Followers

Tuesday, 7 November 2017

Bersedialah BN PRU14 Paling Kotor & Jijik Dedah Bekas Pemimpin Pembangkang


Bekas pemimpin PKR Datuk Zulkifli Nordin berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti, Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan satu pilihan raya yang kotor dan jijik kerana sikap pembangkang yang dilihat semakin tidak bertamadun.

Jelas beliau, dek kerana prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan BN semakin baik, mantap dan diterima rakyat maka pembangkang mula hilang punca dan akan melakukan apa sahaja demi menjatuhkan BN dan UMNO.

“Telah banyak bukti yang menunjukkan pembangkang memang tidak bertamadun apabila mereka langsung tidak menghormati undang-undang dan sistem demokrasi yang ada, oleh itu berdasarkan pengalaman saya selam 12 tahun bersama pembangkang maka saya merumuskan PRU-14, BN akan berhadapan dengan sikap pembangkang yang semakin teruk.

“Momentum BN yang semakin diterima rakyat membuatkan mereka menjadi terdesak dan sudah pasti mereka akan menterjemahkan sikap yang lebih agresif bagi mencari undi.

“Sewaktu bersama pembangkang dahulu, saya melihat sendiri cara pembangkang yang menggunakan kaedah dan cara pendekatan yang langsung tidak ada sivik. Mereka lakukan tindakan yang orang waras tidak akan buat,” ujarnya.

Jelas Zulkifli, semasa beliau menjadi ahli parlimen dahulu, telah acapkali ditegaskan bahawa negara ini mempunyai pembangkang yang teras politiknya adalah politik kebencian malah mekanisme yang digunakan adalah dengan mencipta pembohongan, fitnah dan penipuan.

“Sebab itu saya berani meramalkan PRU-14 akan menjadi teruk kerana inilah ibu segala pilihan raya.

“Oleh itu ingin saya menasihatkan jentera BN dan UMNO agar bertenang dalam berhadapan dengan pembangkang yang tidak bertamadun ini. Kita harus tunjukkan bahawa kita mempunyai politik berhemah dan berakhlak.

“Rakyat sekarang sudah pandai bernilai dan kepada rakyat pula saya berharap mereka melihat sendiri politik yang dibawa oleh kerajaan BN. Saya tidak katakan sempurna tetapi sekurang-kurangnya nampak apa yang dibuat dan dijanjikan malah diterjemahkan dalam pentadbiran BN,” ulasnya lagi.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat tidak terbawa-bawa dengan emosi dan sentimen tetapi harus berpaksikan kepada realiti iaitu hari ini negara diterajui oleh sebuah kerajaan yang menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

MMI kata puak-puak ni semakin menggila dari hari ke hari, dah terbiasa tengok ja masalah banjir di Pulau Pinang .. Semua nak salah kerajaan pusat macam dah tak ada kerajaan negeri ! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels