Followers

Saturday, 15 July 2017

Komplot Jatuhkan Najib Bayang-Bayang PENGKIANAT Sudah Mula Kelihatan


Setelah begitu banyak melakukan onar terhadap parti UMNO dan pimpinan negara akhirnya perkara sebenar terdedah dan pendedahan itu hadir dari mulut si Muhkriz anak kepada Tun Mahathir.

MMI tak minta pun semua ni berlaku dan tak pernah pun bersembang dengan si Muhriz bertanya apa cerita sebenarnya tapi Muhkriz sendiri yang mendedahkan rancangan bapanya untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri.

Sedarlah ...

Realitinya kalau warga Malaysia sedar , negara yang kita cintai ini sudah pun berdepan dengan situasi sukar apabila serangan politik terancang melibatkan pihak-pihak dari dalam dan luar berlaku secara tersusun.Kesan daripada serangan tersebut banyak perkara-perkara negatif terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat namun berkat keutuhan pasukan pimpinan YAB Datuk Seri Najib , Malaysia terus bertahan sehingga ke hari ini.

MMI dah sebut benda ni pada Ogos 2016 , Mungkin ramai dari kalangan rakyat Malaysia masih lagi belum sedar betapa bahayanya situasi negara pada hari ini.Bagi MMI mungkin kerana Malaysia sejak berakhirnya gerakan bersenjata komunis sentiasa berada dalam keadaan tenang dan aman maka kita langsung tidak peka dengan keadaan dan suasana yang sedang berlaku.

Di tambah pula rata-rata masyarakat kita hari ini datangnya daripada mereka yang hadir selepas semua keadaan tersebut maka kita masih lagi menganggap situasi dan keadaan yang sedang berlaku itu adalah perkara biasa yang lebih kepada hal politik semata-mata.

MMI bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa tetapi inilah realitinya yang sedang kita depani.

Gerakan demi gerakan sama ada sabotaj mahupun serangan secara langsung terhadap kepimpinan dan negara Malaysia begitu jelas dilakukan oleh mereka-mereka yang dilihat punya agenda tertentu sehinggakan kita turut merasakan kesannnya.

Jika semua masih ingat , usaha untuk memusnahkan Malaysia dan kepimpinan negara bukan sahaja hadir dari kalangan puak-puak pembangkang yang saban hari berusaha mencari salah kerajaan tetapi turut didalangi oleh orang luar.

Bukankah ianya cukup membahayakan ? Apabila kita berbicara tentang komplot maka sudah tentulah ianya melibatkan lebih daripada 1 individu.Dan tahukah kita komplot itu selalunya melibatkan pasukan yang mempunyai tugasan masing-masing seperti mana yang telah didedahkan dalam isu penangkapan Justo !

Kemudiannya kita dikejutkan lagi dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun @ Wan Bro terhadap 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan kerana dipercayai terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Ekoran daripada itu pihak polis memanggil pengadu dan mengambil keterangan yang kemudiannya menyaksikan kes tersebut telah ditutup dan tidak ada siasatan lanjut yang dilakukan.

Semua pihak akur walaupun ada beberapa persoalan yang berlegar-legar di luar sana !

Terkini , Tun Mahathir pula telah tampil seterusnya mengesahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Azwan Bro itu ada asasnya!

Dalam satu sidang media bersama wartawan , Tun Mahathir telah mendakwa tiga pegawai tertinggi kerajaan yang dituduh berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah "dikhianati".

Beliau berkata Najib akan menghadapi tindakan jika pengkhianatan yang dikatakan itu tidak berlaku.

"Zeti tidak bersalah , begitu juga Abu Kassim dan juga Gani Patail ... tetapi mereka telah dikhianati oleh dari kalangan mereka.

"Jika tidak Najib akan menghadapi tindakan sekarang," kata Mahathir kepada pemberita baru-baru ini. Baca Seterusnya 


Teruk sangat ke Najib ? Hebat dan maksum sangat ke Tun Mahathir ? 

Kadang-kadang orang kita lupa apa asas yang perlu kita pegang sebelum meletakan kepercayaan terhadap satu-satu individu itu !

Dalam hal ini MMI agak sangsi dan turut simpati dengan mereka-mereka yang secara membabi buta menyokong gerakan Tun Mahathir yang kini bersama dengan PPBM.Ringkasnya apakah mereka lupa bahawa DAP dan PKR juga sebelum itu adalah musuh utama kepada kepimpinan Tun Mahathir ?

Disinilah kekeliruan itu berlaku , mereka bukan sahaja terlupa tetapi terus dibutakan supaya tidak lagi melihat sejarah sebelumnya dan sebahagian besarnya dilalaikan dengan tohmahan demi tohmahan tanpa sebarang BUKTI kukuh !

Lebih dasyat lagi mereka terus alpa walaupun kebenaran sudah mula terdedah seperti mana yang didedahkan oleh Syed Saddiq berkaitan pembayaran sebanyak USD5 juta dari kem Tun Mahathir kepada Clinton Foundation. Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/06/syed-saddiq-jerangkap-ketam-jangan-di.html

Kini giliran Muhriz , pada 13 Julai 2017 Boboi akhirnya memecahkan pekung sebenar bapanya.

Mukhriz bersetuju dengan kenyataan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos bahawa bapanya, Mahathir sejak 2015 sehingga kini berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Mukhriz bagaimanapun membetulkan kenyataan tersebut dengan mengatakan usaha itu mungkin bermula sejak 2014 lagi. 

Mukhriz juga turut bersetuju dengan kenyataan serta cadangan Jahaberdeen bahawa usaha Mahathir dan Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib merupakan suatu perkara yang diketahui umum dan tersebar luas dalam media sosial dan media arus perdana. Mukhriz menyatakan bahawa Mahathir dan Muhyiddin memang ada niat bersama untuk jatuhkan Najib. “Bukannya komplot tetapi kedua-duanya mempunyai niat bersama,” kata Mukhriz. 

Dasyat sebenarnya perancangan ini dan sudah tentu ianya melibatkan banyak pihak dan rangkaian tertentu.Baca kronologinya di SINI dan baca juga betapa dendamnya puak-puak ni kat SINI

Well MMI tak nak menulis panjang lebar sebab banyak yang dah buat ulasan cuma apabila pendedahan sebegini sudah mula terdedah , secara tidak langsung kita sudah mula melihat bayang si PENGKIANAT !

Mereka jelas adalah pengkianat terhadap negara dan pengkianat seperti ini sewajarnya tidak diberi tempat untuk terus bebas bergerak ke sini sana.

Ambil dan simpan segera para pengkianat ini kerana Malaysia perlu diselamatkan daripada manusia-manusia munafik seperti ini.

MMI yakin dan percaya mereka tidak pernah memikirkan tentang masa depan anak-anak dan generasi kita !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels