Followers

Wednesday, 13 September 2017

Kunci Mulut Guan Eng Di Ambang Risiko Tindakan Lagi , HANG TUNGGU !


Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat satu laporan polis terhadap Lim Guan Eng berikutan kenyataan biadap dan kurang ajar Ketua Menteri itu yang membuat tuduhan berupa fitnah dan menghasut apabila menuduh tangkapan Phee Boon Poh Adun Sungai Puyu merangkap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh SPRM sebagai satu penangkapan haram.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang , Rafizal Abdul Rahim berkata tuduhan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng itu adalah berniat jahat dan beliau mendapati bahawa tuduhan tersebut berkenaan ;
  • Tahanan reman oleh SPRM terhadap Phee Boon Poh berniat jahat.
  • Ia juga berniat menghasut dengan memberi gambaran bahawa SPRM adalah satu badan yang tidak memperdulikan undang- undang dan boleh menahan sesiapa sesuka hati mereka.
  • Ia adalah satu fitnah bertujuan memburukan imej dan menjatuh kredibiliti SPRM sebagai sebuah badan penyiasat yang bebas.
Guan Eng mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjawab soalan wartawan pada 24 Ogos lalu berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu.

SPRM pada 25 Ogos lalu telah meminta Guan Eng yang juga Setiausaha DAP belum disahkan jawatannya itu memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam tetapi beliau gagal berbuat demikian.

SPRM dalam kenyataannya juga memberitahu akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.



Dalam artikel sebelum ni MMI dah ulas berkenaan isu berbangkit (KLIK SINI) so MMI menyokong penuh tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang tampil membuat laporan terhadap kepala DAP itu sebab sebelum ni bukan main lagi punya eksyen.

Sikap keras kepala dan kurang ajar ini sewajarnya dibalas dengan tindakan yang lebih berat dan SPRM setakat hari ini MMI tengok punya umphhh dan MMI percaya Guan Eng tak akan boleh elak sebab dia dah celupaq dulu dan lupa SPRM punya garis panduan yang mencakupi semua keadaan selagi mana ianya berpaksikan kepada peruntukan undang-undang.

Guan Eng pakai undang-undang mana ? Sebelum ni Tun Mahathir kata DAP jauh lebih baguih dari mana-mana parti politik lain dalam hal ehwal menghormati perundangan dan perlembagaan persekutuan tapi jelas apa yang Guan Eng buat jauh menyimpang daripada kata-kata Tun Mahathir so kita tunggu tengoklah anak Kit Siang ni nak kelepiaq lagu mana pula !

rujukan 


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels