Followers

Sunday 24 September 2017

Notis Bangkrap Rafizi Kemungkinan Lari ....??


Puaka bermulut jalang milik PKR yang suka menyebarkan FITNAH sekarang ni sedang berdepan dengan tindakan mahkamah yang membolehkan beliau diistiharkan bangkrap atau muflis.Memang secara ringkasnya tindakan tersebut amat tepat sekali kerana si mulut lancang berbau nanah fitnah ini perlu diajar.

Jika sebelum ini bukan main mendabik dada seolah-olah beliau punya bukti dan sebagainya , kini apa yang berlaku sama sekali sudah menelanjangkan wajah sebenar manusia bernama Rafizi !

Menurut laporan Rafizi telah diberi notis kebankrapan oleh Tetuan Khalek Awang & Associates bagi mewakili Datuk Sri Mohamed Salleh Ismail.

Notis kebankrapan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam bertarikh 12 September 2017.

Plaintif, NFC dan pengerusi eksekutif Salleh telah memulakan prosiding di atas hutang belum berbayar berjumlah RM306,999.17.

Apabila dihubungi, Salleh mengesahkan niat di sebalik notis itu dan prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Rafizi, selepas ahli parlimen PKR Pandan itu gagal menyelesaikan ganti rugi dan kos yang diberikan oleh mahkamah.

“Kami (Salleh dan parti undang-undang NFC) telah menghubungi beliau tiga kali mengenai perkara itu tetapi dia masih belum bertindak sehingga hari ini. Jadi kita akan meneruskan prosiding kebankrapan, “kata Salleh rujukan 

Pada bulan November tahun lepas, Rafizi telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar Salleh dan NFC RM200,000 atas ganti rugi berhubung dengan pinjaman untuk membeli hartanah KL Eco City.

Mahkamah juga memerintahkan Rafizi membayar kos RM100,000.

Walau bagaimanapun pada awal bulan Ogos, Rafizi mendakwa beliau telah mengumpulkan lebih daripada RM1.5 juta daripada sumbangan awam untuk membantu membayar ganti rugi dan kos tersebut.

“Tetapi hingga hari ini, beliau masih belum menyelesaikan kerosakan dan kos seperti yang diarahkan oleh mahkamah,” kata Salleh.

So apa cerita Rafizi ??? Kenapa si sotong ni tak bayar ?? 

Mana perginya semua duit sumbangan yang kononnya dah mencecah jutaan ringgit tu ???

Dalam artikel sebelum ni MMI dah kupas berkenaan tabung untuk sumbangan kepada Rafizi , sebenarnya yang dicari bukan duit tetapi mereka sedang mencari publisiti politik untuk dipergunakan semula dengan menjaja keseluruh pelusuk negara kononnya mereka tetap menjadi pilihan rakyat dan keputusan mahkamah itu adalah keputusan yang tidak berlandaskan perundangan tetapi hasil sogokan politik UMNO dan Barisan Nasional. Baca artikel berkaitan SINI

Nah sekarang kita tengok apa yang bakal berlaku .. Dah mengaku dapat juta-juta so bayar jalah atau memang tak ada juta-juta tu spin ja lebih !

Akhir sekali bayar atau tidak Rafizi memang buat SALAH dan telah pun didapati BERSALAH oleh perundangan negara !

Notis bangkrap dah keluar so Rafizi nak lari ker ? Nak lari ke mana ?

Ops lupa SOTONG boleh lari terjun dalam LAUT !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels