Followers

Friday, 30 June 2017

PAS Sudah Tersasar Dari Perjuangan ISLAM Kata MAT SABU


Pertama sekali MMI ucapkan tahniah kepada Mat Sabu sebab dah berjaya menjadi pemimpin politik yang sama tarafnya dengan pemimpin-pemimpin DAP.

Sebenarnya sepanjang MMI memerhatikan tingkah laku dan tindak-tanduk Mat Sabu ni , memang Mat Sabu sebenarnya berperang dengan diri sendiri khususnya dalam menzahirkan pendirian serta prinsip kendiri tentang hala tuju politiknya.

Apabila Mat Sabu diangkat oleh pendokong-pendokong PAS sebelum ini menjadi antara pemimpin tertinggi parti itu , Mat Sabu sebenarnya sudah pun berubah jauh.Perubahan itu dapat kita perhatikan apabila berlakunya perbezaan pendapat tentang perkara-perkara yang menyentuh soal hala tuju parti PAS.

Mat Sabu sebenarnya rimas dengan sikap PAS yang dianggapnya sebagai kolot dan tidak kena pada masa apabila masih lagi berpegang kepada soal perjuangan atas nama Islam.

Untuk mencapai kejayaan dan merangkul impian , Mat Sabu percaya bahawa perjuangan yang berpaksikan kepada Islam semata-mata tidak akan mampu mengubah apa-apa kerana UMNO juga berpegang kepada prinsip yang sama.

Maka kerana itu Mat Sabu mahukan supaya PAS meninggalkan sementara prinsip mereka terhadap perjuangan atas nama Islam sebaliknya menerima perjuangan dan ideologi yang dibawa oleh DAP semata-mata untuk mendapatkan KUASA.

Mat Sabu meletakkan kepercayaan itu sebagai asas paling penting kerana tanpa KUASA , PAS sekalipun tidak akan mampu membawa perjuangan Islamnya.

Oleh yang demikian beliau berpendapat perjuangan Islam yang dibawa PAS hanya akan mendapat tempat dan boleh dikembalikan setelah PAS menerima ideologi politik DAP dengan KUASA di tangan.

Tanpa sedikit pun terfikir apakah di masa itu DAP dengan penguasaan majoritinya dalam Pakatan Haprak boleh berlapang dada dengan agenda Hudud dan Islam yang dibawa PAS ? 

Perkara ini semakin diterjemahkan Mat Sabu setelah ditabalkan sebagai Presiden PAN dan antara kenyataan beliau yang terkini adalah PAS tidak diperlukan lagi !

PAN menyifatkan pendekatan yang digunakan Pas sekarang sudah tidak sesuai dengan Islam.

Perjuangan Pas sudah tersasar malah rakyat juga semakin jauh daripada parti tersebut.

Sehubungan itu, kata beliau, PAN sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang memandangkan Pas sudah tidak diperlukan lagi di negara ini.

“Pas sudah tersasar daripada dasar perjuangannya, malah cara pendekatan mereka sudah tidak sesuai dengan Islam kerana sering bergaduh dengan rakyat dan Orang Asli.

“Jadi rakyat memerlukan PAN bagi mengambil alih pentadbiran Kelantan berikutan pentadbiran negeri itu sudah rosak dan parah,” katanya.

BRAVO Mat Sabu ! 

Hebat sekali dan mungkin kerana hebat itulah Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah ;


Well Mat Sabu dah kata dia lebih ISLAM dari PAS so ringkasnya ISLAM ala PAN !

Nak tanya orang PAS Kelantan , betul ker Bro ??

MMI bukan orang Kelantan so MMI biarkan orang Kelantan yang tentukan .....

MMI

1 comment:

  1. Masa dlm Pas dulu mat sabu dah tersasar dgn bini orang hingga ditangkap khalwat di hotel perdana kota bharu. Kini bukan parti lamanya yg tersasar tpi dia terus tersasar dgn parti barunya yg jdi tukang angguk dap. Rakyat Kelantan tak berminat dgn org politik macam ni.

    ReplyDelete

Labels