Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17).
Sambil menempelak PAS, beliau berkata, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan adalah lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri ditadbir PAS itu.
“Adakah PAS mahu jadi hero? Pemimpin PAS terutama di Kelantan jaga tempat (negeri) sendiri, jaga tempat mereka dahulu.
“PAS melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin PAS) yang mabuk? Kenapa PAS hendak sibuk?,” katanya.
Beliau yang juga EXCO Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan Selangor berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.
Ditanya sama ada akan turut serta dalam pesta itu, pemimpin DAP berkenaan berkata, beliau akan pergi jika dijemput kerana beliau juga minum arak.
“Ini cara hidup orang bukan Islam, jadi hormati. Saya minum arak, namun saya tak memandu jika minum arak,” katanya dipetik Berita Harian Online.
MMI kata sebagai rakyat Malaysia , kita faham bahawa prinsip hormat menghormati sesama kaum adalah perkara asas yang penting untuk kita pelihara.Semestinya apa jua perkara selagi mana ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyatnya akan kita perhalusi supaya masing-masing mendapat ruang.
MMI tak peduli aih kalau ampa nak teguk arak sampai mati pun tapi bila sampai ke bab nak BERPESTA dengan ARAK dan diwar-warkan sebegitu rupa rasanya tak wajar sangat kot !
Islam adalah agama rasmi negara dan sudah tentu kaum lain juga perlu menghormati perkara asas tersebut.
Dalam soal ini orang Islam menegur dan menolak penganjuran PESTA sebegitu kerana kesannya berbagai jadi apa yang susah sangat nak ikut ?
DAP hormat Islam ka ? Selain dari Tun Mahathir yang kata DAP begitu hormatkan Islam rasanya tak ada orang lain lagi dah yang kata macam tu !
Rumusannya mudah , tindakan dan sikap besar kepala pemimpin DAP ni adalah BUKTI betapa mereka hanya bermuka-muka dalam soal menghormati kedudukan agama Islam di Malaysia.
Kalau benar hormat sewajarnya tak berlaku sindir menyindir macam ni dan DAP boleh saja kata buatlah sambutan apa pun tapi jangan sampai heboh-hebohkan penganjuran apatah lagi PESTA ARAK di Malaysia !
Buat tertutup dan melantaklah ampa sampai berbuih mulut pun tapi ini tidak so macam ni ka yang Tun Mahathir kata DAP hormat agama Islam ????
Piiiraaahhh ...
MMI
No comments:
Post a Comment