Followers

Wednesday, 26 July 2017

Tun M Bertanggungjawab Cetus Krisis Perlembagaan Negara 1988 - @khairykj @RRafizal


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin dalam ulasannya di Twitter menyebut "With all due respect, Tun Mahathir has no credibility to speak about the judiciary. An institution emaciated during his primiership" (Dengan segala hormat, Tun Mahathir tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai badan kehakiman. Sebuah institusi yang menjadi lemah semasa pentadbiran beliau).

Khairy dalam ulasannya menyentuh tentang sikap Tun Mahathir yang pada hari ini dilihat semakin hilang arah khususnya dalam berpolitik apabila semakin banyak kenyataan daripada Pengerusi PPBM itu bersifat stereotaip dan dangkal.

Tun Mahathir ternyata terlalu mengikut hati dan perasaannya sehingga terlupa bahawa kehadirannya dalam Pakatan Harapan sudah pun menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang bekas pemimpin.Penguasaan parti DAP dalam Pakatan Harapan itu sendiri sebenarnya telah menyebabkan tindak-tanduk dan suara Tun Mahathir sekadar kuda tunggangan pembangkang yang akhirnya bakal melenyapkan integritinya selaku seorang pemimpin.

Sikap terdesak Tun Mahathir yang beria-ia mahu melihat kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di tumbangkan pada PRU14 nanti sudah pun memakan dirinya sendiri apabila sanggup untuk bersekongkol dengan bekas timbalannya Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Dalam pada beliau menyatakan sokongan kepada Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mendakwa bekas timbalannya itu tidak dilayan dengan adil serta keputusan mahkamah dalam kes Anwar jelas dipengaruhi kerajaan.

Apakah Tun Mahathir sedang berbicara soal demokrasi dan mempertikaikan sistem kehakiman di era pentadbirannya sendiri ?

Tun Mahathir perlu ingat hubungan yang dicipta atas kepentingan politik dengan parti DAP juga telah mencalarkan reputasi pemimpin ini memandangkan Tun Mahathir sejak dulunya sudah pun mengangap parti itu sebagai musuh utama kepada orang Melayu.

Malahan DAP bukanlah parti yang mengamalkan demokrasi dan ianya diperakui oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam kenyataannya sebelum ini.

Beliau berkata kepemimpinan parti DAP ditentukan sendiri oleh dua pemimpin diktatornya iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng demi memastikan legasi kepemimpinan nepotisme mereka berterusan.

Buktinya kata beliau, jawatan Naib Pengerusi yang pernah dipegangnya merupakan satu lantikan tanpa melalui sebarang pemilihan oleh perwakilan mahu pun dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Contohnya, hanya dua hari saya masuk DAP, saya sudah dilantik sebagai Naib Pengerusi tanpa ada apa-apa pemilihan parti. Jadi di mana demokrasinya?

“Kalau nak kata DAP ini parti demokratik, adalah salah sama sekali. Walaupun ada pemilihan parti sekali pun, pe­mimpin mereka sendiri yang tentukan. Pemilihan parti hanya wayang kulit semata-mata,” katanya. 

Jika isu sedemikian yang merujuk kepada soal prinsip pun tidak mampu dibezakan oleh Tun Mahathir mana mungkin tindakannya yang cuba menyentuh isu kehakiman itu boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

Khairy dalam pada itu berkata Dr Mahathir perlu sedar bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan di negara ini pada tahun 1988.

"Krisis Perlembagaan pada tahun 1988 berlaku apabila beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan dan (krisis) itulah yang hendak kita pulihkan sampai hari ini"

Merujuk kepada Krisis Kehakiman dan Krisis Perlembagaan 1988 berikut adalah fakta dan kronologi insiden terbabit ;

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan bermula dari pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

Pemecatan oleh Tun Dr. Mahathir atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia telah dilihat sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Pada bulan June 2008, bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kerana mahukan bidang kehakiman diletakkan di bawah kawalannya. “Saya percaya Perdana Menteri pada masa itu mahu menjadi diktator,”

Perkara 121 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan pengasingan kuasa. Tun Mahathir sudah pun mengetuai Perundangan dan Eksekutif. Kini beliau telah meletakkan peruntukan kuasa kehakiman di bawah kekuasaan Perdana Menteri pula.

Dengan kehakiman di bawah kuasa Perdana Menteri, Tun Mahathir boleh meminta hakim melakukan apa yang beliau kehendaki. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1988, mengakibatkan bidang kuasa HAKIM NEGARA ditentukan oleh Parlimen.

Rentetan daripada beberapa keputusan-keputusan mahkamah tinggi yang tidak memihak kepada Tun Mahathir, beliau mula memberi tekanan kepada Hakim-Hakim Negara.

Tun Salleh Abas yang mewakili hakim-hakim menulis sepucuk surat sulit kepada YDPA dan Raja-Raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.

Akibat dari tindakan Tun Salleh Abas menulis surat kepada YDPA, pada tahun 1988 beliau telah dihadapkan ke Mahkamah timbang tara yang diadakan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar.

5 orang hakim Mahkamah Agung bersidang dan memberikan Tun Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Mereka adalah;
1. TS Azmi Kamaruddin,
2. TS Eusoffe Abdoolcader,
3. TS Wan Hamzah Mohamed Salleh,
4. Wan Suleiman Pawan Teh
5. Datuk George Seah

Malangnya kelima-lima hakim Mahkamah Agung tersebut digantung jawatan mereka. Sementara itu pada Oktober 1988, Wan Sulaiman Pawan Teh dan Datuk George Seah telah dipecat.

Pemecatan tersebut menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, tuntutan pengesahan timbang-tara tidak dapat dibicarakan. Ogos 1988, Tun Salleh telah dipecat secara rasmi sebagai Ketua Hakim Negara.

Di antara peristiwa-peristiwa yang menyebabkan Tun Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia bertindak meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan ialah;

1. Di dalam krisis pemilihan Presiden UMNO antara team Tengku Razaleigh Hamzah dan team Tun Mahathir berlarutan sehingga krisis ini terpaksa diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi, UMNO 11 mendakwa sekurang-kurangnya terdapat 30 cawangan tak berdaftar yang menghantar wakil-wakil mereka ke pemilihan UMNO itu harus mencukupi untuk membatalkan keputusan-keputusan pemilihan yang telah dilakukan oleh PAU yang lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Harun Hashim pada ketika itu membuat keputusan untuk membuang kes tersebut, dan menyebut Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang mengatakan bahawa mana-mana satu pertubuhan akan menjadi “tidadenial secara automatik jika terdapat satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Oleh itu, Hakim Harun Hashim mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah “pertubuhan yang tidak sah” dan dengan itu, “apa yang terjadi pada tahun 1987” tidak sah di sisi undang-undang.

2. Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Raphael Pura. Ini kerana wartawan tersebut telah menulis sebuah siri majalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. Asian WSJ menerbitkan majalah-majalah itu turut diharamkan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Oleh itu. mahkamah telah menarik balik pengharaman Asian WSJ.

2. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah ISA.

Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan mendiang Karpal Singh untuk bebaskan tahanan atas alasan masalah teknik terhadap cara beliau ditahan.

Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan-pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret.

20 tahun kemudian iaitu pada 20 Jun 2008, Tun Salleh Abas yang dipecat daripada badan kehakiman pada 1988 berkata: “Kalau anda musnahkan badan kehakiman, anda memusnahkan demokrasi dan kalau anda memusnahkan demokrasi, anda terjamin dalam pemerintahan diktator.”

Mendiang Karpal Singh berpendapat bukan Kerajaan Malaysia yang harus memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang patut berbuat demikian, itu pun jika Dr Mahathir tidak lupa. Kerajaan pula wajib membayar segala kos dan manfaat yang harus mereka dapat. Karpal Singh juga menyeru agar diadakan satu inkuiri tentang krisis kehakiman.

Selayaknya sementara masa masih berbaki Tun Mahathir perlu memperbetulkan kiblat politiknya terlebih dahulu sebelum bermain dengan perkara-perkata yang hanya akan menelanjangkan niat dan hasrat hitamnya.

Baca juga artikel berkaitan  - Perginya Seorang Patriot ? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels