Followers

Sunday, 6 August 2017

IBR DAP HIPOKRIT


Setelah mendapat reaksi yang pelbagai daripada banyak pihak akhirnya Kerajaan DAP Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dihadapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Walaupun ada dikalangan macai pembangkang yang terkinja-kinja kononnya DAP sudah pun membuktikan ketelusan pentadbiran mereka hakikatnya IBR kerajaan DAP Pulau Pinang sudah menimbulkan satu lagi persoalan yang perlu kita sama-sama perhatikan.

Sebagai kerajaan negeri yang sering mengaku terbaik dan punya slogan tersendiri (CAT) sebagai garis panduan khususnya dalam hal melibatkan amalan pentadbiran maka IBR Pulau Pinang secara tersiratnya sudah pun dicemari dengan sikap HIPOKRIT pimpinan DAP yang kini mengepalai kerajaan negeri.

Mana mungkin seorang Ketua Menteri yang kini menghadapi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah boleh memimpin barisan pentadbir kerajaan negeri yang lain ?


Lawak apa yang cuba disogok oleh DAP kali ini ? 

Dan untuk makluman semua , keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menandatangi IBR telah dibuat selepas mereka sebelum ini beria-ia mendesak SPRM supaya menerima 10 penambahan langkah integriti yang kononnya diamalkan oleh kerajaan negeri ke dalam inisiatif yang dipelopori SPRM.

Well disinilah HIPOKRIT nya ....

Sebelum tu MMI nak jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ni ;

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh para kepimpinan dan warganya dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini juga, turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata, tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya di kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Pelaksanaan IBR
  • Ikrar oleh individu
  • Disaksikan oleh SPRM
  • Lafaz ikrar agar tidak sesekali terlibat dengan perbuatan rasuah
  • Dokumen ikrar ditandatangan

Signifikan Perlaksanaan IBR
  • Menjadi amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah:
  • Jaminan pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah:
  • Penzahiran akujanji kepada komitmen individu dalam pembanterasan rasuah:
  • Sebagai bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.

Merujuk kepada semua perkara diatas rasanya ia sudah mencakupi semua perkara dan tak perlulah bermain wayang lagi seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebabnya apa yang diwar-warkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu langsung tidak menepati dasar amalan CAT yang mereka sendiri cipta !

10 langkah integriti yang dimomokkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu merangkumi amalan pentadbiran yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan Adun serta melaksanakan tender terbuka yang kompetitif.

Bukan itu sahaja, kerajaan negeri tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak kerajaan negeri atau berurus niaga dengan kerajaan negeri serta melarang Adun dan ahli pentadbiran daripada meluluskan permohonan tanah kerajaan negeri.

Masalahnya apakah kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar berpegang kepada apa yang mereka suarakan ?

1.Amalan CAT ? Betul ke CAT dijadikan sebagai garis panduan dalam semua bentuk pentadbiran kerajaan negeri selama ini ?

MMI bagi contoh kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku kononnya telah berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sehingga 95 % kerana amalan CAT dan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak pernah membantu Pulau Pinang secara kewangan.

PUTAR BELIT bro ... Hakikat sebenar adalah, 95 peratus pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang direalisasikan kerajaan persekutuan melalui penstrukturan perjanjian air pada 2011.

Kerajaan persekutuan bersetuju mengubah hutang sedia ada kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun selama 45 tahun.

Melalui perjanjian yang sama, kerajaan persekutuan turut bersetuju untuk memberikan geran berjumlah RM1.2 bilion kepada kerajaan Pulau Pinang untuk memperbesarkan empangan Mengkuang dan sebahagian besar dari jumlah dana itu sudah pun disalurkan.

2.Pengistiharan harta ? Apakah pegistiharan harta itu menjadi amalan kerajaan negeri pada setiap tahun atau ianya hanya berlaku pada saat-saat waktu pilihanraya atau dalam tempoh tertentu ? 

Dan kalau kita perhatikan terdapat beberapa perkara yang menjadi amalan kerajaan DAP yang lebih terarah untuk mewujudkan tabung bagi memungut derma daripada orang ramai atas alasan membayar wang jaminan apabila Lim Guan Eng berdepan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah.

Agak pelik tindakan yang dilakukan oleh DAP ini memandangkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng itu bukanlah dibuat atas dasar kepentingan parti tetapi sebaliknya disebabkan oleh tindakan peribadi Guan Eng.

Bagaimana DAP sebagai parti politik boleh membenarkan dana-dana parti ini digunakan dengan sebegitu rupa ?

Walaupun mendapat kecaman daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli DAP sendiri sejak daripada tabung ini diwujudkan , DAP telah menyatakan bahawa tabung ini tidak akan ditutup malah telah mengumumkan secara terbuka bahawa lebihan derma daripada dana jaminan Lim akan digunakan untuk kempen “Sokongan, Simpati dan Perpaduan kepada Lim Guan Eng” (SSSLGE).

Persoalannya kini adalah sejauh mana DAP menangani kutipan derma ini memandangkan Ahli Parlimen Seremban , Loke Siew Foke dalam kenyataannya sebelum ini menyebut dana-dana yang telah digunakan apabila dikembalikan akan digunakan "untuk tujuan yang sepatutnya".

Apakah yang dimaksudkan oleh Loke tentang "untuk tujuan yang sepatutnya" ?

Apakah ada proses audit dan sebagainya bagi menentukan kesahihan jumlah dana yang terkumpul selain daripada dana-dana terlibat tidak disalah gunakan ?

DAP tak perlu spin sangatlah kot .... Dalam dok istihar harta pun sakau juga Banglo Jalan Pirnhorn tu apa ??

3.Tender Terbuka ? Alahai , kalau tak putar belit , menipu dan buat-buat bodoh bukan nama DAP lah dan kerana kelebihan itu jugalah maka puak-puak pembangkang dalam PKR , PAN dan PPBM terkinja-kinja nak berkiblatkan DAP.

Sanggup jadi BARUA asalkan keinginan yang meluap-luap untuk pancung dan jatuhkan kerajaan sedia ada berjaya di lakukan.Sebenarnya mereka dah buat banyak kali dan bermacam cara dan kaedah dilakukan sampai ke tahap turun ke jalan dengan impian untuk melihat berlakunya rampasan kuasa seperti mana yang berlaku di negara-negara lain.

Isu penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Lebuh Peel terus mendapat perhatian banyak pihak memandangkan proses penjualan tanpa melalui tender terbuka itu dilihat sebagai bukti bahawa kerajaan negeri selama ini menipu rakyat.

Walaupun kerajaan negeri telah memberikan alasan bahawa penjualan tanah terbabit dibuat tanpa melalui tender terbuka disebabkan oleh projek berimpak tinggi , ramai dari kalangan warga Pulau Pinang khususnya tertanya-tanya kenapa ianya tidak dimaklumkan sewaktu isu tender terbuka diwar-warkan sebagai amalan dan dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kenapa kerajaan negeri dilihat seolah-olah cuba mengaburi mata rakyat dengan menyembunyikan keputusan untuk membenarkan penjualan tanah yang berimpak tinggi dilakukan tanpa melalui tender terbuka dan hanya memaklumkan situasi tanah di Lebuh Peel setelah ianya didedahkan ? Baca artikel berkaitan kat SINI

4.Keterlibatan ahli keluarga dalam semua projek kerajaan negeri ?

Aduhaiii menipu lagi HAPRAK sungguh ... Jangan lupa bro salah seorang Adun DAP di Pulau Pinang bukan sahaja tidak diambil apa-apa tindakan , sisasatan dalaman pun tak berlaku ! Isunya bapa si Adun DAP ni sudah pecah lobang !!!!

Menurut satu laporan yang disiarkan oleh FMT , Naib Presiden 1 Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata video itu, yang didedahkan di laman web Facebook Penang Kini – menunjukkan seorang lelaki dipercayai individu bernama Lim Keat Seong, bapa Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim sedang “berkelahi” berhubung bayaran “rasuah”.

Berdasarkan analisis terhadap video itu, Keat Seong didakwa mengutip bayaran untuk unit perumahan itu, tetapi gagal menunaikan janjinya.

“Mereka (pelanggan Keat Seong) diminta membayar RM260 untuk borang dan kemudian “Agent Lim” atau “Uncle Lim” akan mengesahkan mereka akan dapat unit mampu milik itu.

Tak ada apa-apa siasatan dibuat terhadap Adun DAP walaupun kebarangkalian itu ada WHY ????

Dan lebih HAPRAK lagi adalah Jika Siew Khim tidak terlibat , siapakah yang terlibat ?

Apakah DAP langsung tidak mahu tahu menahu dengan siapa agaknya si bapa Adun Sungai Pinang ini berurusan ?

Hello ???????? Baca artikel berkaitan kat SINI

Dalam masa yang sama jangan sesekali lupa isu yang telah membawa Lim Guan Eng ke mahkamah !

Jom kita layan sikit apa kata Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Rizal Mansor .. Kedudukan Betty melalui Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) boleh dipersoalkan kerana ia melibatkan perniagaan sekaligus mencetuskan percanggahan kepentingan memandangkan suaminya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sebenarnya, terima atau tolak jawatan dalam PCCC itu bukan soal pokok. Soal pokok yang dibangkit ramai pihak semasa panas isu PCCC itu ialah status Betty Chew sebagai isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dan PCCC pula organisasi yang melibatkan perniagaan.

“Hal ini ada kaitan dengan ‘conflict of interest’. Betty sebagai isteri Ketua Menteri dilihat rapat dengan rakan-rakan ahli perniagaan, mungkin sekiranya beliau lebih banyak habiskan masa dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan hal ini tak akan timbul,” katanya.

Rizal turut membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan DAP Selangor, Yeo Bee Yin yang mempersoalkan tugas penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menerima sebarang gaji sebaliknya adalah satu khidmat negara.

“YB Yeo Bee Yin cukup kalut mempersoalkan tugas penaung PERMATA yang tak bergaji itu, sibuk cari cacat cela rumah orang tapi cacat cela rumah sendiri pulak mengapa dibiarkan ?

“Semua dah sedia maklum mengenai soal ‘banglo murah’ boss YB dan bila dilakukan siasatan 2 nama yang cukup popular ketika isu itu timbul ialah Phang Li Khoon dan Betty Chew.

“Terima kasih saya ucapkan kepada YB Yeo Bee Yin kerana buka peluang untuk kita bangkitkan semula isu ‘banglo murah’ Lim Guan Eng yang dilihat sejuk akhir-akhir ni.

“Di atas semangat integriti, bersih, cekap dan amanah yang ditunjukkan YB berkaitan soal penaung PERMATA yang tak bergaji itu, saya harap YB juga tunjukkan semangat yang sama dengan hal ‘banglo murah’ Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada kena mengena dengan hubungan beliau dengan Phang Li Khoon .

“Tak perlu saya ulas panjang-panjang kerana cerita ini dah diperincikan dalam media dan blog-blog cukup dengan surat-surat, gambar dan sijil pendaftaran syarikat.

“Saya cuma ingin YB sahkan samada Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang?

“Syarikat Excel Property ini memberi “nature of business” sebagai “Property management and consultancy services,” soal Rizal.

Menurut Rizal wujud percanggahan kepentingan di mana syarikat yang dimiliki Betty adalah sebagai perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya adalah Ketua Menteri serta turut memegang portfolio Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah. Seterusnya 

Well tak ada maknanya ikrar yang puak-puak penyembah DAP tu buat sebab Guan Eng sendiri dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah , STATUS dia di TUDUH atas dakwaan terbabit dan belum disahkan BEBAS daripada pertuduhan tersebut.

LOGIKNYA Lim Guan Eng selepas lafaz IBR HARUS meletakkan jawatannya !

Gagal berbuat demikian maka citanya HIPOKRIT !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels