Followers

Monday, 7 August 2017

Mana DANA ??? Soal Adun Penanti Norlela


Baru ja kerajaan DAP Pulau Pinang tandatangan IBR dan sebelum tu siap minta SPRM tambah lagi 10 perkara yang merujuk kepada amalan CAT yang puak-puak DAP suka canang sangat tu.Alih-alih orang sendiri bagi penampaq dekat muka !

Penampaq ni bukan main-main ianya melibatkan integriti yang disebut-sebut oleh puak-puak DAP dan suku-sakat dia.

Kerajaan Negeri perlu mengisytiharkan jumlah terkini caruman yang dikutip dari pemaju-pemaju bertujuan membina dan membaikpulih sistem perparitan dan pengairan  negeri itu.

Ia berikutan terdapatnya dakwaan bahawa wang caruman kutipan tersebut samada tidak atau belum digunakan lagi.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Hajjah Norlela Ariffin.

Menurut Norlela, jumlah peruntukan yang telah atau masih belum digunakan bagi membaikpulih sistem saliran, perparitan dan pengairan perlu dilaporkan memandangkan setiap pemaju di Pulau Mutiara itu dikehendaki menyumbangkan lima puluh ribu ringgit (RM50,000) seekar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membiayai projek-projek pencegahan banjir.

Laporan Audit Negara 2016 – Siri 1 mendedahkan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) hanya menggunakan  RM2.2 juta dari kutipan caruman sebanyak  RM63.39 juta sepanjang 2008 hingga  June 2016.

MPSP sepatutnya melaporkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pulau Pinang setiap peruntukan dan perbelanjaan.

Norlela yang dipetik oleh The New Straits Times sebagai berkata;“Isunya adalah dana tersebut tidak dimanfaatkan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Seberang Perai. Contohnya, di kawasan saya, Penanti, terdapat sembilan kawasan banjir yang  sewajarnya beroleh manfaat besar dari dana ini.”

Meski pun Norlela berulangkali bertanyakan tentang peruntukan tersebut, jawapan yang diterimanya adalah peruntukan tersebut “berada di dalam akaun ahli majlis”  kerana “kesilapan teknikal.”

“Mereka memberitahu saya bahawa peruntukan tersebut disalurkan melalui ahli majlis kepada suatu akaun amanah secara berkala.  Bagaimanapun, jumlah projek pengairan dan bayaran yang telah dibuat menggunakan dana ini tidak didedahkan (dilaporkan) oleh kerajaan negeri,” jelas Norlela lagi. Seterusnya

Beb yang MMI nak sentuh kat sini apa maknanya KESILAPAN TEKNIKAL tu ????

Dan kalau kita review isu banjir kilat yang sering berlaku di Pulau Pinang selama ini , orang kuat Guan Eng , Chow Kon Yow pernah kata semua projek untuk atasi masalah banjir tu hanya bolel selesai dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

Wehhh selama ni ampa buat apa ??? Tak cukup peruntukan ??? Nak salah orang lain lagi ka ???

Yang Norlela dedah tu apa cerita apek ???? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels