Dah tak ada orang lain ka Azmin nak minta ganti ke Masjid ? Dah habis ka semua orang Melayu beragama Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor mahupun parti PKR yang boleh Azmin namakan sebagai penggantinya hanya untuk mewakili dirinya menyerahkan sumbangan ?
Ini bukan satu kesilapan sebenarnya tetapi tindakan bodoh lagi dangkal seorang Menteri Besar yang tidak mengambil berat soal kedudukan agama Islam itu sendiri.Apatah lagi dalam bulan ramadhan seharusnya Azmin lebih peka dan sedar tentang perkara ini.
Dan apa yang MMI perhatikan tindakan sebegini semacam menjadi satu strategi kepada puak-puak pembangkang khususnya mereka yang dari kalangan Melayu dan Islam seperti Azmin untuk menghalalkan kehadiran dan kemasukan rakan-rakan mereka yang bukan Islam ke intitusi agama Islam khususnya ke masjid dan majlis-majlis keagamaan.
Institusi Masjid sebenarnya merupakan rumah ibadat bagi orang-orang Islam dan ianya perlu dipelihara dengan adab dan tingkah laku yang penuh dengan nilai tertibnya.Kalau tak silap MMI samalah juga dengan rumah-rumah ibadat bukan Islam pastinya ia juga punya aturan tertentu yang perlu kita patuhi walau siapa pun kita.
Tak pastilah pula MMI kalau Sivarasa masuk kuil atau tokong dan gereja dan boleh pula buat perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti penganut agama-agama lain ?
Tepuk dada tanya selera ....
MMI nak jelaskan lagi ada hukum tertentu bagi mereka yang bukan Islam untuk masuk ke dalam masjid.Hasil daripada carian sebagai rujukan paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam di dalam hal ini.
Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.
Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.
Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram
KESIMPULANNYA
Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.
Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-
1) Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.
2) Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.
3) Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid. RUJUKAN
So apabila kita melihat tindakan puak-puak pembangkang yang OBSES tak kena tempat masuk ke Masjid seolah-olah Masjid tu mak bapak depa punya maka sudah tentulah ianya berpunca daripada tindakan awalan pihak-pihak tertentu.
Dalam konteks ini sudah tentulah kehadiran Sivarasa itu diizinkan oleh pihak yang menguruskan masjid dan tindakan Sivarasa yang berpolitik kemudiannya bolehlah diandaikan sebagai kelemahan pentadbir masjid itu sendiri kerana gagal menghentikannya.
Jika tidak sekalipun sudah tentulah pihak pentadbir perlu akur dengan arahan daripada pihak yang mungkin lebih tinggi seperti kerajaan negeri.
Apakah ada arahan tertentu daripada Pejabat Menteri Besar supaya pihak masjid menerima kehadiran Sivarasa ????
Bernama melaporkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini didesak memberi penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang didakwa telah mencemarkan kesucian masjid apabila memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, Rabu lalu.
Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim juga meminta Mohamed Azmin untuk memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana tindakan anggota Parlimen itu melanggar titah baginda yang melarang masjid dijadikan tempat berpolitik.
"Tindakan anggota Parlimen Subang yang dilaporkan memberi ceramah politik telah menyebabkan Sultan Selangor murka serta dukacita dan perbuatan itu juga mencemarkan kesucian ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.
"Anggota Parlimen itu juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dan bukannya memberi alasan selaku mewakili Menteri Besar Selangor untuk menyampaikan sumbangan sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen itu yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan.
Menurut Haris, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri yang turut menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.bernama
Bagi MMI isu semacam ni dah banyak kali berlaku dah ... Dan kali ini apabila sudah sampai ke tahap mendapat reaksi daripada Sultan Selangor sendiri yang murka dengan tindakan tersebut , maka sewajarnyalah tindakan lebih keras diambil terhadap mereka yang terlibat.
Azmin perlu bertangungjawab dan permohonan maaf sahaja tak cukup !
Pentadbir dan pengurusan masjid terlibat perlu dipanggil untuk mendapatkan keterangan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab !
Sivarasa perlu dikenakan hukuman ,,,, MMI rasa pertimbangan boleh dibuat oleh Sultan Selangor apakah bentuk hukuman yang sewajarnya.Kalau ikut MMI elok ja dibuang negeri sebagai pengajaran kepada yang lain.
Apa pun MMI percaya bahawa usaha menggila untuk membawa masuk bukan Islam ke masjid atas kepentingan politik akan terus berlaku termasuklah di negeri-negeri lain dibawah pentadbiran pembangkang.
Ini adalah strategi mereka ... Beringatlah !!!
MMI
No comments:
Post a Comment