Followers

Tuesday, 4 July 2017

SEDARLAH Rangkaian Puak 'Evangelist' Di Malaysia Sebenarnya BESAR !!


Gambar atas adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik parti pembangkang selagi mana pihak yang bersama dengan mereka itu adalah penyokong dan pendokong tegar agenda politik berkepentingan yang kekal menjadi misteri yang disembunyikan.

Walaupun hakikatnya kita sudah dapat menghidu pergerakan ini , ramai lagi dari kalangan kita sendiri yang masih belum sedar betapa agenda besar mereka sebenarnya sedang bergerak dan semakin berkembang.

Agenda Evangelist !

Paling bahaya apabila ada orang Melayu dan beragama Islam sendiri memilih untuk mengaku bahawa kumpulan ini jauh lebih baik daripada yang ada disekeliling mereka.

Malahan ada dikalangan mereka dengan lantang mengaku kepada seluruh dunia bahawa sanggup untuk makan BABI dengan Guan Eng daripada makan AYAM dengan Najib !

Kita tahu bahawa kenyataan itu adalah kenyataan sinis politik tetapi sebagai orang Islam rasanya ianya sudah keterlaluan seolah-olah mereka SANGGUP MURTAD untuk bersama DAP daripada KEKAL sebagai ISLAM jika bersama dengan NAJIB !

So apa yang MMI paparkan seterusnya adalah BUKTI betapa kumpulan-kumpulan sebegini sememangnya semakin berkembang dan kita harus sedar bahawa ada pihak-pihak besar di belakang mereka yang terus mempertahankan gerak - geri mereka.


MAJLIS PEGUAM memang secara terbuka menyokong pembangkang yang diketuai DAP secara membabi buta. Apa sahaja tindakan pembangkang atau penyokong pembangkang walaupun jelas menyalahi undang-undang tetap akan dipertahankan oleh mereka.

The Concerned Lawyers for Justice (CLJ) merasa tidak percaya apabila membaca kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Peguam George Varughese yang mempertahankan tindakan Siti Zabedah Kasim (“Siti Kasim”) yang didakwa mengikut Seksyen 186.

Siti Kasim didakwa kerana menghalang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dari menjalankan tugas sewaktu melakukan serbuan di pertandingan ratu cantik mak nyah yang bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 3 April 2016.

Kekecohan yang berlaku antara Siti Kasim dan pegawai-pegawai JAWI sewaktu serbuan dilakukan, sebahagiannya direkodkan dan boleh ditonton di Youtube dan Facebook.

Apabila menonton video pendek berdurasi 3:04 itu, kami (CLJ) amat terkejut dan merasa bimbang melihat gertakan kasar dan gangguan tidak berhati perut yang dilakukan terhadap pegawai-pegawai JAWI yang hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang Seksyen 9 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) Akta 1997 (“SCOA”).

Menurut Fatihah Jamhari, Setiausaha Agung CLJ, walaupun video itu tidak muktamad, sekurang-kurangnya ia membuktikan dakwaan yang dikenakan terhadap Siti Kasim adalah adil dan perlu dibicarakan di mahkamah undang-undang.

Pengerusi Majlis Peguam tidak sepatutnya menghalang atau mengkritik proses dakwaan daripada dijalankan lebih-lebih lagi orang yang didakwa itu merupakan seorang anggota Majlis Peguam.

Hal ini kerana ia akan membuka jalan kepada spekulasi sama ada Majlis Peguam sebenarnya berat sebelah dalam pegangannya bahkan perbuatan ini juga bertentangan dengan prinsip kesamarataan undang-undang.

“Kuasa autoriti yang dimiliki oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama untuk memasuki premis-premis di mana kesalahan didakwa dilakukan tidak terhalang walaupun acara berkenaan merupakan acara tertutup.

Berdasarkan Seksyen 11 syariah courts’ procedure (SCP) atau tatacara mahkamah syariah, orang yang bertanggungjawab menjaga premis-premis itu perlulah mengizinkan Pegawai Penguat Kuasa Agama bebas masuk dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk penggeledahan dijalankan di dalamnya,” katanya.

Sebarang cubaan menghalang pegawai penguat kuasa agama menjalankan tugas mengikut undang-undang tidak boleh dibiarkan walaupun halangan itu dilakukan oleh seorang peguam atau anggota Majlis Peguam.

“Walaupun CLJ bersetuju dengan Majlis Peguam dari segi prinsip bahawa tindakan persendirian seorang peguam bela dan peguam cara demi kliennya tanpa rasa takut atau pilih kasih adalah penting dalam pelaksanaan keadilan, namun, ia tidak boleh disalahgunakan hingga ke tahap meletakkan seseorang peguam melebihi undang-undang.”

“Justeru, kami menggesa Majlis Peguam untuk menjunjung kedaulatan undang-undang; mengesahkan semula kesucian dan ketuanan Perlembagaan Persekutuan; mengikut prinsip kesopanan dan kesusilaan seperti yang terkandung dalam Rukun Negara; dan mengesahkan semula komitmen untuk membenarkan penguat kuasa menjalankan tugas mereka tanpa sebarang ugutan dan gangguan,” tegas Fatihah.

Nampaknya Majlis Peguam telah bersikap melampaui batas sehingga menjejaskan kredibiliti majlis tersebut yang telah tercalar selama ini ekoran tindakan berterusan mereka mempertahankan pembangkang yang diketuai DAP. Mungkinkah Majlis Peguam ini perlu melakukan rombakan secara besar-besaran bagi mendapatkan semula kepercayaan dari rakyat.

Akhir kalam , fikirkan sejenak siapa lagi agaknya yang bersama-sama dengan mereka dan menjadi rangkaian secara tidak langsung walaupun ada ketika dan saatnya mereka-mereka itu lebih banyak membisu ????

MMI

1 comment:

Labels