Followers

Thursday, 19 October 2017

Bila Parti Komunis China Sendiri Pun Tak Pandang DAP


Lim Guan Eng dalam ucapannya waktu himpunan anti kleptokrasi (himpunan mengata diri sendiri) baru-baru ini ada menyebut tentang jemputan oleh Parti Komunis China (CPC) yang telah menjemput wakil dari Parti UMNO untuk hadir ke kongres parti itu dan berucap.

Disebabkan jemputan itu, Guan Eng dan konco-konco Pakatan Haprak mula menggerakkan kempen mereka untuk sekali lagi mengaburi mata seluruh rakyat Malaysia.

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh RoketKini, ahli jawatankuasa DAP Pahang telah mempertikaikan jemputan tersebut kononnya ia hampir pasti akan dijadikan sebagai peluru oleh UMNO dan BN untuk menyerang DAP habis-habisan sekiranya yang dijemput itu adalah DAP.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji berkata "Cuba bayangkan jika parti komunis itu menjemput Lim Kit Siang berucap dalam kongres nasional mereka, sudah tentu media pro-BN akan memainkan propaganda jahat menyerang DAP pagi, petang, siang malam."

Adun Mentakab itu berkata, UMNO-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan apa sahaja muslihat jika memberi faedah kepada parti itu.

"Tapi jika perkara sama dilakukan oleh pihak pembangkang, sudah tentu pembangkang akan dicemuh dengan kata-kata nista, tidak bermaruah dan sebagainya," katanya.

Dalam perkara berkaitan, Tengku Zul memandang sinis propaganda UMNO selama ini yang tidak habis-habis menyebar fitnah mengaitkan DAP sebagai parti komunis, cauvinis, anti-Melayu dan Islam.

Sementara Guan Eng pula sewaktu himpunan anti kleptokrasi yang gagal baru-baru ini menyindir parti UMNO apabila mengatakan DAP dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuklah melabelkan parti dan pimpinannya sebagai pro komunis tetapi dalam isu berkaitan jemputan oleh Parti Komunis China itu mereka memilih UMNO dan langsung tidak menjemput DAP seterusnya membuktikan siapa sebenarnya komunis !

Bagi sesiapa yang mengikuti ucapan Guan Eng itu, pasti masih ingat sebab ianya dilontarkan dengan nada semacam pelakon opera. (cari ja di YouTube)

Apa pun MMI nak mengajak semua untuk sama-sama fikirkan, apakah benar UMNO sudah menjadi penyokong komunis seperti mana yang didakwa Guan Eng ????

Apakah parti keramat orang Melayu ini bermuka-muka selama ini dan dalam diam mempunyai hubungan secara langsung dan benar-benar menerima perjuangan komunis ???

Atau UMNO sudah menjadi BARUA komunis dan sudah pun berlaku ZALIM terhadap mereka-mereka yang berjuang untuk mengusir komunis dari Tanah Melayu selama ini ???

Kalau kita mengikut emosi maka sudah tentulah apa yang tercatat diatas akan dilihat sebagai benar atau paling tidak menimbulkan syak, namun jangan emosi dulu kerana apa yang berlaku itu sebenarnya sudah pun membuktikan sesuatu !

1.Sebagai sebuah negara yang punya kedaulatan tersendiri sudah tentulah negara tersebut punya undang-undang dan perlembagaan tersendiri.Dalam erti kata mudah negara itu punya barisan pentadbiran yang menguruskan hal ehwal negara dan rakyat.

Dalam masa yang sama, hampir ke semua negara di dunia mengamalkan konsep berpolitik melalui parti kerana dengan parti politik inilah maka sesuatu kerajaan itu dapat ditubuhkan.Sama ada ianya melalui sistem pilihanraya atau apa jua kaedah sekalipun parti politik memainkan peranan penting dalam mana-mana negara di dunia.

Begitulah juga dengan negara China, walaupun secara kasar ianya terbentuk dengan fahaman komunis terdapat juga beberapa pihak yang tidak mengiktiraf China sebagai negara komunis.Namun secara rasminya ia masih dikenali sebagai negara komunis.

Yang perlu kita fahami adalah tiada takrifan yang tepat yang dapat diberikan kepada jenis kerajaan yang diamalkan di negara ini, kerana strukturnya tidak dikenal pasti. Satu sebab masalah ini wujud adalah kerana sejarahnya, China merupakan negara yang diperintah oleh maharaja selama 2000 tahun dengan sebuah kerajaan pusat yang kuat dengan pengaruh Kongfuzi. Selepas tahun 1911 pula, China diperintah secara autokratik oleh KMT dan beberapa panglima perang dan selepas 1949 pula diterajui parti komunis CPP.

Rejim RRC sering dikatakan sebagai autokratik, komunis dan sosialis. Ia juga dilihat sebagai kerajaan komunis. Ahli komunis yang bersayap lebih ke kiri mengelarkan ia negara kapitalis. Memang, negara China semakin lama semakin menuju ke arah sistem ekonomi bebas. Dalam satu dokumen rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, kerajaan menggariskan pentadbiran negara berasaskan demokrasi, meskipun keadaan sebenarnya di China tidak begitu. Rujukan 

Perlu MMI jelaskan sekali lagi, apa yang dicatatkan itu bukanlah bererti MMI cuba untuk tidak mengkomuniskan negara China tetapi sekadar maklumat ringkas supaya kita dapat sama-sama membuat tafsiran apabila tiba di penghujung artikel nanti.

UMNO sebagai parti utama dalam kerajaan Malaysia telah lama memainkan peranannya dalam semua keadaan.Melalui Barisan Nasional maka ianya dipacu sederap mungkin dengan berpegang kepada prinsip dan berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Satu realiti yang tidak ada mana-mana pihak sekalipun boleh mempertikaikannya, maka sebagai parti utama dalam pentadbiran kerajaan, UMNO sudah pasti menjadi pilihan mana-mana pihak sekalipun khususnya dalam senario dijemput oleh Parti Komunis China untuk hadir dalam kongres mereka.

Tidak ada salahnya UMNO dijemput kerana selain daripada menjadi parti utama kepada kerajaan BN, UMNO yang sudah memasuki 70 tahun penubuhannya pasti mempunyai rekod yang dilihat banyak pihak sebagai punya identiti tersendiri selain pengalaman politik mendepani pelagai cabaran demi cabaran.

Malah kita juga jangan sesekali lupa, sebagai sebuah kerajaan kita sentiasa membina hubungan dan kerjasama dengan negara-negara di dunia dari segi politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Kita perlu faham membina hubungan dengan negara-negara luar tidak sesekali bererti kita menerima konsep dan corak politik yang diamalkan.

Dalam konteks hubungan dengan China misalnya hubungan yang terbina itu merujuk kepada usaha dan perancangan kerajaan dibawah pimpinan UMNO bagi mengukuhkan ekonomi negara sekaligus memastikan kedudukan dan kebergantungan ekonomi negara terhadap penguasaan kuasa dunia terjamin. Baca artikel berkaitan di SINI

Jadi apa yang nak di isukan ?

Kalau itulah garis panduannya, maka parti-parti politik pembangkang rasanya awal-awal lagi sudah menerima segala macam fahaman dan agama baru agaknya !




Apakah gambar diatas membuktikan kepada kita bahawa parti yang diwakili Anwar Ibrahim kini sudah mengamalkan fahaman YAHUDI ?? Apakah sokongan pembangkang terhadap BERSIH tidak mahu dianggap sebagai himpunan pro YAHUDI ???? 


Apakah penerimaan dana dari ISRAEL ini telah merubah DAP daripada KOMUNIS menjadi ZIONIS ?


Apakah pertemuan ini menjadi bukti Nurul Izzah dan semua penyokong pembangkang adalah penyokong pengganas yang menyerang Sabah tempoh hari ?


Apakah keakraban ini membuktikan kepada kita Tun Mahathir sebenarnya PRO YAHUDI dan hanya bermuka-muka di pentas dunia kononnya begitu bencikan ZIONIS ????

Kepada DAP, jangan main wayanglah kenapa sebelum ni tak tegur puak-puak yang cuba bawa masuk fahaman dan agenda komunis ke Malaysia ???


Siapa puak-puak yang kena tangkap waktu cubaan membawa masuk agenda komunis ke Malaysia kalau bukan kumpulan pro pembangkang ?


Jadi tak payahlah Guan Eng nak spin, yang Melayu dalam DAP tu pun tak payahlah nak sindir-sindir bagai, UMNO tahu dengan siapa dia berurusan dan UMNO masih setia dan kekal dengan prinsip yang dipegang selama ini.

Atas dasar kerajaan maka memanglah puak-puak pembangkang akan dengki dan busuk hati sebab banyak negara-negara di dunia mengiktiraf keupayaan kerajaan BN mendepani pelbagai cabaran selain kemampuan kerajaan Malaysia mengurus negara merdeka ini.

Malah MMI anggap jemputan Parti Komunis China terhadap UMNO itu adalah sesuatu yang perlu kita BANGGAKAN kerana ianya merupakan satu pengiktirafan bukan sahaja terhadap Malaysia tetapi juga kepada parti UMNO yang selama ini mengamalkan dasar DEMOKRASI dalam urustadbirnya. 

Akhir kalam MMI KESIAN beb ... Parti Komunis China pun tak pandang DAP !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels