Sejak kalah dalam pemilihan parti PAS kemudiannya menubuhkan parti PAN yang sampai ke hari ini masih belum mampu membuktikan kewibawaannya , Mat Sabu terus rela menjadikan dirinya sebagai MANEQUIN aka patung kepada DAP.
Tak akan ada siapa pun yang boleh menafikan keterlibatan itu kerana kelibat Mat Sabu yang begitu menagih lendir DAP jelas dan cukup ketara sekali malah ianya sudah berlaku sejak beliau masih bersama PAS.
Mat Sabu diwaktu bersama PAS bukan sahaja menjadi penyokong kuat kepada parti DAP melalui Pakatan Rakyat tetapi juga berusaha untuk membawa masuk ideologi politik DAP apabila mengajak seluruh ahli PAS supaya meletakkan sebelah agenda dan perjuangan Islam mereka dan menerima agenda politik DAP kerana yang lebih penting adalah KUASA POLITIK.
MMI yakin dan percaya Mat Sabu bukan berbicara soal perjuangan mahu pun KUASA yang dimaksudkannya tetapi lebih kepada menyelamatkan periuk nasinya sendiri.
Biar KUASA itu milik orang lain selagi mana KEHENDAK dan KEPERLUAN aku dipenuhi !!!!!!
Hati-hati beb , dulunya sewaktu bersama PAS , Mat Sabu adalah pemimpin biasa yang tidak punya apa-apa kebendaan sekalipun tetapi kini tanpa sebarang jawatan dalam mana-mana pentadbiran kerajaan Mat Sabu sudah mampu memiliki dan bermewah dengan kereta hebat termasuklah mampu menyediakan pejabat parti di setiap negeri.
Pernah ke Mat Sabu dedahkan suber dana-dana tersebut ? Duit kutipan ceramah dan sumbangan ! Agak-agaklah .....
Terkini Mat Sabu yang sedang terkial-kial mencari tempat itu ditempelak Pesuruhjaya PAS Selangor , Sallehen Mukhyi sebagai terdesak apabila ingin bertanding sekadar di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor itu Mohamad Sabu yang merupakan anggota Majlis Presiden PH seharusnya bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti di Parlimen.
Bagaimanapun jelasnya lagi PAS sedikit pun tidak terkesan dengan perkara itu, malah turut yakin yang kerusi tersebut sekali lagi bakal menjadi milik parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
“Memang nampak begitu terdesak, dia sepatutnya bertanding di parlimen, bukan DUN. Tapi kalau itu lah selayaknya untuk dia, PAS mengalu-alukan kehadiran Mat Sabu untuk bertanding di Taman Templer.
“Memang ini jelas bukan lagi pertembungan 2 penjuru, tetapi mungkin 3 penjuru,” katanya.
Well MMI bukan nak ulas tentang pertandingan 3 penjuru bagai , tapi memikirkan kedudukan Mat Sabu sebagai Presiden parti sewajarnyalah Mat Sabu perlu kembali ke kawasan sendiri !
Balik dan bertanding di Tasek Gelugor , Pulau Pinang sebab Mat Sabu orang sana , kenapa nak takut bertanding jalah di kawasan Parlimen Tasek Gelugor barulah nampak sikit kewibawaan tuh !
Takkanlah Guan Eng nak HALANG kot !!!!
Dan kalau benarlah Mat Sabu ni bertanding dikawasan DUN lepas ni maka nampak sangatlah dia cukup TERDESAK sehingga perlu menagih simpati negeri lain.
Mat Sabu - Presiden PAN - bertanding DUN ? Hahaha apa barang Mat !
MMI
No comments:
Post a Comment