Followers

Thursday 1 June 2017

Penjualan Tanah Lebuh Raya Peel Sebabkan Kerugian RM30 Juta , NGO Buat Laporan Polis


Macam MMI kata isu membabitkan penjualan tanah Lebuh Raya Peel ni tak akan selesai sebab banyak kecelaruan yang timbul selain tindakan kerajaan negeri yang dilihat seolah-olah tidak telus dalam menguruskan penjualan terbabit.

Sekejap cakap itu , sekejap cakap ini dan akhirnya rakyat tertanya-tanya apa sebenarnya pendirian kerajaan negeri DAP ni ?

Utusan Online hari ini melaporkan beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kumpulan NGO berkenaan yang diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan tiba di ibu pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Sebelum membuat laporan rasmi, Cheng Guan berkata, pihaknya terkejut kerana tanah berkenaan yang bernilai ratusan juta telah dijual secara tanpa tender terbuka kepada syarikat luar negara.

“Disebabkan rundingan terus dalam transaksi ini, rakyat negeri ini telah kerugian hampir RM30.28 juta secara kasar dan kita membuat laporan kepada SPRM supaya perkara ini dapat disiasat,” katanya di sini hari ini.

MMI kata bukan sikit beb .. Kalau apa yang NGO ni dedahkan betul maka SPRM tolong buat siasatan secepat mungkin.Ini melibatkan duit rakyat Pulau Pinang so kena telus macam mana yang Guan Eng dok canang tu ... 

Baca artikel berkaitan ;



MMI

No comments:

Post a Comment

Labels