Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng harus segera memecat 3 orang pemimpin ini kerana kegagalan mereka mendepani isu berbangkit berhubung dengan pertikaian membabitkan penjelasan bercanggah antara satu sama lain berhubung tiga batang jalan yang bersambung dengan terowong dasar laut Pulau Pinang.
Selain daripada pertikaian banyak pihak berkenaan urustadbir projek terowong yang masih lagi halimunan , kerajaan DAP Pulau Pinang sudah pun terpalit dengan pelbagai skandal bermula daripada pemilikan banglo terlajak murah Ketua Menteri sehinggalah projek tambakan laut yang menjejaskan banyak pihak.
Sebagai pegawai kerajaan negeri , pemimpin-pemimpin DAP ini jelas tidak konsisten dalam menjalankan kewajipan mereka malah sudah pun menyebabkan reputasi pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah teraju Lim Guan Eng dengan dasar CAT terjejas teruk.
Secara ringkasnya yang dipersoalkan adalah berkenaan kos bayaran perundingan yang didapati lebih mahal berbanding kos siap sepenuhnya terowong halimunan tersebut ?
Dengan jarak jalan hanya 10.5 kilometer dan dua lorong bagi setiap laluan, kos pembinaan adalah RM377 juta. Sedangkan kos bayaran perundingan pula adalah RM120 juta atau 32% daripada kos pembinaan.
Manakala terowong yang berjarak 7 kilometer dengan dua lorong bagi setiap laluan, kos pembinaannya adalah RM377 juta. Manakala kos bayaran perundingan pula adalah RM96 juta atau 2.74% daripada jumlah kos pembinaan.
Berdasarkan penjelasan oleh Chow Kon Yow, bayaran untuk perundingan tersebut telah dibayar sepenuhnya walaupun pembinaan terowong dan ketiga-tiga batang jalan tersebut belum pun dibina.
Pada 24 Jun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan sidang media untuk memperjelaskan dakwaan kononnya mereka tidak terlebih bayar untuk laporan kebolehlaksanaan.
Dalam penjelasan tersebut Chow Kon Yow menafikan laporan Lembaga Jurutera yang Kerajaan Negeri sudah terlebih bayar 400% sebaliknya hanya 17.6%.
Lim Hock Seng pula sebelum itu dalam kenyataannya di Sidang Dewan Undangan Negeri menyatakan Kerajaan Negeri belum lagi membuat sebarang bayaran.
Mengelirukan !!!!
So isunya jelas sebagai pemimpin di bawah kerajaan negeri maka kecelaruan serta percanggahan fakta ini merupakan satu kesalahan besar memandangkan ia melibatkan wang rakyat !
Apakah berlakunya penipuan secara terancang ? Atau ianya berlaku kerana pemimpin-pemimpin ini tidak kompeten dan tidak layak ?
Sebab itulah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng HARUS segera memecat ketiga-tiga pemimpin DAP ini daripada pentadbiran kerajaan negeri.
YB Chow Kon Yow , YB Lim Hock Seng HARUS dipecat segera !
Dan mesti ramai yang tertanya-tanya siapa seorang lagi pemimpin DAP yang perlu Guan Eng PECAT dari pentadbiran kerajaan negerikan ????
Sorry MMI lupa nak bagitau awal-awal , orang yang ketiga tu adalah LIM GUAN ENG sendiri !
Alasan ... sebagai Ketua Menteri , Guan Eng kena bertanggungjawab dengan apa yang sedang berlaku dan berdasarkan perkiraan MMI memang selayaknya Guan Eng juga turut memecat dirinya sendiri sebab dah terlalu banyak skandal melibatkan kepentingan rakyat khususnya di Pulau Pinang terabai atau ringkasnya disalah gunakan.
Termasuklah sabitan kes di mahkamah !
Shame on you Guan Eng !
MMI
No comments:
Post a Comment