Kalau diperhatikan dari kedudukan pimpinan tertinggi dalam Pakatan Haprak, sudah tentu nama Tun Mahathir berada di kedudukan tertinggi setelah mengambil kira seorang lagi yang kini sedang menjalani hukuman kerana meliwat bekas pembantunya.
Kerana hiraki itulah juga maka himpunan anti kleptokrasi yang GAGAL sama sekali baru-baru ini meletakkan Tun Mahathir sebagai penceramah paling akhir kononnya di situlah klimaknya dan pihak penganjur barangkali sudah pun berangan-angan pada minit-minit akhir inilah tabung-tabung yang diarak disekeliling padang akan melimpah ruah hasil sumbangan mereka yang Mat Sabu lantik untuk menanggung kos persediaan program.
Gila khinzir !
Dan kalau kita lihat sepanjang himpunan GAGAL itu berlangsung, jelas sama sekali ianya dipenuhi dengan jurucakap-jurucakap yang asyik dengan tuduhan tanpa sebarang bukti apatah lagi membuat dakwaan terhadap pihak berkuasa bagi membuktikan tuduhan.
Lihat sahaja ucapan Wan Azizah , Mat Sabu , Muhyiddin malah Tun Mahathir sekalipun HAMBAR beb ....
Jika begitu apa yang dibebelkan ?
Sebenarnya jurucakap-jurucakap itu hanyalah sekadar mengisi slot-slot program, selebihnya himpunan GAGAL itu dilihat lebih kepada untuk menunjukkan kekuatan kononnya kehadiran Pakatan Haprak khusus bagi mendepani PRU14 nanti adalah cabarang paling hebat yang perlu ditempuhi oleh Barisan Nasional.
Keinginan yang meluap-luap untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa himpunan GAGAL itu mampu menarik jutaan rakyat adalah agenda paling utama kerana berbekalkan kepada angka-angka itulah ianya akan dikupas dan diadun dengan sebaik mungkin bagi mengelabui mata rakyat Malaysia dan dunia barangkali kononnya Barisan Nasional tidak lagi relevan untuk terus kekal sebagai sebuah kerajaan.
Natijahnya apa yang diidamkan tidak menjadi sama sekali !
Dan perkara ini dipertontonkan semula oleh 2 orang pemimpin dalam Pakatan Haprak yang jelas memperlihatkan kepada kita siapa sebenarnya yang menguasai kumpulan tersebut !
Jika benar kumpulan ini bersatu hati dan bergerak seiring dengan dasar dan agenda yang benar-benar melangkaui pencapaian kerajaan Barisan Nasional sudah tentu aksi 2 BADUT ini tidak akan berlaku !
Sehingga hari ini ada lagi dikalangan mereka yang hadir pada himpunan GAGAL tempoh hari yang masih bebal apabila aksi 2 badut diatas berlaku , apa hal yang sorang cakap rasuah lagi sorang cakap teruskan , apa ingat kita BARUA ka ?
Yang tak perasan tu sebab hati dah hitam, cakap apa pun tak mau dengar dah EMOSI ! Apa pun video kat atas tu menjadi SAKSI tengok sendiri beb ...
Akhir kalam MMI nak ucap tahniah kepada rakyat Malaysia yang bijak mencongak, sebab apa yang berlaku dalam himpunan GAGAL tempoh hari bukan disebabkan kegagalan penganjur semata-mata tetapi ianya berlaku kerana RAKYAT MALAYSIA yang faham bahawa apa yang disajikan oleh puak-puak pembangkang itu adalah pembohongan dan permainan politik melampau yang tidak menguntungkan sesiapa.
Syabas !
MMI
No comments:
Post a Comment