Followers

Saturday, 8 July 2017

Kalau Duit Cukup Kenapa Pinjam ? Guan Eng Terkedu !!


Sebagai seorang Ketua Menteri , Guan Eng rasanya patut malu dengan persoalan yang dilontarkan oleh orang awam sewaktu beliau begitu bersemangat memberikan ucapan berkenaan kononnya kerajaan negeri dibawah pentadbirannya hebat dalam serba serbi khususnya dalam pengurusan kewangan.

Insiden memalukan itu berlaku ketika Guan Eng sedang berucap pada upacara perasmian Festival Hari Warisan Dunia Georgetown di Jalan Pintai Tali baru-baru ini.

Guan Eng dalam ucapannya berkata kerajaan Pulau Pinang merupakan sebuah kerajaan yang bersih serta bebas rasuah malah mempunyai peruntukan dana yang mencukupi bagi kesemua projek yang bakal memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Pulau Pinang.

Bagaimanapun, salah seorang dari orang awam yang berada di situ bangun memberikan respon dan mempersoalkan mengenai mengapa Pulau Pinang yang masih memerlukan pinjaman untuk melaksanakan projek-projek yang berkaitan sedangkan kerajaan mempunyai peruntukan yang mencukupi, seperti yang diperkatakan Ketua Menteri.

video

Nah ambik hang ! Bila bercakap lebih dari kerja buat inilah jawapannya ....

Persoalan yang dilontarkan individu tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk mendapatkan pinjaman dari Exim Bank of China bagi membiayai projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Ia kemudiannya disambut dengan tepukan dari orang awam yang berada di situ.

Kelu beb !! Lidah kena gari !!! ....

Bagi MMI betullah apa yang orang tu tanya , sebelum ni bukan main jaja sana sini kerajaan DAP Pulau Pinang bukan main kaya sebab semuanya cukup alih-alih nak pinjam dari Bank China !

Apa hal ??? 

Oh lupa sebab "game" jual tanah semua sekarang dah jadi tumpuan seluruh Malaysia !

Duit dah tak ada Beb !!! 

JANJI nak mansuh tol yang cuma RM0.50 pun tak mampu nak tunaikan !!! Sembang .....

MMI

1 comment:

Labels