Followers

Tuesday, 8 August 2017

FITNAH Sarawak Report Mula Makan Diri , Pakatan Haprak Bersedialah !


Sarawak Report (SR) ternyata bukanlah badan penyiaran yang punya etika dalam penyebaran artikel-artikel mereka selama ini , selain menjadi agen kepada pembangkang yang begitu mencemburui kejayaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak , editornya Clare Rewcastle Brown bolehlah kita anggap sebagai anjing kurap yang kelaparan dan sanggup memamah apa jua yang berada di depan mata asalkan perutnya diisi.

Tindakan editor SR ini yang sering membuat dakwaan berdasarkan kepada sumber yang tidak sahih akhirnya memakan diri.

Clare sebelum ini sudah pun dipelawa oleh Ketua Polis Negara (KPN)  , Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya hadir ke Malaysia dan mengemukakan bukti terhadap dakwaan fitnahnya berkaitan pembayaran sebanyak RM9.5 juta oleh YAB PM kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.Baca artikel berkaitan di SINI

Namun sehingga ke saat artikel ini di tulis editor SR itu tidak pernah menjejakkan kakinya ke bumi Malaysia seterusnya menjawab segala dakwaan beliau mahupun dakwaan yang dibuat melalui SR adalah PALSU dan FITNAH semata-mata.

Barangkali ramai yang masih tak puas hati kononnya pihak kerajaan dan Perdana Menteri tidak pula berusaha untuk mengambil tindakan saman terhadap SR mahupun editornya , MMI bagi pencerahan sikit supaya kita sama-sama dapat faham situasinya.

Sebenarnya dah banyak penerangan tentang persoalan ini cumanya kerana ada sebahagian dari kita yang tak membuat carian maka ianya menjadi tanda tanya apatah lagi tahap obses puak pembangkang yang saban hari menggunakan isu-isu sebegini maka persoalan itu kadang-kalanya berubah dan kita termakan dengan dakyah pembangkang kononnya kerajaan takut dan bimbang.

Realitinya kalaulah kebimbangan dan rasa takut itu menjadi alasan , rasanya tak perlulah KPN mempelawa editor SR supaya datang ke Malaysia dan kemukakan bukti terhadap dakwaannya !

Dalam masa yang sama kalau kita perhatikan tohmahan pembangkang kononnya sudah ada negara-negara luar yang membuka kertas siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap semua dakwaan negatif kepada negara mahupun PM , seharusnya PM tidak perlulah ke luar negara apatah lagi hadir ke negara-negara yang sering dimomokkan oleh pembangkang sebagai menanti masa untuk PM diadili.

Namun semua itu telah pun disangkal awal-awal lagi , Najib malah Rosmah sekalipun telah hadir ke London atas urusan kerja malah terkini pula , Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang baru Rex Tillerson ( rasanya di waktu artikel ini ditulis ) sudah berada di Malaysia melakukan lawatan kerja dua harinya khusus bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara dua negara.

So apa lagi yang kita nak persoalkan ? Kenapa masih tidak mahu menyaman ?

Jom kita tengok isu berkaitan saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini.

Ada yang mendakwa Najib takut akan kebenaran. Malah ada yang mendakwa, beliau gentar untuk menyaman WSJ kerana bimbang lebih banyak rahsia beliau akan terbongkar.

Malah perkara ini turut menjadi mainan beberapa musuh politik beliau samada dari pihak pembangkang, mahupun dari Tun Dr Mahathir sendiri. Persoalannya, benarkah Datuk Seri Mohd Najib gentar untuk menyaman WSJ walaupun beliau pernah mengumumkan, akan menyaman WSJ tidak lama dahulu?

Terlebih dahulu, kita harus memahami permasalahan perundangan yang mungkin wujud dalam kes ini. Sebenarnya, dalam urusan saman ini, pihak barisan peguam Datuk Seri Mohd Najib yang diketuai oleh Datuk Mohd Hafarizam Bin Harun telah pun pergi ke Amerika Syarikat bagi melihat sendiri faktor perundangan di negara berkenaan.

Hasilnya semakan perundangan yang dilakukan beliau mendapati, jika kes seumpama ini diteruskan, walaupun Datuk Seri Mohd Najib berjaya memenangi kes ini, namun, pihak WSJ tetap boleh mengelak dari membayar sebarang pampasan ke atas beliau. Ini kerana faktor kebebasan bersuara yang diamalkan oleh Amerika sendiri telah menetapkan perkara sedemikian.

So bukankah ianya hanya akan membuang masa dan tenaga ? MMI sedar masih ada yang tak puas hati lagi ... Jangan marah dulu , ada lagi pencerahan sambung baca di SINI

Ok berbalik kita kepada hal pokok , sengaja MMI panjang lebarkan sikit bab kat atas tu supaya masing-masing dapat nilai dan congak dari segi praktikalnya , apakah kita perlu melayan puak-puak kaki fitnah ini ke tahap sedemikian atau ada kaedah lain yang lebih baik yang mampu memberikan pulangan bukan sahaja kepada Negara tetapi juga RAKYAT ?

Apabila tindakan sebegitu dibuat , maka puak-puak pembangkang saban waktu menggerakkan agenda mereka kerana beranggapan kononnya mereka sudah mampu menguasai minda dan mendapat kepercayaan rakyat untuk menolak kerajaan sedia ada.

Sesuatu yang puak-puak pembangkang terlupa adalah apabila terlalu banyak memfitnah maka pastinya banyak kesilapan akan berlaku.


Natijahnya editor SR , Clare Rewcastle Brown telah memfitnah Presiden PAS kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar rasuah RM90 juta kepada parti PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lebih menarik PAS kemudiannya membuat keputusan untuk MENYAMAN editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Apa yang berlaku ?

Hasil daripada tindakan SAMAN oleh PAS itu akhirnya mahkamah di London memutuskan tiada bukti untuk menyokong dakwaan pengendali blog Sarawak Report itu bahawa berlakunya sebarang urusan pembayaran yang disifatkan oleh Clare sebagai RASUAH.

Untuk rekod , Mahkamah juga menolak hujah Clare meminta Hadi mendepositkan wang RM4.5 juta (£800,000) sebagai jaminan untuk membayar kos guaman sekiranya PAS kalah didalam prosiding saman berkenaan.

Ekoran itu, mahkamah bersetuju dengan peruntukan deposit keselamatan RM80,000 oleh Presiden PAS diatas dasar Clare gagal menunjukkan bukti bahawa badan kehakiman, kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Abdul Hadi.

“Mahkamah London juga mendapati tuduhan serius itu tidak disokong bukti oleh Clare walaupun beliau mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian,” kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Mahkamah juga tidak menerima hujah Clare tanpa membawa bukti bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.”

Sehubungan itu kata Ahmad Samsuri, Clare diarahkan membayar dua pertiga daripada kos guaman Abdul Hadi iaitu £15,000 (RM84,000).

“Mahkamah London juga mengarahkan Clare untuk membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes ini dapat diteruskan dan beliau tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Clare terhadap keputusan itu juga telah tidak dbenarkan oleh Mahkamah London,” katanya.

Dalam masa yang sama PAS yakin akan memenangi kes saman tersebut seterusnya akan menyebabkan semua kos perbelanjaan sepanjang prosiding kes berjalan perlu di jelaskan oleh Clare.

Merujuk kepada situasi dan perkembangan tersebut maka MMI suka untuk katakan secara tidak langsung ianya turut membersihkan nama baik YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia tanpa perlu kita turuti kehendak emosi semata-mata.

Tatkala PAS berdepan dengan kes tersebut , YAB Perdana Menteri bersama-sama dengan seluruh pinpinan kerajaan terus fokus kepada soal negara yang pada hemat MMI jauh lebih penting untuk kita pelihara.

MMI percaya bahawa FITNAH adalah RACUN yang bisa membunuh namun kaedah dan garapan berdasarkan intelek serta komitmen semua pihak mampu untuk mengubahnya menjadi MADU yang mampu membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Hari ini Malaysia terus utuh dalam mendepani cabaran global yang memerlukan komitmen serta daya tahan paling maksimum yang MMI yakin hanya mampu di pikul oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pakatan Haprak pula terus diselebungi dengan pelbagai masalah dalaman sehinggakan gerak mereka walaupun nampak secara kasarnya berdiri bersama-sama , realitinya mereka berkocak dengan agenda berkepentingan yang hanya bakal membawa musibah demi musibah kepada rakyat.

Hakikatnya Pakatan Haprak hari ini kecundang apabila SR secara SAHIH di sahkan sebagai penyebar FITNAH dan mereka (Pakatan Haprak) adalah kalangan yang sering menjadikan fitnah tersebut sebagai bahan kempen untuk menghasut rakyat.

Dari segi keselamatan , MMI rasa adalah wajar kedua-dua pihak ini segera di perhatikan secara konsisten memandangkan hubungan yang terbina antara Pakatan Haprak dan SR menjurus kearah menghancurkan kemakmuran Malaysia dengan menjadikan politik sebagai "Camourflage".

Tak salah kalau kita mengambil langkah-langkah pencegahan awal seperti mana yang pernah dipraktikkan oleh Tun Mahathir di waktu ISA menjadi senjata politiknya.

MMI

Rujukan ;

1 comment:

  1. Saman PAS terhadap SR belum ada keputusan lagi. SR kena bayar tu sekadar kos penolakan permintaan SR terhadap PAS... bukannya keputusan penghakiman.

    Mohon perbetulkan fakta.

    ReplyDelete

Labels