Followers

Wednesday 7 June 2017

Mamat Ni Kata MUHYIDDIN Tak Layak - SAMAN RM10 Juta


Berkocak dan terus berkocak , parti yang mengaku mempunyai pimpinan teragung akhirnya ditimpa dengan pelbagai masalah dan masalah yang berlaku ini sebenarnya cukup memalukan para pimpinannya.

Apa cer Muhyiddin ??? 

KUALA LUMPUR 6 Jun – “Saya menyaman Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran kenyataan yang dibuat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu antaranya, telah menyebabkan kedua-dua isteri saya yang merupakan doktor berasa tidak selesa dan tertekan atas cercaan dan penghinaan terhadap saya.

“Isteri saya, doktor pakar dan beliau Presiden Majlis Perubatan Negeri Sembilan. Apabila suaminya dihina, masyarakat akan berasa takut hendak berbuat sebarang urusan dengan kami.”

Itu luahan bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin ketika ha­dir bersama peguam, Hazwan Mohd. Nor yang mewakilinya dalam satu tindakan saman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk menuntut ganti rugi RM10 juta daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan memfitnah beliau.

Mohd. Anas selaku pihak plaintif menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal dengan mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkan beliau sehingga ada yang memanggilnya de­ngan gelaran ‘lalang’ dan ‘tupai’.


Pada 5 April lalu, pihak plaintif telah mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan 500 ahli PPBM keluar parti di­sebabkan tidak berpuas hati terhadap Muh­yiddin yang didakwa mengamalkan konsep kronisme dalam parti.

Berikutan pengumuman plain­tif itu, pihak defendan te­lah mengeluarkan satu kenya­taan di luar lobi Parlimen pada keesokannya bagi menjawab soalan yang timbul dalam sidang akhbar pihaknya.

Pihak plaintif berkata, pernyataan tersebut antaranya, menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur dalam kapasiti persendirian dan rasmi, tidak berkelayakan memegang jawatan sebagai seorang ketua dalam parti dan tidak boleh dipercayai.

Kenyataan yang didakwa memfitnah itu menurut pihak plaintif, dibuat dengan niat untuk memperkecilkan dalam kapasiti­nya sebagai bekas Ketua Pemuda UMNO Rembau, bekas calon Ke­tua Penaja dan bekas Ketua Sukarelawan PPBM Bahagian Rembau.

Tindakan tidak bertanggungjawab pihak defendan itu dakwa pihak plaintif, didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM terhadapnya semata-mata mencari publisiti murahan dan sensasi.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus memfitnahnya. sumber utusan


Tak layak dia kata Din !!!

MMI

1 comment:

Labels