Kenyataan media diatas dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik Seberang Perai berikutan isu fitnah berbau perkauman yang cuba dicetuskan oleh pemimpin DAP terhadap PSP yang tular di media sosial.
Perkara berbangkit yang dilihat sebagai usaha untuk mempolitikkan isu tersebut jelas cuba dilakukan oleh pimpinan DAP dengan niat dan yang paling dikesalkan ianya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memegang jawatan nombor 3 dalam pentadbiran kerajaan negeri.Baca artikel berkaitan di SINI
Selain daripada kenyataan media daripada pihak PSP , Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang juga turut mengeluarkan kenyataannya siang tadi.
Kenyataan Media
YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Jumaat 30 Jun 2017
ISU KONTRAK PENGENDALI MAKANAN KANTIN POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
Saya telah mengambil inisiatif menghubungi pihak pentadbiran Politeknik Seberang Perai dan telah diberi maklum bahawa kontrak semasa mengendalikan gerai-gerai makanan di kantin PSP berakhir pada 30 Jun 2017 dan tender/sebutharga untuk tempoh 2017-2019 telah dipanggil pada bulan Mei yang lalu.
Bukan kontrak pengendali gerai makanan bernama Gopi Krishnan Gopal sahaja yang tamat pada 30 Jun 2017; kontrak 6 orang pengendali makanan yang lain juga berakhir pada tarikh tersebut. Tidak timbul isu kontrak Gopi ditamatkan oleh PSP kerana dia seorang bukan Islam.
Jawatankuasa Sebutharaga PSP yang membuat penilaian ke atas sebutharga telah menolak sebutharga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebutharga.
Sebutharga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat beliau tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebutharga pengendali makanan di PSP.
Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM. Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya. Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini.
Agak malang, di Sidang Media pada Khamis, 29 Jun bersama Gopi, YB Dr Ramasamy TKM II Pulau Pinang telah mengeluarkan percakapan yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan, yang jika tidak dibendung boleh mengwujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.
Saya ingin nasihati dan sarankan kepada YB Dr Ramasamy agar tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang beragama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan.
Sebagai seorang TKM II dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Dr Ramasamy seharusnya lebih bertanggungjawap dan boleh saja menghubungi pihak Politeknik Seberang Perai secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan kedudukan sebenar berkaitan isu tersebut; bukannya dengan memanggil sidang media dan membuat perbagai tuduhan liar dan tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak PSP.
Sebagai seorang TKM dan Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ramasamy yang juga bekas seorang pensyarah IPTA, telah bertindak dengan cara sangat tidak professional dalam isu ini. Beliau hanya mendengar cerita sebelah pihak dan terus membuat kesimpulan dan pre-judgement beliau sendiri.
Suka saya ingat kan YB Dr Ramasamy sekali lagi supaya tidak bermain dengan api perkauman yang boleh mengancam keselamatan dan mengganggu gugat keharmonian serta kestabilan hubungan antara kaum dan agama.
Saya memuji tindakan Pemuda MIC Pulau Pinang yang telah mengambil inisiatif berjumpa dengan Pengarah Politeknik Seberang Perai untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak PSP. Satu tindakan berdasarkan pemikiran yang terbuka dan sangat rasional.
Terima kasih
Yang pasti isu ini dianggap selesai apabila MMI dimaklumkan ahli DAP dan penyokong tegar Prof. Ramasamy, Gobi Krishnan telah membuat satu laporan polis berkenaan ketidakpuasan hati belilau terhadap berita yang dikeluarkan oleh "Malaysiakini" bertajuk "Saya Telah Dipaksa Masuk Islam Oleh Pengendali Politeknik Seberang Perai" walaupun berita tersebut adalah berdasarkan sidang media yang dilakukan bersama Prof. Ramasamy.
Jika benar makluman ini maka jelas ianya adalah bukti bahawa Gobi Krishnan dan Prof Ramasamy telah menipu dengan mengatakan bahawa Gobi disuruh masuk Islam jika tidak mahu kontrak operator kantin beliau dibatalkan.
Akhir kata MMK nak pesan kepada mereka-mereka diluar sana , tak perlulah api-apikan isu perkauman semacam ni sebab akhirnya yang nampak bodoh adalah diri sendiri.
BANGANG !
MMI
No comments:
Post a Comment