Apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang parti UMNO pasti mampu menanganinya dan sejarah sudah tercatat bagaimana parti UMNO sentiasa di uji dengan pelbagai cabaran termasuklah parti keramat orang Melayu ini digantung pendaftarannya.
Sungguh pun begitu orang-orang Melayu tetap setia dan memahami betapa pentingnya UMNO terus diperkukuhkan.Kesetiaan orang-orang Melayu terhadap parti UMNO tidak perlu dipersoalkan lagi bahkan sokongannya semakin bertambah dari masa ke semasa.
MMI tak nafikan peranan parti-parti politik serpihan yang saban hari berusaha untuk menghancurkan perpaduan unik yang selama ini terbela dalam parti UMNO.Jika melihat kepada usaha dan gerak kerja mereka , situasinya memang mencemaskan apatah lagi ada dikalangan mereka itu merupakan bekas pemimpin UMNO dan punya nama besar dalam dunia politik tanahair.
Namun begitu UMNO terus bangkit malah menjadi lebih kuat mendepani cabaran-cabaran mendatang , keupayaan dan keutuhan semua ahli UMNO yang setia dengan pucuk pimpinan adalah benteng paling dicemburui oleh barisan pembangkang.
Pembangkang sedar tentang benteng ini dan kerana itu mereka berkali-kali cuba untuk meruntuhkannya malah kehadiran nama-nama seperti Anwar Ibrahim , Tun Mahathir , Muhyiddin , Mukhriz , Wan Azizah , Rafizi , Azmin , Mat Sabu dan yang seangkatan dengannya tetap gagal untuk menembusi benteng keramat tersebut.
Hubungan yang terbina dalam Pakatan Haprak dijadikan sebagai paltform untuk memacu gelombang penolakan dengan pelbagai gerakan seperti Bersih , Black Out , Nothing To Hide namun ianya tetap gagal sehinggalah kedudukan orang Melayu dan Islam menjadi sasaran.
Lebih malang kerana segelintir Melayu yang mengaku Islam yang kini mendokong perjuangan Pakatan Haprak sanggup membiarkan yang bukan Islam bermaharajalela mengutuk , menyerang institusi Islam termasuklah sokongan DAP terhadap tuntutan kalimah Allah dan penolakan RUU 355.
Berdasarkan kepada semua keadaan itu kita seharusnya bertanya pada diri sendiri , apakah tindakan yang dilakukan pada hari ini (menerima bulat-bulat dakyah dan agenda terancang pembangkang) mampu untuk menyelamatkan kedudukan orang Melayu , Islam dan seterusnya mempertahankan parti UMNO ?
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengingatkan semua pihak agar jangan sesekali meroboh tembok sekiranya tidak tahu mengapa dan apakah tujuan ianya dibina.
YB Datuk Shabudin Yahaya mengulas bahawa tugas ahli-ahli UMNO pada hari ini bukan mudah kerana berdepan dengan pelbagai asakan sama ada dari segi politik dan juga hal melibatkan kepentingan rakyat.Perkembangan dunia media sosial khususnya bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat tetapi juga mengundang pelbagai perkara negatif termasuklah fitnah yang berleluasa sehingga membahayakan kedudukan negara Malaysia khususnya.
Bagi mendepani cabaran-cabaran ini , ahli UMNO harus bangkit menjadi pertahanan paling ampuh kepada parti keramat UMNO.
Ahli UMNO mesti sayangkan bangsanya kerana tanpa kedua-duanya perjuangan kita akan tersalah arah seperti mana yang sedang berlaku terhadap mereka-mereka yang kini bersama dengan parti-parti pembangkang yang lain.
"Ingatlah orang Melayu bangsa yang mulia , UMNO telah menjadi platform kepada kesungguhan orang Melayu untuk terus membela nasib Bangsa , Agama dan Negara sehinggalah semua orang dapat hidup dengan selesa kerana Allah swt merahmati perjuangan UMNO"
"Jangan sesekali berasa diri kerdil , ahli UMNO harus bangkit atas semangat Melayu dan ingatlah asal usul kita demi bangsa Melayu dan generasi kita seterusnya " tegasnya lagi.
UMNO bukan rasis ! Shabudin mengulas bahawa mempertahankan Bangsa , Agama dan Negara seperti mana yang dilakukan oleh parti UMNO pada hari ini bukanlah bermakna parti itu mengamalkan dasar perkauman.
Rasis hanya berlaku apabila satu-satu kaum itu mula menindas kaum-kaum lain dan mengamalkan kepercayaan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau bangsa terhebat.Mereka ini mengamalkan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain berbeza sama sekali dengan apa yang dipraktikkan oleh UMNO.
Dasar Perlembagaan Persekutuan jelas merangkumi semua sudut termasuklah menghormati hak-hak semua bangsa tanpa menidakkan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.Ianya jelas menjadi asas kepada apa yang kita miliki pada hari ini.
Malaysia dengan kepelbagaian etnik dan agama sudah pun membuktikan kepada dunia betapa budaya hidup serumpun dengan masyarakat majmuk adalah teras yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani.
Semua pihak sedar bahawa cabaran kehidupan sosial yang dihadapi pada masa kini amat berat , ditambah pula dengan kemunculan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa berusaha untuk merosakkan perpaduan yang selama ini kita pelihara.
Justeru itu ahli UMNO perlu memelihara geopolitik Islam dan Melayu di Malaysia , jangan pandang mudah kekuatan politik yang dimiliki pembangkang pada hari ini kerana kelalaian orang-orang Melayu dan ahli UMNO pastinya akan mengundang padah.
UMNO perlu terus pertahankan semua kerusi yang kita miliki selama ini selain berusaha untuk menang lebih banyak kerusi-kerusi lain agar tiap usaha kita mampu membawa kesejahteraan kepada orang Melayu dan semua bangsa lain di Malaysia.
Sebagai ahli UMNO kita bukan sahaja bertanggungjawab terhadap nasib generasi selepas kita tetapi juga kepada seluruh warga Malaysia dan kerana itu jangan sesekali merobohkan UMNO sekiranya kita tidak tahu kenapa UMNO di wujudkan. - Penang Online
Setuju dengan saranan YB Datuk Shabudin Yahaya bahawa UMNO perlu terus dipelihara dan orang-orang Melayu perlu terus menjadi pembelanya , tanpa UMNO orang Melayu hampir pasti menjadi seperti mana Melayu yang kini bersama dalam Pakatan Haprak yang tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana telinganya di tarik , hidungnya di sepit dan mulutnya di jahit.
MMI
Yup agreed MMI
ReplyDeleteterimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi link kami
ReplyDeletedi https://goo.gl/1kb9V2