Followers

Saturday 11 November 2017

PPBM Makin Kecamuk 10 Lagi Laporan Di Buat Kepada ROS


KLUANG – Kepincangan yang berlaku dalam Parti Bersatu di negeri ini dilihat semakin kritikal apabila sebanyak 10 lagi bahagian hari ini (semalam) membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti itu.

Antara 10 bahagian terbabit termasuk Sembrong, Kluang, Mersing, Batu Pahat, Senggarang, Kulai dan Kota Tinggi.

Bekas Penyelaras Bersatu Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, tindakan yang dilakukan ini berikutan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor meminta menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti tersebut untuk enam bulan lagi.

“Jelas di sini menunjukkan bahawa Ketua Penerangan Bersatu ini tidak layak menjawat jawatan tersebut serta berkemungkinan beliau adalah antara kroni-kroni Tun Dr Mahathir yang beliau mahu kekalkan di dalam kepimpinan tertinggi parti di atas kapasiti kebodohan serta amalan kurang membaca beliau itu.

“Ada juga kemungkinan di sini Datuk Kamaruddin ini hanya menurut arahan daripada Pengerusi Bersatu untuk membuat kenyataan dangkal sebegitu sekaligus menjadikan beliau kambing hitam oleh Tun Dr Mahathir,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sebuah restoran di Bandar Kluang, di sini semalam.

Awal bulan ini, media melaporkan lapan bahagian Bersatu di Johor membuat laporan kepada ROS di Putrajaya berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian Bersatu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

Lapan bahagian terbabit ialah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Sembrong menyerahkan laporan itu kepada wakil ROS. -Sinar

Mahathir , Munyiddin , Boboi .... wooo apa cerita bro ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels