Followers

Wednesday, 16 August 2017

Pembangkang Bimbang Dengan Najib !


Kalau sebelum ni bukan main lagi puak-puak pembangkang kat Malaysia ni , apa yang Najib tak kena habis semua perkara disasarkan kepada Perdana Menteri kita sampaikan ada ketikanya puak pembangkang berasa begitu yakin kononnya Najib akan melepaskan jawatanya.

Al maklumlah mereka begitu obses dengan politik dan kerakusan untuk menaiki takhta telah melenyapkan maruah diri dan hanya terarah untuk mendapatkan kedudukan tanpa memikirkan tanggungjawab dan amanah yang begitu besar khususnya melibatkan rakyat.

Apatah lagi kehadiran Tun M dengan parti bunganya telah menaikkan nafsu masing-masing (puak-puak pembangkang) bahawa KUASA yang menjadi idaman selama ini sudah semakin hampir.

Hakikatnya apa yang berlaku dalam pembangkang hanyalah satu lakonan penuh sandiwara yang tidak akan membawa keuntungan kepada Pakatan Haprak itu sendiri.Realitinya masing-masing sedang mempergunakan sesama sendiri untuk memenuhi agenda masing-masing dan hanya bermuka-muka kononnya mereka dalam satu pasukan.

Jika benar Pakatan Haprak yakin bahawa mereka punya kelebihan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada maka sudah pastilah gerak dan kerja politik mereka tidak akan terlalu kebudak-budakan seperti mana yang sedang berlaku hari ini.

Pemimpin Pakatan Haprak sering mendabik dada konon-kononnya Najib sudah berada di lap yang terakhir dan hanya menanti masa untuk dinyah keluarkan dari Putrajaya namun melihat kepada senario hari ini ianya sudah berbalik kepada Pakatan Haprak itu sendiri.

Tun M semakin tidak relevan kerana mulutnya sendiri !

Wan Azizah hilang kredibiliti apabila hanya menjadi BONEKA dalam PKR !

Mat Sabu sudah sebati dengan anai-anai apabila dibiakkan oleh DAP !

Guan Eng dan Kit Siang sudah hilang INTEGRITI dengan pelbagai skandal melibatkan kepentingan diri , parti dan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri !

Disaat UMNO dan BN terus bekerja untuk rakyat , apa lagi agaknya yang tinggal dalam Pakatan Haprak ?

1. Mereka-mereka yang kini sedang mengintai tempat dan kedudukan &

2.Kerja jahat memfitnah dan sabotaj parti lawan

Perkara ini jelas dapat kita lihat apabila YAB Perdana Menteri yang dijadualkan akan melakukan lawatan kerja seharinya ke Pulau Pinang pada 17 Ogos 2017 nanti sudah digeruni lawan.

Kerja-kerja jahat dan sabotaj kebudak-budakkan ini sudah mula ditularkan dengan penyebaran sepucuk surat kononnya di sediakan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk pelepasan cuti kepada mereka-mereka yang bekerja.


Jelas sekali tindakan sebegini hanyalah bertujuan untuk merosakkan reputasi pimpinan UMNO di Permatang Pauh.Datuk Mohd Zaidi , Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata “Ini juga adalah serangan peribadi yang mahu merosakkan kredibiliti saya sebagai ketua bahagian dan pemimpin tempatan dalam usaha menyambut kedatangan Perdana Menteri.

“Lagi pula, surat yang tular tersebut tidak valid dan tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana sektor sama ada swasta atau pun kerajaan.”

Dalam hal ini beliau melihat bahawa ada pihak yang tidak senang dengan pelbagai usahanya dalam membawa perubahan kepada penduduk di Permatang Pauh khususnya menyambut kedatangan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

“Kita tahu Permatang Pauh ini adalah kubu kuat pembangkang tetapi apabila melihat gerak kerja yang telah diatur oleh UMNO dan pelbagai program yang mendapat sokongan kepimpinan pusat maka sudah tentulah mereka panas punggung.

“Apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir maka mereka mula bimbang melihat masyarakat di sini mengubah laluan kepada UMNO,” katanya lagi. Seterusnya

Sesuatu yang pasti jika dulunya mungkin kehadiran YAB Perdana Menteri dianggap oleh pembangkang sekadar pelengkap jadual tugasan , kali ini ianya berbeza sama sekali.

Aura dan kesungguhan YAB Perdana Menteri menangkis tohmahan demi tohmahan selain terus bekerja untuk rakyat dan membuktikan komitmen kerajaan persekutuan sebenarnya sudah menyebabkan PEMBANGKANG semakin gusar.

Terimalah hakikat dalam kecelaruan dan kesongsangan yang kini menghantui Pakatan Haprak , mereka sebenarnya bimbang dengan Najib !

Keep it up Sir ! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels