Hanya mereka yang tidak faham tentang Islam sahaja akan bertindak sejauh ini dan hanya segelintir orang yang mengaku Islam sahaja akan menerima serta patuh kepada arahan bukan Islam sehingga sanggup untuk merendahkan kedudukan fatwa dan peranan Jawatankuasa Majlis Fatwa yang pada pandangan MMI antara perkara penting bagi umat Islam di Malaysia khususnya.
Bahkan sejak parti cauvinis DAP menguasai rentak politik pembangkang dan muncul menjadi kuasa penentu dalam apa jua keadaan , orang Melayu dan Islam sebenarnya dah lama menderita dek kerja buat secara licik konco-konco karfi harbi DAP ini.
MMI masih ingat bagaimana isu membabitkan tuntutan pihak yang ada kena mengena dengan KRISTIAN terhadap penggunaan kalimah Allah , penolakan secara total RUU355 oleh bukan sahaja dari kalangan DAP tetapi juga dari kalangan mereka yang mengaku beragama Islam yang kini mendapat kedudukan dan pangkat dalam RASUAH politik yang jelas berlaku sejak 2008 yang lalu.
Sabotaj terhadap para peniaga Melayu secara terang-terangan tanpa sedikit pun elemen timbang rasa bukan sahaja menjadi peluru kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menutup rezeki orang Melayu tetapi juga dijadikan sebagai PERISAI paling KUKUH untuk mengarahkan soldadu-soldadu TERPAKSA dari kalangan para petugas MPSP dan MPPP supaya menjalankan kerja-kerja jijik DAP.
Siapa soldadu-soldadu ini kalau bukan dari kalangan orang Melayu !!!
Kemudiannya (antara yang terkini) kita dihidangkan pula dengan isu fatwa yang cukup merimaskan apabila fatwa yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong.
Ringkasnya fatwa ini perlu merujuk Lim Guan Eng memandangkan beliau adalah Ketua Menteri yang memimpin barisan pentadbir kerajaan negeri.
Jelas ianya adalah satu tindakan mencampuri urusan hal ehwal agama ISLAM secara terancang !
Sebab itulah apabila PAS sebelumnya dilihat begitu taksub untuk bersama DAP dengan alasan kononnya untuk memulihkan dan menyedarkan DAP tentang ISLAM akhirnya kecundang di pertengahan jalan.
Malah PAS bukan sahaja GAGAL untuk menyedarkan sahabat HARBInya tetapi turut menerima tempias yang pada pandangan MMI cukup memalukan sekali !
1.PAS pada ketika bersama DAP bukan sahaja mengaku kononnya berusaha untuk memastikan DAP faham tentang ISLAM dan pendirian perjuangan parti PAS tetapi juga hilang MARUAH apabila IDEOLOGI politik DAP meresap masuk ke dalam kumpulan PAS sendiri.
2.Perpecahan PAS sehingga wujudnya PAN adalah kesan daripada pengaruh ini yang tidak dapat dihalang oleh PAS sehingga akhirnya ramai dari kalangan ahli PAS MURTAD POLITIK apabila bertindak menjadi ahli parti PAN pimpinan Mat Sabu.
Oleh kerana itulah MMI optimis PAS sebenarnya dah lama membutakan mata dan memekakkan telinga mereka walaupun terdapat perkara-perkara tertentu yang jelas bercanggah dengan prinsip parti itu sendiri berlaku khususnya di Pulau Pinang.
Dan semua itu terpaksa dilakukan demi mengejar cita-cita kosong pimpinan PAS walaupun mereka cuba berselindung disebalik ungkapan berbau Islamik "TAHALUF SIYASI".
UMNO pula konsisten walaupun terdapat suara-suara sumbang dari komponen kadang-kalanya , ianya masih di tahap kawalan dan UMNO masih lagi memelihara perkara-perkara PENTING dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berkenaan hal membabitkan Bangsa , Agama dan Negara.
Sebab itulah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang penggal ke-13 yang lalu , Ketua Pembangkang , YB Datuk Jahara Hamid (Adun Teluk Air Tawar) dalam ucapannya menyentuh tentang Enakmen pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah pun menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa.
Tidak ada satu pun peruntukan di dalam enakmen tersebut membolehkan fatwa yang telah diluluskan untuk dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong.
Ini adalah asas atas dasar Mufti mempunyai kebebasan penuh untuk membawa fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam warta. Setelah diperkenankan maka fatwa tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan diwartakan.
Fatwa adalah khusus hal ehwal agama dan Ketua Agama untuk Pulau Pinang adalah Yang di-Pertuan Agong bukan Ketua Menteri.
Seperti yang MMI sebutkan tadi , konsistensi itu berlaku !
Alhamdulillah ....
Walau bagaimanapun diakhir-akhir ini PAS tidak lagi bersekongkol dengan DAP dan parti-parti pembangkang yang lain.MMI ulang buat masa ini dan sejarahnya MMI yakin semua pihak dah sedia maklum.
Dan perkembangan terkini PAS Pulau Pinang bakal mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam proses pewartaan fatwa di negeri itu.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof berkata PAS negeri konsisten meminta kerajaan negeri menarik balik pekeliling yang menyatakan bahawa keputusan mewartakan sesuatu fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu dirujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kita harap mereka tarik balik (pekeliling itu). Saya harap mereka memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya kerana soal fatwa ini adalah perkara yang tidak patut campur tangan luar berlaku. Isu ini hangat diperkatakan dan sudah lama.
“PAS Pulau Pinang konsisten mendesak. Sampai setakat ini tidak ada apa-apa daripada kerajaan negeri khususnya DAP untuk memohon maaf,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Markas Tarbiyyah PAS Pongsu Seribu pada Ahad lalu.
Lebih menarik usaha ini sudah menampakkan jaringan positif , pihak yang dulunya dipisahkan oleh tembok ideologi politik akhirnya sudah boleh seiring.
Pada 10 Februari lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pekeliling itu bercanggah dengan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 pecahan (3) dan (4).
Beliau berkata enakmen berkenaan tidak menyebut fatwa yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dibawa untuk makluman atau perkenan MMK Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan.
Sementara itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, Jawatankuasa Fatwa sepatutnya menjadi sebuah badan bebas yang tidak memerlukan campur tangan daripada mana-mana pihak.
“Jawatankuasa Fatwa perlu merupakan suatu platform yang bebas. Ini bersesuaian dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Tapi apa yang dibuat (campur tangan kerajaan negeri) sedikit sebanyak seakan-akan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa boleh dikekang oleh Exco,” katanya.
Semoga usaha semua pihak ini dipermudahkan ..
Bagi MMI apa jua yang bakal berlaku selepas ini , kita seharusnya menumpukan kepada usaha untuk menghapuskan penguasaan rejim DAP khususnya di Pulau Pinang kerana inilah pusatnya ...
Jangan silap sasaran lagi !!!
MMI
No comments:
Post a Comment