Tak perlulah berselindung di sebalik jawatan-jawatan yang diumumkan tempoh hari sebab ramai di luar sana sedia maklum bagaimana hiraki itu diputuskan.Kalau kita amati sejak bermulanya hubungan songsang itu , DAP khususnya sudah pun dihujani dengan pelbagai pertikaian hanya kerana menerima kehadiran Tun Mahathir sebagai rakan politik yang baru.
Kalau tak silap MMI suara-suara dari akar umbi DAP itu akhirnya bukan sahaja hilang seperti mana yang berlaku terhadap mereka-mereka yang menentang Rejim Hitler satu ketika dulu tetapi langsung tidak mampu untuk menggugat kedudukan tertinggi parti DAP yang rata-ratanya adalah penyembah Dinasti Lim.
Yang perlu kita faham adalah bagaimana rejim ini bertindak serta bagaimana mereka meresap masuk ke dalam jiwa para penggerak parti yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak.Hari ini DAP sebenarnya sudah boleh berbangga kerana orang-orang Melayu (PAN) sudah pun berada di bawah telunjuk mereka dan MMI yakin 100% puak-puak ini tidak akan berani untuk bersuara walaupun terdapat berjuta kesilapan yang terhidang di depan mata mereka.
Dan kita juga tak perlu persoalkan bagaimana ia dilakukan kerana dalam keadaan status para pimpinan tertinggi parti DAP tidak sah dari segi perundangan pun penguasaan secara total dalam Pakatan Haprak tetap menjadi milik parti cauvinis ini.
So siapa sebenarnya yang menjadikan Rejim DAP begitu berkuasa ?
Sehingga ke saat ini pun parti-parti dalam Pakatan Haprak masih belum mampu untuk menyatakan secara bersama siapa sebenarnya yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya dalam PRU14 nanti.
Jika ada sekalipun Mahathir dan Muhyiddin sengaja buat-buat tangkap gambar selebihnya sekadar persepsi seolah-olah mereka bersetuju dengan orang itu dan ini hakikatnya masing-masing punya agenda tersendiri.
Kemegahan Tun Mahathir kononnya parti-parti yang kini bersama-sama beliau dalam Pakatan Haprak adalah jauh lebih baik daripada parti-parti dalam komponen Barisan Nasional bolehlah kita umpamakan sebagai makan diri.
Sikap terlalu obses untuk menjatuhkan Najib akhirnya menelanjangkan Tun Mahathir yang jelas sudah melanggar prinsipnya sendiri.
Muhkriz sudah pun membuat pengakuan bahawa gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri sudah bermula sejak 2014 yang lalu.Baca artikel berkaitan ;
Sejak 2014 yang lalu ! dan ianya membuktikan kepada kita betapa mereka-mereka yang terlibat itu telah MENGKHIANATI kita sebagai warga Malaysia kerana tanggungjawab dan amanah yang telah digalaskan ke bahu masing-masing itu seharusnya digunakan untuk menjayakan bukan sahaja Malaysia tetapi juga seluruh warga dan rakyatnya.
Bukan menjadi BANGSAT dengan berusaha untuk mencari kesilapan dan kelemahan yang rata-ratanya ditambah perasa sehingga menjadi FITNAH yang mengundang natijah terhadap Malaysia.
Walaupun begitu mereka tidak pernah sedar dan terus berusaha untuk meyakinkan rakyat bahawa merekalah yang terbaik sehingga muncullah keakraban atau persahabatan penuh muslihat antara Tun Mahathir , Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Untuk lebih menampakkan ketulenan hubungan itu maka tersebarlah apa yang disebut sebagai keputusan bersama hiraki kepimpinan Pakatan Haprak.Kehadiran banduan bernama Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Haprak adalah petanda bahawa sudah banyak perkara yang asasnya berdasarkan kepada perundangan negara tidak lagi menjadi pilihan sebaliknya potensi pakatan yang dibentuk itu mampu untuk menggugat kedudukan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO lebih diutamakan.
Menariknya ramai yang tertanya-tanya dimana Kit Siang ?
Seperti yang MMI sebut diawal-awal tadi , kelicikan penguasaan Rejim DAP dalam Pakatan Haprak ini sebenarnya sudah pun sampai ke tahap menjerat para keldai dalam kandang pembangkang.Keldai-keldai ini terus diberikan harapan dan dibuai dengan bermacam-macam kisah yang penuh dengan impian.
Realitinya mereka lupa percaturan itu sudah pun menjadikan DAP begitu kukuh dipersada Pakatan Haprak walaupun tanpa kehadiran Kit Siang.
Buktinya Kit Siang sendiri dalam kenyataannya berkata PKR dan PPBM bukan ketua dalam Pakatan Haprak walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti tersebut.
Penasihat DAP itu berkata, partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Haprak walaupun Pakatan Haprak mengumumkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar Ketua Umumnya.
Malah, kata beliau, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang beliau dakwa hanya didominasi oleh parti Melayu UMNO.
Well gang , kalau benarlah prinsip bersama itu adalah perkara pokok yang dipegang maka tak susah pun kalau nak masukkan Kit Siang dalam senarai hiraki Pakatan Haprak !
Apa yang susah sangat ? Melainkan DAP mahupun Kit Siang sebenarnya sudah pun menetapkan kedudukan mereka jauh lebih tinggi daripada kedudukan Tun Mahathir itu sendiri !
Dan kalau isu dominasi yang menjadi alasan sehingga memburukkan UMNO maka MMI yakin dan percaya Kit Siang sewajarnya diletakkan sebagai Timbalan Pengerusi Pakatan Haprak atau paling tidak Kit Siang mengisi tempat Tun Mahathir.
Barulah Kit Siang tidak akan dilihat sebagai mendominasi Pakatan Haprak selepas ini kerana Kit Siang sehingga ke hari ini tidak punya apa-apa jawatan dalam pentadbiran tertinggi Pakatan Haprak.
MMI ulang Kit Siang kata partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Haprak walaupun Pakatan Haprak mengumumkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar Ketua Umumnya.
Jangan lupa review balik , siapa yang punya kuasa penuh dalam parti DAP hari ini ?
Kit Siang kan ? So yang apek ni dok merapu bagai kenapa ?
Bagitau ja DAP punya kuasa MUTLAK dalam tiap keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Haprak kan senang !!!!!!
MMI
No comments:
Post a Comment