Followers

Sunday, 1 October 2017

Bukan Parti Cauvinis , Kenapa Tun M Tak Sertai DAP ?


Tun Mahathir adalah diantara pemimpin yang kini bersama dengan rangkaian pembangkang yang begitu obses memuja parti DAP sebagai parti politik yang cukup segala sifatnya.Bermula daripada keahlian DAP yang dimomokkan sebagai mencakupi pelbagai kaum sehinggalah kepada penghormatan parti cauvinis itu yang Tun Mahathir kata cukup tinggi terhadap kedudukan Islam serta orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mudahnya Tun Mahathir mengangkat parti DAP yang sebelum ini begitu dimusuhinya.Apa pun inilah politik cuma yang membezakan politik itu berada di landasan yang betul , ianya ditentukan dengan gerak cara tadbir serta perancangan pimpinannya terhadap rakyat dan negara.

Bukan dengan permainan politik yang saban hari asyik berpolitik sampai hak dan nasib rakyat tidak dipedulikan.

MMI yakin banyak pihak dah melihat bagaimana perlakuan seumpama itu berlaku didepan mata kita , sebagai contoh lihat sahaja isu banjir kilat di Pulau Pinang , kerajaan DAP yang begitu angkuh kononnya mampu menyelesaikan masalah banjir hanya dalam tempoh 9 bulan LANGSUNG GAGAL untuk menangani masalah berbangkit malah pada ketika ramai warga Pulau Pinang sedang berdepan keadaan banjir tidak ada mana-mana pihak dari kerajaan negeri yang turun membantu.

Tidak cukup dengan itu DAP adalah pihak yang paling lantang dalam hal ehwal membabitkan kedudukan agama Islam , mereka tanpa berselindung bukan sahaja menolak dasar-dasar tertentu tetapi turut menghina Islam di Malaysia apabila menyokong tuntutan pihak gereja untuk menggunakan kalimah Allah.

Sikap "double standard" pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan negeri terhadap para peniaga kecil kaum Melayu cukup ketara dan sehingga saat ini kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak pernah menunjukkan perubahan malah terkini mereka sedang berusaha pula untuk menutup jalan semata-mata untuk memberikan ruang kepada para peniaga yang bukan dari kalangan Melayu untuk lebih selesa beroperasi. Baca artikel berkaitan di SINI

Apakah 3 keadaan di atas boleh disifatkan sebagai DAP benar-benar menghormati hak orang Melayu serta Islam ? Dan apakah benar DAP begitu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang jelas telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan berada di kedudukannya yang tersendiri ?

Disinilah kita dapat melihat bagaimana Tun Mahathir sebenarnya sedang mensucikan DAP di mata masyarakat apabila dan beliau dengan sengaja cuba melupakan tindak-tanduk DAP yang beliau sendiri sebenarnya telah faham sangat-sangat.

Yang terbaru kenyataaan Tun Mahathir  yang menyedari bahawa persepsinya terhadap DAP  adalah salah, dilihat menimbulkan pelbagai persoalan ke atas pendirian sebenar beliau semasa bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurut Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kesedaran oleh Dr Mahathir sepatutnya ditunjukkan dengan meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan parti itu semasa pelancaran gabungan pembangkang, Pakatan Harapan Johor di Tampoi pada Jumaat.

“Yang jelasnya, beliau sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini.

“Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik beliau hari ini? Bagi saya, tentunya tidak,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam blognya hari ini.

Dalam ucapan pada hari berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan itu membuat kenyataan bahawa DAP bukan parti cauvinis, sebaliknya adalah parti berbilang kaum selepas mendekati mereka

Mengulas lanjut, Salleh berkata ucapan Dr Mahathir dalam majlis berkenaan menimbulkan beberapa pertanyaan.

“Antaranya ialah jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP?

“Dan jika Dr Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi pada kali ini,” soal bekas Speaker DUN Sabah itu.

Sebagai pemerhati politik dan generasi yang hadir diwaktu era pimpinan Tun Mahathir , MMI percaya bahawa Tun Mahathir sebenarnya sudah hilang pendirian dan beliau sedang tercari-cari ramuan baharu untuk sekurang-kurangnya terus mendapat sokongan akar umbi.

Dalam keadaan pergolakan besar sedang berlaku dalam PPBM , rasanya kehadiran Tun Mahathir hanyalah pelengkap boneka DAP dalam kem pembangkang.

Sebab ! Kalau benar Tun Mahathir begitu yakin DAP bukanlah seperti mana yang beliau anggap sebelum ini dan begitu MAKSUM dari kalangan parti-parti yang lain , kenapa tidak Tun Mahathir MASUK SAHAJA DAP ?

Kenapa perlu tubuh PPBM ?

Sebab Tun Mahathir tahu DAP bukanlah seperti mana yang beliau ungkapkan !

Realitinya Tun Mahathir masih berdarah UMNO dan beliau masih lagi SAYANGKAN UMNO cumanya kerana EGO dan tidak mahu mengaku KESILAPAN DIRI akhirnya Tun Mahathir sanggup menongkah arus dan berperang dengan prinsip diri sendiri.

Your choice bro ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels