Followers

Tuesday 29 August 2017

Hala Tuju PAS Selepas Tidak Lagi Bersama Dengan Pakatan Haprak


Ramai yang dah melihat bagaimana parti PAS sejak penubuhannya bergerak menghiasi pentas politik tanahair.Ramai juga kalau kita perhatikan pemimpin mereka yang dulunya bersama atas satu ideologi kita sudah tidak lagi bersama.

Malahan ada dikalangan mereka yang dulunya berdiam dan zip mulut tatkala timbul isu-isu panas membabitkan hukum menghukum sesama Islam kini dilihat sudah mula terbuka dan tidak lagi menjadikan politik ortodok sebagai pegangan.

Bagi MMI ianya merupakan satu perubahan yang baik walaupun masih ada dikalangan mereka yang masih lagi kekal berpegang kepada ideologi asal yang menolak UMNO khususnya walaupun secara terangnya sebelum itu mereka sendiri sebenarnya sudah pun merelakan parti yang mengaku Islam itu diliwat oleh DAP laknatullah.

Kesannya seluruh warga PAS di MACAIkan oleh suku-sakat puak-puak yang hanya mengejar kedudukan dan kemewahan politik semata-mata.

Hari ini PAS tidak lagi bersama dengan parti-parti pembangkang yang bersekongkol di bawah Pakatan Haprak dan dalam masa yang sama ramai yang sedar polisi politik parti itu kini sudah mula menerima kerjasama bersama UMNO dalam keadaan dan urusan tertentu yang sudah tentunya merujuk kepada perkara-perkara yang menyentuh institusi ISLAM.

Ramai juga yang tertanya-tanya apakah PAS boleh membuka pintu partinya untuk menerima kerjasama politik dengan parti UMNO ?

Dalam keadaan PRU14 yang dikatakan semakin hampir ini , apakah PAS mampu untuk meletakkan kepentingan umat Melayu dan Islam serta semangat NASIONALISMA sebagai wadah perjuangan politik mereka ?

Sudah tentunya persoalan-persoalan ini sukar diteka namun MMI optimis bahawa perbezaan ideologi antara kedua-dua parti (PAS & UMNO) itu tetap ada cumanya sejauh mana PAS boleh menghalalkan gerak kerja atau hubungan bersama dalam misi untuk memastikan Malaysia bebas dari puak-puak yang jelas begitu iri hati dengan Melayu dan Islam.

PAS sedia gabung dengan parti perjuangkan Islam

PERPECAHAN di kalangan parti pembangkang sehingga tertubuhnya Pakatan Harapan dan blok ketiga yang diterajui oleh Pas sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan serta kekeliruan di kalangan rakyat untuk memilih parti yang layak menerajui kerajaan pada PRU14.

Selain itu, kemungkinan akan berlaku pula perebutan dan pertindihan kerusi di kalangan parti pembangkang sendiri terutama apabila tertubuhnya dua parti baharu dalam arena politik negara iaitu Amanah dan Bersatu yang sudah tentu mempunyai pengaruh tersendiri.

Di sebalik perpecahan itu, ramai pengundi mengharapkan supaya suatu kerjasama politik di kalangan parti pembangkang dapat dicapai menjelang pilihan raya umum akan datang ataupun hanya mewujudkan dua pilihan, sama ada BN ataupun pembangkang sahaja.

Mampukah Pas meluaskan kuasanya dengan blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera serta mewujudkan kerajaan di peringkat negeri khususnya di Pulau Pinang tanpa kerjasama politik dengan DAP dan PKR pada PRU14?

Ikuti kupasan lanjut berhubung perkembangan politik Pas di Pulau Pinang menerusi wawancara khas Wartawan Sinar Harian, MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI bersama Pengarah Pilihan Raya Pas Pulau Pinang, BUKHORI GHAZALI.

Bagaimana perkembangan politik Pas di Pulau Pinang sekarang ini?

Sekarang ini Pas secara umumnya semakin diterima oleh rakyat Pulau Pinang, khususnya orang Melayu. Kita akui kita ada masalah dengan orang bukan Islam disebabkan oleh persepsi yang dimainkan oleh media sosial sehingga menyebabkan orang bukan Islam menganggap Pas ini seolah-olah macam tidak mahu dengan mereka.

Sebenarnya tidak, saya sebagai seorang yang bekerja di banyak syarikat orang bukan Islam mereka sebenarnya masih lagi bersetuju bahawa dalam banyak-banyak parti ini, Pas adalah yang konsisten dengan dasar perjuangan.

Cuma apabila mereka melihat Pas seolah-olah macam agak selesa dengan parti kerajaan, seolah-olah Pas mungkin melupakan matlamat dan perjuangan asal. Perkara ini kita sedang atasi.

Kalau tengok beberapa minggu lalu, kita telah lancarkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Nibong Tebal dan Kepala Batas. Kita akan teruskan pula di kawasan Bagan dalam sedikit hari lagi.

Insya-ALLAH, saya yakin matlamat Pas Pulau Pinang untuk tambah kerusi berdasarkan kecenderungan orang Melayu khususnya, ada peluang untuk tambah sekurangnya empat hingga lima kerusi.

Adakah pemimpin DHPP ini akan dijadikan sebagai calon Pas pada PRU14 nanti?

Insya-ALLAH, kita sedang menimbang perkara ini. kita akan melibat beberapa faktor khususnya di kawasan yang ada agak ramai pengundi-pengundi bukan Islam, kita boleh bagi ruang untuk mereka bertanding.

Kenapa rakyat Pulau Pinang perlu sokong Pas?

Pertama sebab Pas konsisten dengan dasar perjuangan. Pas kekal dengan prinsip walau di mana ia berada. Kita melihat produk kita ini Islam. Maknanya apa jua yang berkaitan Islam kita akan sokong dan kita akan pastikan ia berjaya dicapai.

Kalau ada produk-produk atau benda yang merugikan Islam, kita akan lawan habis-habisan. Ini benda yang menjadi nadi dalam gerak kerja kita, kita tidak akan kompromi dalam bab ini. Sebab itu Pas semasa dalam kerajaan Pulau Pinang kita konsisten, kita memantau dan perhati semua dasar kerajaan ini.

Kita tengok masa itu sekitar tahun 2014 dan 2015, kita dapat banyak maklumat daripada orang Melayu khususnya di sebelah Pulau, terlalu banyak kegiatan judi siber dan tak boleh kawal.

Apabila kita tengok benda ini semakin membiak dan kerajaan negeri tidak boleh buat apa, kita buat perjumpaan dengan Ketua Polis Pulau Pinang untuk bincang isu ini. kita sedar untuk nak hapus memang susah, bukan senang tapi sekurangnya kita nak tengok bagaimana boleh kurangkan masalah ini.

Isu perumahan pula, kita tengok harga rumah melambung semakin tinggi. Tak perlu tengok di sebelah Pulau, di Kepala Batas pun harga rumah lebih RM300,000. Kalau tengok dari segi logik akal, kalau nak bayar pinjaman rumah RM300,000 selama 25 tahun, sebulan hampir RM2,000.

Macam mana kalau orang yang berpendapatan sederhana nak beli rumah? Ini fakta dan hakikatnya. Jadi sebab itu kita buat satu kajian dan Pas Pulau Pinang tubuh satu jawatankuasa khas untuk bincang isu ini, tengok di mana masalahnya. Hasil kajian yang kita buat, kita dapati bahawa dasar kerajaan ini mesra pemaju, bukan mesra rakyat.

Apabila mesra pemaju ia akan cari untung yang maksimum. Walaupun kita dalam kerajaan negeri ketika itu, kita buat memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan saya sebagai wakil Pas Pulau Pinang kita serahkan memorandum ini kepada Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang pada ketika itu, Mohamad Sabu untuk diserahkan kepada Guan Eng.

Kita sedar bahawa kita tak boleh kompromi isu-isu Melayu dan Islam. Kalau keadaan ini berlarutan, habis orang Melayu di kawasan Pulau. Jadi apabila sebut isu rumah ini bukan orang Islam saja, orang bukan Islam yang susah pun ada juga. Tapi maksud kita rakyat tertekan dengan dasar perumahan yang harga tinggi ini.

Lebih setahun masih tiada hasil dan tindakan, maka Pas Pulau Pinang buat perbincangan nak bangkitkan isu ini dalam Muktamar Pas di Batu Pahat. Kita nak maklum bahawa Pas sanggup hilang jawatan kerana nak mempertahankan hak. Ini yang kita nak sebut bahawa Pas konsisten dengan dasar perjuangan. Walaupun rugi pada Pas tetapi untung pada Islam, kita sanggup.

Mampukah Pas bertahan di Pulau Pinang tanpa kerjasama politik dengan PKR dan DAP?

Kita yakin mampu pertahankan Dun Permatang Pasir sebab Permatang Pasir ini geografinya lain sedikit. Di situ ada banyak pondok dan pusat-pusat pengajian Islam yang faham Islam ini sebagai teras pengajaran.

Mereka faham keperluan penyokong Pas dan cawangan kita di sana pun banyak, jadi kita yakinlah. Cuma di kawasan lain kita sedang usaha untuk tingkatkan sokongan.

Pada PRU13 lalu Pas hanya menang satu kerusi Dun di Permatang Pasir, apakah Pas bercadang nak tambah lebih banyak kerusi Dun dimenangi di Pulau Pinang pada PRU14?

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang sebelum ini, kita sedang mengkaji untuk bertanding di 20 kerusi Dun. Kita tak akan bertanding di semua kerusi.

Mana mungkin kita nak tanding di Dun yang majoriti 90 peratus ada pengundi bukan Islam. Kita kena berpijak di bumi yang nyatalah. Dun yang berpotensi, kita akan masuklah.

Antara 20 kerusi Dun itu, adakah ia termasuk kawasan yang ditandingi oleh DAP?

Untuk fasa pertama ini, kita akan kekal bertanding di enam kerusi Dun yang kita tanding pada PRU13 lalu iaitu di Dun Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Bayan Lepas, Permatang Pasir dan Sungai Aceh.

Cuma beberapa Dun lagi kita sedang menunggu perkembangan terbaru. Kita akan pastikan bahawa semua Dun yang kita sebut ini bersiap sedia dengan jentera dan kita akan lihat perkembangannya pada setiap bulan.

Kenapa Pas nak rampas kerusi Permatang Pauh pada PRU13?

Sebab kita tak ada hubungan lagi dengan PKR. Kita bertanding sebab kita melihat ia secara demokrasi. Dalam kerangka Pas pusat, kita perlu pastikan bahawa kita ada peluang untuk menang beberapa kerusi Parlimen.

Kita mengunjurkan bahawa kita ada peluang untuk menang 60 kerusi Parlimen sekiranya dapat tingkatkan undi atas pagar sebanyak 50 peratus. Jadi kita melihat Permatang Pauh ada potensi itu.

Permatang Pauh juga adalah kawasan kita sebelum ini, kita bagi pada PKR atas dasar kita kompromi sebab kita berada dalam PR. Sekarang kita tiada dalam PR dan kita ada hak untuk tanding di situ.

Apakah kelebihan Permatang Pauh, adakah kerana ia kubu kuat PKR menyebabkan Pas nak ambil semula kerusi tersebut?

Bukan macam itu... sebenarnya setiap Pas kawasan ada hak untuk mencadangkan kerusi-kerusi yang nak bertanding. Kita ada hak untuk cadangkan Parlimen dan Dun yang nak bertanding berdasarkan kepada kajian kita sendiri, sejauh mana sokongan ahli-ahli, masyarakat dan jentera parti.

Ini bukan soal Permatang Pauh, semua Pas kawasan sedang membuat perkara yang sama. Cuma sama ada perkara ini dijelaskan ataupun dibuat pengumuman, itu subjektif lah.

Tetapi hakikatnya semua Pas kawasan sedang menyediakan pelan tindakan ke arah bertanding ini. Cuma sama ada Pas pusat setuju atau tidak, ia melibatkan perkara kedua.

Macam Permatang Pauh kalau dilihat dari sudut ini memang Pas Pulau Pinang menyokong, tetapi pusat pula mungkin mereka ada kajian sendiri bahawa sampai masanya kita bertanding sebab kita tak ada hubungan politik dengan PKR.

Dulu kita ada hubungan politik dengan PKR, kita kena bincang dulu. Sekarang tak ada kerjasama, tak perlu bincang lah. Kita tengok ada kemampuan, kita masuklah. Maksud saya bukan sahaja di Permatang Pauh, termasuk di kawasan lain juga.

Buat masa ini kita akan bertanding di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, ini tradisi. Kalau termasuk Permatang Pauh ini kira tiga kerusi Parlimen. Yang lain-lain itu masih dalam kajian untuk pastikan kita masuk itu untuk menang.

Dengan hasrat bertanding 20 kerusi Dun itu, adakah ia mampu memberi majoriti mudah untuk Pas tadbir Pulau Pinang?

Kalau lihat di Pulau Pinang ini, ada 15 kerusi saja. Kerusi lain itu adalah pengundi Melayu bawah 50 peratus, jadi mungkin ada kesukaran. Tetapi kalau DHPP mendapat penyertaan orang bukan Islam, mungkin boleh menang.

Kita faham bukan mudah, jadi saya tak mahu meletakkan sasaran. Cuma bagi saya, saya yakin apa yang akan berlaku di Pulau Pinang ini akan sama juga dengan apa yang akan berlaku juga di peringkat pusat sedikit hari lagi.

Kalau Pas boleh menang banyak kerusi, tetapi Pakatan Harapan dan BN tak ada majoriti, kita boleh jadi penentu kepada siapa kita nak masuk dan gabung (bentuk kerajaan). Soal sapa itu soal lain lah, yang penting untuk peringkat mula ini Pas kena ada kerusi. Tak ada kerusi jangan cakap.

Kalau rakyat Pulau Pinang memberi peluang kepada Pas untuk menerajui negeri ini, sediakah Pas untuk meletakkan calon Ketua Menteri Melayu yang pertama di Pulau Pinang?

Ia bersifat subjektif, kita kena faham bahawa landskap di Pulau Pinang ini ia berbeza sebab penduduk orang bukan Islam adalah majoriti. Kita kena selamat dalam hal ini.

Jadi benda yang telah sedia ada, kita tak boleh ubah terus. Benda ini perlukan penelitian. Akan sampai masa ia akan sesuai dengan keadaannya. Saya tak boleh sebut kata terus Ketua Menteri Melayu, sebab tak logik dan kerusi majoriti Melayu ada 15 saja.

Kalau disebut dari segi hukum ALLAH ini, apa saja boleh berlaku. Tapi kalau ikut dari segi logiknya benda yang agak mustahil. Seolah-olah kita kata logikkah Malaysia ini ditadbir orang Cina, tak logik sebab majoriti kerusi Parlimen ini orang Melayu.

Mungkin selepas PRU14 akan ada perbincangan ataupun rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan di Pulau Pinang?

Bukan setakat di Pulau Pinang, termasuk di Malaysia pun Pas terbuka untuk berbincang dengan sesiapa saja. Yang jadi dasar kita adalah Islam sebab Islam ini menjadi teras perbincangan, bila-bila masa saja.

Maknanya kalau selepas PRU14 ini pun, contohnya Pas ada enam atau tujuh kerusi, Pakatan Harapan mungkin ada 16, BN pun mungkin ada 16 kerusi. Jadi Pas boleh tentukan dengan siapa untuk bergabung tubuh kerajaan.

Dasarnya adalah Islam, Islam ini bukan kata buat hudud esok. Islam ini maksudnya keadilan sosial, mempertahankan kebenaran, menyanggah kezaliman, mana-mana orang bersabit dengan rasuah kita dakwa, tak kira pada parti mana pun.

Walaupun Pas jadi ‘King Maker’ maksudnya dalam konteks siapa yang boleh tawar Pas atas dasar apa yang Pas mahu. Saya tak mahu buat andaian kepada sesiapa.

Kalau Pas diberi peluang untuk tadbir Pulau Pinang, apakah dasar Pas itu sama seperti yang dilaksanakan di Kelantan?

Saya tak mahu membuat andaian sebab kita perlu berbalik kepada hukum alam. Di Pulau Pinang ini penduduk bukan Islam lebih ramai daripada Islam. Kalau kita buat sesuatu andaian ini, ia macam kita menyanggah arus perdana, tak adil untuk bercakap benda ini.

Tetapi tidak mustahil kalau kita buat suatu benda yang baik. Oleh kerana nak Pas duduk dalam satu kerajaan, tak perlu sebut Pakatan Harapan atau BN. Kalau Pas menang tujuh kerusi, atas dasar persefahaman Islam sebagai dasar pihak tertentu, Pas terima sebagai sebahagian daripada gabungannya.

Bagi Pas, siapa itu tidak penting. Apa yang dia buat itu lebih penting. Kalau dia buat benda apa yang Islam suruh, dia ketua pun tak apa. Ayat ini penting. Bagi Pas siapa tak penting, apa yang dia buat penting. kredit sinar

MMI kata banyak yang dijelaskan kat atas tu perlu dinilai dengan otak bukan dengan emosi .. Jadi jangan terlalu mendabik dada sebab polisi PAS sebagai blok ketiga perlu dilihat dengan strategi dan taktikal bukan dengan rasa dan hati semata-mata.

Rasanya faham kot noo ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels