Followers

Friday, 13 October 2017

PRU14 Najib Jumpa Bakal Calon Minggu Depan ?


BN dilaporkan akan memanggil semua pemimpin komponen dan bakal calonnya pada minggu depan bagi menghadiri mesyuarat menghadapi pilihanraya umum.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai bakal diadakan kali pertama selepas semua pemimpin komponen menghadiri kem motivasi di Bukit Tinggi pada April lalu,.

Menurut laporan Sin Chew Daily, sepanjang kem motivasi yang dijalankan selama tiga hari itu, Najib dikatakan sudah memberi arahan kepada semua pemimpin komponen supaya bersiap sedia menghadapi PRU.

“PRU sudah hampir tiba. Perdana menteri harap melalui mesyuarat kali ini dapat meningkatkan semangat semua pemimpin BN agar mampu membuat persiapan rapi.

“Kini hanya tunggu masa perdana menteri umumkan tarikh pilihan raya. Semua agensi termasuk polis sudah menyatakan kesediaan mereka. Mungkin PRU14 ini akan diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang,” kata sumber itu lagi.

Akhbar itu  memetik sumber yang mendedahkan bahawa antara yang diundang menghadiri mesyuarat pada 21 Oktober adalah semua ketua dan setiausaha bahagian BN bagi berbincang persiapan jentera parti serta strategi mencapai kemenangan.

Sumber itu menambah bahawa isu mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN di peringkat akhir dan bakal diselesaikan dalam masa terdekat. - Penang Online

No comments:

Post a Comment

Labels