Followers

Tuesday, 12 September 2017

Skandal FOREX Malapetaka Yang Di Sembunyikan


Sudah pasti dan terang bahawa pelaburan yang dimomokkan dalam isu Forex itu merupakan satu kerugian kepada negara Malaysia.Kerugian yang mencecah RM35 bilion itu jika kita amati adalah satu perjudian yang dilakukan oleh kalangan mereka yang mengaku profesional dalam urusan kewangan.

MMI tak nafikan bahawa pelaburan Forex ini punya risiko tersendiri yang boleh menyebabkan kerugian bagi setiap pelaburan yang dibuat namun menggunakan dana negara adalah sesuatu yang berbeza jika kita lihat dalam kontek pelaburan seperti ini.

Jika sebuah syarikat atau mana-mana individu membuat apa jua pelaburan sekalipun ianya hampir pasti tidak akan berkait dengan mana-mana pihak lain kerana dana yang dilaburkan itu adalah hak milik persendirian.Malahan jika ada mana-mana syarikat sekalipun yang menjadikan pelaburan Forex sebagai salah satu daripada kaedah menjana keuntungan , sama ada untung mahupun rugi ianya pasti akan melalui audit tertentu yang perlu dibentangkan.

Dalam hal ini apa jua keputusan sekalipun sama ada pelaburan itu membawa pulangan atau tidak ianya sudah tentu tidak melibatkan kepentingan jutaan rakyat kerana ianya hanya membabitkan pemegang-pemegang saham atau paling tidak pemilik syarikat.

Berbeza dengan dagangan Forex melibatkan Bank Negara Malaysia (BNM) , penggunaan dana bagi pelaburan tersebut jelas bukannya datang dari mana-mana individu mahupun syarikat tetapi adalah hasil dan sumber negara.

Mungkin akan ada dikalangan kita yang mempertikaikan apa perbezaan antara kerugian pelaburan Forex dengan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh 1MDB.

Perlu MMI ingatkan 1MDB hanya menggunakan RM1juta dana milik negara atau dalam istilah mudah wang rakyat dan hasil pelaburan 1MDB sebenarnya sudah menjana keuntungan yang sudah pun mampu disalurkan kepada rakyat dan hutang yang ditanggung 1MDB sebelum ini sudah pun diselesaikan pembayarannya tanpa menyentuh mana-mana dana milik negara.

Malah 1MDB kini memiliki aset yang jauh melebihi jumlah dana RM1juta dan 1MDB mampu pada bila-bila masa menyalurkan kembali RM1juta itu kepada negara.

Berbeza dengan Forex , kerugian yang ditanggung sehingga mencecah RM35 bilion itu adalah dana milik negara dan rakyat.Justeru kalau kita persoalkan siapa yang sebenarnya terlibat secara langsung dalam mengurus niagakan pelaburan Forex ini ianya cukup jelas sekali adalah mereka-mereka dari kalangan pimpinan tertinggi yang punya akses.

Amat memalukan sekali sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang saban hari berusaha untuk menyalahkan YAB Datuk Seri Mohd Najib dalam isu 1MDB sedangkan dalam isu Forex , bekas Perdana Menteri pada ketika itu mahu dianggap sebagai amat JAHIL , BUTA , PEKAK dan TULI.

Secara logiknya mana mungkin seorang Perdana Menteri yang mengetuai pentadbiran negara boleh tidak sedar tentang pengaliran keluar dana milik negara yang mencecah berbilion ringgit ?

Siapakah yang memberikan "Clearance" kepada pengaliran dana-dana tersebut untuk dilaburkan dalam Forex ?

Jika benar apa yang diperkatakan kononnya Tun Mahathir tidak langsung tahu menahu perihal Forex maka MMI rumuskan ia sebagai satu kegagalan paling memalukan seorang bekas Perdana Menteri dan ianya sudah pun menelanjangkan keperibadian beliau kerana jelas langsung tidak bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai seorang pemimpin negara dan rakyat.

Seterusnya kita perlu memahami apakah fungsi BNM dan apakah wajar BNM berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?

Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. 

Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.

Ramai yang tidak sedar bahawa kerugian Forex berlaku pada ketika itu kerana BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi BERJUDI dengan harapan mendapat untung besar dan segera.  

Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka Tan Sri Jaffar Hussien Gabenor pada tahun 1985 sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti palsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.

Berapakah nilai sebenar umlah kerugian hasil daripada urusniaga Forex tersebut ?

Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, “penyangak matawang.”  

Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukaran asing dalam skala yang semakin besar.”

Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. 

Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar.  Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari.   Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” 

Apakah kita boleh percaya bahawa Tun Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika benar-benar tidak tahu menahu tentang pengaliran dana sebesar itu ? 

Apakah benar Tun Mahathir benar-benar JAHIL , BUTA , PEKAK dan TULI ?

Dasyat bukan ? Jauh lebih dasyat daripada apa yang berlaku terhadap 1MDB .. Baca kupasan seterusnya di blog sahabat TaipingMali dan Dr MiM

Walaupun Tan Sri Nor Mohamed Yackop mengaku beliau bertanggungjawab terhadap semua urusniaga terbabit dan tidak menafikannya sama sekali , LOGIK akal kita wajar melihat kembali struktur pengurusan dan pihak yang punya akses terhadap pergerakan dana-dana milik negara.

Jangan sembrono mengangguk kononnya kerugian Forex yang mencecah puluhan bilion itu hanya berlaku disebabkan oleh seorang pemain Forex bernama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebab dalam kenyataannya beliau menyebut bagi tempoh 1986 hingga 1993, beliau tidak pernah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tentang urus niaga mata wang asing Bank Negara.

"Saya tidak ingat mengenai keuntungan dan kerugian dalam urus niaga forex dari tahun 1986 hingga 1993," katanya. rujukan

Jika benar apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop maka jelas sekali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu adalah pihak yang sebenarnya melakukan KESALAHAN awal apabila langsung tidak mengambil tahu perihal pengaliran keluar dana-dana milik negara dan rakyat !

Kenapa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak memantau perkembangan dan pergerakan dana-dana milik negara ?

Apakah benar Tun Mahathir memang JAHIL , BUTA , PEKAK dan TULI ?

Jika benar sekalipun maka seluruh Malaysia hari ini pasti bersetuju jika MMI kata Tun Mahathir adalah penyebab kepada KERUGIAN berbilion-bilion dana milik negara dan rakyat !

SEBAB KEJAHILAN , BUTA , PEKAK dan TULI yang dimilikinya telah menyebabkan berlakunya urusniaga Forex tanpa kawalan sedangkan pada ketika itu Tun Mahathir adalah pemimpin tertinggi negara yang harus bertanggungjawab !

Skandal Forex satu malapetaka yang disembunyikan !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels