat menyokong PM Najib.

    Bukan susah nak pilih antara PM yg membantu rakyat atau bekas PM yg mengkayakan keluarga dan kroni?
    Lebih mudah utk memilih apabila bekas PM bersekongkol dgn kapiaq laknatullah (DAPigs)yg terbukti anti Islam dan anti Melayu.

    ReplyDelete

Labels