Tidak ada mana-mana pihak yang menolak sebarang sumbangan dan kerja buat Tun Mahathir sewaktu era kepimpinannya selaku Perdana Menteri selama lebih 22 tahun mentadbir Malaysia.Sebagai seorang warganegara Malaysia yang sah , MMI antara puluhan ribu atau jutaan rakyat yang begitu mengkagumi kepimpinan pemimpin ini.
Ringkasnya siapa yang boleh menolak perkembangan pesat Malaysia sehingga menjadi antara kuasa ekonomi Asia yang terkuat di rantau ini satu ketika dulu.Di tambah pula dengan dasar pandang ke Timur yang digerakkan dengan sepenuh daya dengan menjadikan beberapa negara di Aisa contohnya Jepun sebagai matlamat bukan sahaja membuka laluan perkembangan Malaysia tetapi menjadi titik tolak keupayaan negara ini mencipta nama di persada dunia.
Semua mata terarah kepada pembinaan mega yang menjadi lambang keutuhan Malaysia dan ramai dari kalangan kita yang teruja dengan kemegahan Jambatan Pulau Pinang , KLCC , Putrajaya , KLIA , Lebuh Raya Utara - Selatan dan lain-lainnya.
Dalam konteks politik pula , pada ketika era pemerintahan Tun Mahathir , parti-parti pembangkang bolehlah dianggap sebagai "hidup segan mati tak mahu" sehingga kehadiran mereka hanya sekadar mampu untuk mengata dan mencerca di pentas-pentas ceramah.
Dan berdasarkan perkara-perkara diatas maka segelintir mereka yang kini terhasut untuk bersama dengan gerakan politik berhaluan kiri itu terus terbuai dengan kata-kata manis yang berintikan nista dan fitnah.
Ramai dari kalangan mereka lupa betapa pada ketika era Tun Mahathir berkuasa , puluhan ribu pimpinan lain berdiri dan bersama-sama dengan beliau untuk menjayakan misi memperkasakan Malaysia.
Lupakah kita bahawa di waktu itu sebahagian pemimpin tertinggi yang berdiri tanpa jemu menyokong dan mempertahankan Tun Mahathir adalah Tun Abdullah (bekas Perdana Menteri) dan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia hari ini).
Yang mereka sering terlupa adalah kedua-dua pemimpin ini juga turut sama bertanggungjawab menjayakan agenda pembangunan Malaysia bersama-sama dengan kepimpinan Perdana Menteri pada ketika itu Tun Mahathir.
Jadi di mana relevannya ke semua pembangunan yang Malaysia miliki hari ini hanya tersasar kepada usaha seorang pemimpin ?
Mengambil kira sejarah penubuhan parti UMNO misalnya , ianya tidak akan tertubuh sekiranya yang berusaha itu hanyalah Datuk Onn seorang.Realitinya UMNO tertubuh hasil daripada sokongan seluruh angkatan Melayu yang terdiri daripada pelbagai kumpulan Melayu yang pada ketika itu berada di setiap inci Tanah Melayu bermula daripada Johor sampailah ke bumi Perlis.
Penyatuan itu dengan dokongan daripada pemimpin-pemimpin hebat yang lain telah menjadi titik tolak kepada perjuangan MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU !
Dan perlu kita fahami juga Malaysia tidak Merdeka kerana usaha Tunku Abdul Rahman sahaja , Malaysia mencipta sejarah hasil daripada PENYATUAN , SEMANGAT dan RASA JERIT PERIH orang-orang Melayu biasa yang sanggup melorotkan gelang emas mereka pada ketika itu semata-mata untuk merealisasikan hasrat seluruh umat Melayu yang mahu melihat bumi bertuah ini MERDEKA !
Tanpa sokongan padu seperti ini nescaya laungan Merdeka tidak akan mampu bergema di bumi bertuah Melaka pada tarikh keramat seperti mana yang dapat kita tonton sehingga ke hari ini.
Sesuatu yang perlu kita faham adalah orang Melayu sejak dahulu terkenal dengan sikap hormat-menghormati sesama mereka.Dan dalam keadaan tertentu penghormatan itu hadir sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga atas apa jua usaha murni yang dilakukan termasuklah menjadi pemimpin mereka dan ianya diterjemahkan dengan pelbagai gelaran antaranya PATRIOT.
Dari sudut orang Melayu misalnya untuk melayakkan seseorang itu menerima anugerah sebesar ini ianya haruslah setimpal dengan jasa yang telah dicurahkan bukan sahaja kepada Bangsa tetapi juga kepada Agama dan Negara.
Dan kerana keyakinan itulah maka nama-nama seperti Tun Mahathir diangkat sebagai PATRIOT berdasarkan kepada semua perkara yang disebut diatas.
Tetapi kita juga harus faham dan segera sedar apakah kesesuaian kedudukan PATRIOT itu kekal sehingga ke akhir hayat penerimanya ? Sebagai rakyat yang sebenarnya menjadi HAKIM atau kuasa penentu kepada kedudukan seseorang itu sewajarnya tindak-tanduk kalangan mereka-mereka ini perlu seiring dengan tindakan kemudiannya.
Ini penting kerana tanpanya maka gelaran atau apa sahaja yang disamakan dengannya tidak akan lagi mampu menghadirkan rasa hormat dan ianya bakal memberikan tanggapan buruk terhadap kedudukan gelaran itu sendiri.
Dalam hal membabitkan Tun Mahathir , MMI selaku generasi reformasi berdepan sendiri dengan situasi nyata bagaimana perpecahan umat Melayu sebenarnya bermula di sini.
Di waktu era Tun Mahathirlah umat Melayu kemudiannya berpecah kerana masalah moral membabitkan pemimpin tertinggi orang Melayu dan ianya membawa kepada perpecahan politik yang cukup menyesakkan nafas politik Melayu dan Islam itu sendiri.
Kerana perpecahan ini Islam di Malaysia juga terjejas , sokongan membabi buta kumpulan politik yang berpecah ini terhadap tuntutan pihak gereja yang disokong penuh DAP dan kumpulan yang seangkatan dengannya telah menghadirkan rasa tidak selesa orang-orang Melayu dan Islam.
Natijahnya kumpulan yang jelas menolak Islam ini akhirnya mendapat peluang dan ruang ini tidak disia-siakan mereka sehingga ada dikalangan kita (umat Melayu / Islam ) menjadi penyokong dan pendokong mereka.
Kenapa ini terjadi ?
Pastinya dendam dan ketaksuban politik melampau ini telah merubah roh perjuangan mereka sehingga akhirnya dijadikan sebagai hamba politik kepada perjuangan sama rata tanpa menghiraukan usaha mereka yang terdahulu mencipta ramuan yang diadun begitu kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerana dendam politik dan sikap meninggi diri serta taksub dengan kedudukan dirilah akhirnya acuan Melayu yang dibentuk dengan nama UMNO bukan sahaja di tolak tetapi dianggap sebagai musuh nombor satu manakala DAP yang dulunya dianggap sebagai PARASIT diterima menjadi TETAMU KEHORMAT yang tindak-tanduknya sudah pun dihalalkan sedikit demi sedikit.
Tun Mahathir seorang PATRIOT ?
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam satu ulasannya berkaitan kenyataan Kit Siang yang mengaku dirinya sebagai seorang PATRIOT berkata “Anda tidak boleh mengangkat diri sendiri sebagai patriot, itu bukan caranya. Orang lain yang sepatutnya mengangkat anda sebagai patriot selepas bersetuju secara sebulat suara berdasarkan jasa anda kepada negara.
“Anda dan Dr. Mahathir tidak membantu negara sebaliknya telah menyerang imej negara sendiri dengan pembohongan bertali arus. Anda juga berusaha keras untuk mensabotaj ekonomi kita dengan ‘mengusir’ pelabur asing daripada melabur di negara kita apabila termakan dengan pembohongan dan anda berpuas hati dengan perkara itu,”
Menurut Abdul Aziz lagi , Kit Siang dan Dr. Mahathir adalah anasir yang berbahaya kepada keamanan, keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.
“Mereka telah melakukan perkara yang jahat. Bagi seorang ahli politik yang sentiasa melemparkan tuduhan palsu kepada lawannya, ini adalah satu lagi contoh khayalan mereka apabila menganggap mereka sedang menyelamatkan Malaysia dan layak digelar patriot.
“Mereka melakukan pelbagai jenis kejahatan dan rasa diri mereka patriot, ini adalah sesuatu yang sangat sinis dan tidak bermoral,” katanya. rujukan Utusan Melayu
Lebih dasyat lagi disebabkan obses yang begitu meronta-ronta untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional di tumbangkang , Tun Mahathir sanggup menjalinkan hubungan politik dengan Anwar Ibrahim banduan yang kini sedang menjalani hukuman akibat pertuduhan MELIWAT bekas pembantunya.
Sejarah tidak akan pernah berubah dan realitinya Tun Mahathirlah yang bertanggungjawab sepenuhnya meyakinkan semua pihak bahawa pertuduhan terhadap Anwar adalah berdasarkan kepada BUKTI dan KEYAKINAN penuh beliau selepas meneliti laporan demi laporan termasuklah pengakuan daripada pihak-pihak terlibat.
Soalnya dimana integriti Tun Mahathir apabila kini boleh pula untuk melupakan perkara yang pernah beliau sendiri tolak sebelumnya ? Baca artikel berkaitan di SINI
PERGINYA SEORANG PATRIOT
MMI adalah sebahagian dikalangan mereka diluar sana yang hadir dalam dunia politik Malaysia pada era Tun Mahathir , era reformasi , era kepimpinan Tun Abdullah dan era YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Mengambil kira semua aspek Dulu , Kini dan Akan Datang rasanya kita pasti bersedih kerana Tun Mahathir sebenarnya sudah berubah.Perubahan yang semakin hari semakin menelanjangkan pemimpin itu bukan sahaja memalukan orang Melayu tetapi juga menjadi penyebab kepada perpecahan umat Melayu yang sewajarnya kita pelihara dengan berjuta cara.
Jika PATRIOT itu masih menjadi milik Tun Mahathir , MMI rasa sudah sampai masanya kita lucutkan gelaran tersebut kerana ia tidak membawa sebarang untung buat kita orang-orang Melayu.
Sebagai orang Melayu dan warga Malaysia , terimalah hakikat bahawa Tun Mahathir sudah merosakkan reputasi dan integriti dirinya sendiri dan beliau sudah pun menempa sejarah yang hampir pasti tidak akan luput dari ingatan generasi demi generasi selepas ini bahawa PATRIOT yang kita tatang dulunya kini sudah pun pergi meninggalkan kita.
Dulu , Kini & Selamanya
MMI
Sy bersetuju dgn tuan..
ReplyDeleteKita hargai sumbangan beliau pada negara..
Dannsy sendiri mengagumi beliau..
Tetapi..
Yang benar.. perginya seorang patriot negara..